Membakar ayam tandoori
Assalamualaikum. Sempena sambutan hari lahir anak bongsu yg ketiga pada 1 Dis 2018, Abam Kie mengidam nak makan ayam tandoori la pulak! Abam Kie mula minat makan ayam tandoori ni apabila makan di sebuah gerai di Food Court Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu pada 1998 lalu. Jika pergi ke KK pada hujung minggu pasti Abam Kie cuba cari resepi ini kat sana. Ayam tandoori ni sedap dimakan dgn roti tempayan, sambal, lemon dan sedikit kuah. Pada kali ini, Abam Kie ingin berkongsi resipi untuk menyediakan ayan tandoori mudah dan sedap. Sila baca betul-betul resepi di bawah, ya? Bahan perapan ini turut sesuai untuk kegunaan memerap ikan atau daging atau makanan laut
yang lain.
Bahan Utama:
2 ekor ayam – potong 4 / ikut suka, elakkan terlalu kecil
Bahan Perapan
13 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
2 inci halia
2 sudu teh garam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu serbuk kulit kayu manis
2 ikat daun pudina
2 sudu marjerin
3 biji buah pelaga
1 cawan susu cair
2 biji buah lemon
2 ikat daun ketumbar
2 sudu sos tiram
sedikit pewarna merah
Cara-caranya:
1. Pertama sekali buat tairu/susu masam. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.
2. Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Perahkan 1 biji buah lemon sekali ke dalam pengisar.
3. Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
4. Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
5. Masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Boleh juga guna bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk ke dalam ayam yang diperap tadi. Perap ayam ini selama 5 jam.
6. Akhir sekali bakar pada 170C selama 1 jam.
Sekarang, ianya sudah siap untuk dihidangkan kepada seisi keluarga,
sanak saudara atau tetamu yang datang. Semoga perkongsian ini dapat
membantu dan bermanfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikannya dengan
yang lain juga. Selamat mencuba dan terima kasih. Selamat mencuba.
13 Comments
mak aii..sedap ni..:)
ReplyDeletekalau dekat dah serbu rumah abam kie.. haha
ReplyDeleteSelamat hari lahir anak bongsu Abam Kie.
ReplyDeletecantik kaler..sedapnya..
ReplyDeleteSedapnya..aroma asap dan arang tu tambah ummpahh.
ReplyDeleteSedapnya ayam tandoori!
ReplyDeletenampak pun dah sedap... xpernah sy bakar ayam tandoori leh ambil resepi la pas ni.... hehe
ReplyDeleteAdoi abg kie, meh hantar kat sini sikit
ReplyDeleteWah....Nampak sangat menyelerakan Abam Kie. Dah boleh masukkan dalam list bisnes yang boleh dibuat selepas pencen kalau boring nanti.
ReplyDeletemek suko jugok. kekgak tk reti nk buat. ni abe kie bui resepi belum tentu buleh wt jugok. huhuh. ado BBQ di rumoh, jgn lupo ajok mek.
ReplyDeleteseumur hidup baru 2 ke 3 kali rasa ayam tandori. ada resepi ni boleh la try
ReplyDeletetudia.. merelit merah ayam tuh.. nmpak sedap..
ReplyDeletemenarik.
ReplyDeletesedap.
aida suka beli set skali dgn roti naan.
naan cheese. yum yum yum.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.