Membuka akaun simpanan-i di RHB
Assalamualaikum. Pada 30 Disember 2018 lalu Abam Kie pergi ke cawangan RHB Islamic Bank di Kubang Kerian, Kelantan untuk mengambil geran kereta kerana pinjaman kenderaan tersebut sudah dilangsaikan. Alang-alang dah memandu jauh2 ke sana, kenapa tidak abam kie buka akaun simpanan-i di bank tersebut? Dapatlah menambak koleksi kad debit kan?
Nak buka akaun bank di RHB ni mudah aje. Mula2 sekali abam kie kena isi borang dan ambik nombor giliran. Bila nama dipanggil terus jumpa staff di situ dan cop ibu jari tangan. Bila dah dapat no akaun simpanan, staff tu suruh bank in deposit RM100 di CDM. Mujur x ramai org hari tu. Pelik gak. Biasanya bank yg lain suruh kita bayar di kaunter duit deposit tu. Lepas tu dia akan bagi kad debit Visa seperti di atas. Macam biasa, abam kie kena pi ke ATM dan tukar initial PIN tu sambil daftar no HP utk terima TAC. Hmmm..terus abam kie ambik RM50 terus sbb tgh kekurangan duit masa tu. Huhuhuhu...
Akhir sekali abam kie nak daftar internet banking RHB Now. Yg ni leceh sikit sbb staff RHB yg kena daftarkan. Mcm la kita x tahu buat sendiri di rumah. Dia siap keluarkan tablet dan minta abam kie tekan sini situ. Ikut saja la sbb nak guna perkhidmatan mereka. Huhuhuhu.. Akhir sekali dah siap!
Jadi apa kata kawan2 yg belum ada akaun simpanan tu pergi buka akaun di RHB sekarang? Selamat mencuba!
17 Comments
ABM ada akaun RHB dan RHBNow, selalu lupa ID dan password. Uhuk uhuk
ReplyDeleteBoleh dipertimbangkan untuk menambah akaun simpanan bank yang ada.
ReplyDeleteMarsha memang dah ada acc RHB tapi kan jeles la tgk kad debit tu...comel!!! RHB Now memang Marsha guna sebab Marsha jenis online punya person...hihi
ReplyDeleteBoleh la lepas ni daftar Rhb pulak
ReplyDeletesy dah ada sbb gaji msk akaun ni😊
ReplyDeleteDiorang tolong buatkan lagi cepat agaknya Abam Kie
ReplyDeleteTakde lg akaun di RHB. Mungkin nnt bleh juga buka.
ReplyDeleteOoo... Belum ade lagi akaun simpanan-i dgn RHB ni. InsyaAllah boleh dipertimbangkan la nanti. Terima kasih ye kongsi pengalaman
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeletemohon jelaskan jika ada loan perumahan dgn RHB.. bagaimana nak lihat i-statement rumah tersebut sedangkan peminjam tiada akaun dgn RHB.. harus buka akaun simpanan dahulu untuk membolehkan akses i-statement pinjaman rumah?
ReplyDeleteada dah akaun ni, abamkie.
ReplyDeletetapi x aktif dah.
nanti bebila nak gi lah, bank in kan duit agar aktif semula.
sesak sesak, boleh withdraw, kan :)
Rhb dia x mintak dukumen sokongan mcm pengesahan majikan ke kalau nak bkk akaun? Bawak diri dgn ic jelah? Kalau maybank leceh.
ReplyDeleteKna boss skg dh semua leceh yg pting alamat pemastautin kna sama dlam ic pas kna ada bil api 2kping bil air 2kping klau ade slip gaji bawak sekeping
DeleteDulu snang boss skg ni nak bkak akaun macam2 dia nk contoh kalau ic alamat perak tpi dduk ampang xboleh buat kat ampang nun kna blik perak buat klau nk buat gak pksa la naik jpn tkar alamat leceh benau
ReplyDeleteoh ciktom takde pula buka akaun rhb..mcm menarik jgk kalau buka 1 lg akaun..
ReplyDeleteKalau terus buat pinjaman utk beberapa ribu dan simpan dalam akaun simpanan mungkin akan jadi senang untuk buka akaun di bank itu.
ReplyDeleteMaaf nak tnya klu yg bukan warganegara..boleh ke buka akaun rhb bank? Terima kasih
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.