Membuka akaun BeeSTAR-i di Bank Muamalat
Assalamualaikum... Anak kedua Abam Kie iaitu Nur Alis Dalili berkeinginan membuka akaun simpanan untuk dirinya sendiri. Jadi pada cuti akhir tahun 2018 lalu, Abam Kie meninjau2 akaun simpanan remaja terbaik yang ditawarkan oleh bank2 di Tanah Merah ini. Akhirnya abam kie memilih akaun BeeSTAR-i di Bank Muamalat kerana proses membuka akaun di sini mudah je.Abam Kie cuma perlu membawa Lili bersama kad pengenalannya ke bank tersebut. Bila dah tiba di sana, abam kie kena isi borang ringkas sementara menunggu giliran dipanggil. Macam biasalah bila nak buka akaun ni kena buat thumbprint dan sebagainya.
Alhamdulillah. Dalam masa 20 minit semuanya dah siap. Lili kena masukkan RM100 sahaja dulu ke dalam akaun tu. Lepas tu kad debit Mastercard diberikan kepadanya. No PIN tu abam kie yg hafal. Bimbang dia terlupa nanti. Selepas tu abam kie mencuba kad debit tersebut dengan mengeluarkan wang sejumlah RM50 di ATM bank itu.
Balik ke rumah abam kie juga mendaftar internet banking untuk Lili. Lagi best i-muamalat di boleh diakses di browser dan apps handphone. Mudah kan? Jadi selepas ni mudah la Lili nak membeli barang2 di Lazada dan Shopee. Tak perlu lagi guna kad kredit atau akaun bank Abam Kie. Cuma username dan password tu abam kie je yg tahu.
Baiklah, sekarang Abam Kie nak citer tentang ciri2 akaun BeeSTAR-i Bank Muamalat ini.
Individu yang berumur bawah 18 tahun
Deposit minima
RM 25 sahaja tetapi biasanya kerani bank minta kita simpan RM100.
Minima Baki dalam Akaun
RM 10 sahaja
Kelebihan Akaun:
~ Kelayakan automatis ahli Kelab BeeSTAR-i
~ Keuntungan (hibah) yang bakal adik-adik dapat daripada simpanan (kiraan harian) iaitu semakin banyak simpanan semakin tinggi keuntungan.
~ MEPS ATM - 5 kali pengeluaran PERCUMA untuk akaun yang berbaki minima RM 5,000 ribu sebulan
~ Dapat guna kad debit Mastercard untuk membeli-belah dalam talian dan sebagainya.
~ Dapat guna perbankan internet.
BONUS
Kelayakan insurans kemalangan percuma selama setahun (Takaful Personal Accident) sehingga RM 10,000 ribu untuk :
1) kematian
2) ketidakupayaan kekal (permanent disability)
3) khairat kematian (RM1,000 ribu)
Jadi apa lagi? Jomlah buka akaun simpanan BeeSTAR-i di Bank Muamalat sekarang!
12 Comments
Nice sharing abam kie. Boleh pertimbangkan untuk buka akaun untuk anak-anak nanti
ReplyDeletedapat passbook dengan kad tu, sekarang jarang bank buat dapat passbook.
ReplyDeletewow. bgusnya ! perlindungan tu yg penting.
ReplyDeletekalau nk tau dulu sy slh seorg yg terlibat dgn kerja2 blkg tabir produk dan logo Beestar-i ni...cerita lama... hehehe
ReplyDeleteBaguslah.Boleh bagitahu adik-adik sepupu ni.
ReplyDeleteSelamat menabung.
ReplyDeletewah, siap ada PA.
ReplyDeleteterbaik!
oo bank muamalat boleh buat transaksi online juga ye
ReplyDeletecantik buku dan kad :)
ReplyDeleteSedap nama anak abam kie :) Baguslah kecik lg dh ada hasrat nak menyimpan, untuk bekalanasa depan :)
ReplyDelete*masa
Deletekalau ada anak nanti boleh simpan dekat bank ni la nanti
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.