Tabiat Seharian Yang Buat Kita Pokai (Bahagian 1)
Gaji anda sudah pun masuk. Anda membuat keputusan untuk membelanja diri anda, bermakan di restoran mewah, mungkin minum secawan kopi di Starbucks, dan membeli satu lagi denim berwarna biru dalam musim diskaun ini. Dan sebelum anda mengetahuinya, anda tidak mempunyai apa-apa wang untuk hari-hari yang tinggal pada bulan itu.
Jadi, bagaimana kita sampai di sini?
Kekurangan tabiat pengurusan wang.
Jika anda mengamati semua perbelanjaan anda dengan berhati-hati selama sebulan, anda mungkin berada dalam kejutan yang tidak menyenangkan untuk mengetahui berapa banyak yang anda boleh melebihkan pada perkara – yang kebanyakannya anda tidak perlu.
Tetapi jangan risau lagi. Anda boleh mengawal kecenderungan ini dan memupuk disiplin kewangan. Berikut merupakan 20 tabiat harian yang membuatkan anda pokai pada setiap bulan. Kenal pasti yang mana satu tabiat anda, dan betulkan untuk selamatkan kewangan anda dalam ekonomi ini!
1. Makan Mewah Di Luar
Fokus untuk memasak di rumah. Jika anda sering makan di luar, gunakan kad kredit, yang sama ada menjana cashback atau memberi anda beberapa mata ganjaran sebagai balasan.
2. Minum Kopi Dari Kafe
Jika anda peminat tegar kopi dan tidak boleh memulakan hari tanpa kopi, digalakkan untuk beli mesin kopi dan buat kopi sendiri setiap hari.
3. Beli Barang Dapur Bila Anda Lapar
Anda akan terpengaruh untuk beli barang dapur yang tidak diperlukan apabila beli belah barang dapur sewaktu lapar. Elakkan
4. Bungkus Makanan
Nampak remeh tetapi sebenarnya banyak beza dari segi kos jika dibandingkan dengan makanan yang dimasak sendiri.
5. Sumpahan “Beli 2 Percuma 1”
JANGAN MUDAH TERPENGARUH. Jangan mudah terpedaya untuk membeli barangan yang tidak diperlukan terutamanya barangan dapur. Ia mungkin akan berakhir di dalam tong sampah sahaja.
6. Berhabisan Untuk Barangan Fesyen Berkelas Tinggi
Barangan yang tidak berjenama antarabangsa pun tidak kurang tinggi kualitinya. Berhenti berbelanja lebih untuk pakaian yang boleh didapati pada harga yang murah di jenama tempatan.
7. Terikut-Ikut Trend Pakaian
Biar papa asal bergaya? Anda rasa patutkah anda menghabiskan wang gaji anda sebulan semata-mata untuk membeli kasut Nike yang dipromosikan oleh artis kegemaran anda? Fikir sekali lagi.
8. Menukar Gajet Pada Setiap Bulan
Melainkan perlu, tak usahlah menaik taraf gajet pada setiap bulan semata-mata ingin tampak terkini dan lebih maju daripada rakan-rakan yang lain. Ia merupakan satu bentuk pembaziran yang nyata.
9. Mempunyai Terlalu Banyak Produk Penjagaan Diri
Mempunya lima jenis losyen yang memberikan anda kesan yang sama? Bayangkan produk penjagaan diri lain yang boleh anda beli menggunakan duit yang mampu dijimatkan daripada empat lagi losyen yang tidak perlu itu.
Kata kunci penting. Kalau tak perlu, jangan. Jika anda tiada keperluan kecemasan untuk menggunakan penghantaran ekspres, gunakan sahaja perkhidmatan biasa.
Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di zukidin.com
17 Comments
Terikut-ikut dengan trend pakaian fesyen tu memang ada pada diri rabia.
ReplyDeletegood sharing a.kie..
ReplyDeletememang pokai la 10 perkara di atas..ada kala terbabas juga walaupun beringat. hihi
ReplyDeleteKalau macam semua dia tas, memang boleh pakai ni huhuhu
ReplyDeleteMakaseh atas ingatannya ...
semua tabiat diatas saya telah elakkan dalam tahun 2019...
ReplyDeletekalau pendapatan terlalu kecil pasti akan tidak mencukupi juga jika perbelanjaan terlalu besar.
perbelanjaan menjadi besar kerana membeli barangan yang berharga mahal hahahaha
"Kalau tak perlu,jangan".Setuju.Yang perlu pun kalau tak betul-betul penting,tangguhkan dulu.
ReplyDeletebetul3.. setuju :)
ReplyDeleteSekarang lebih ke arah beli bila keperluan sahaja...
ReplyDeletehahahah macam nak mengena je niiii
ReplyDeleteSelalu terkandas bila makan luar. Walaupun bukan di kedai mewah atau kedai hipster tapi kalau termakan luar, memang ngeri bila tengok bilnya
ReplyDeleteNice sharing... =)
ReplyDeleteSaya selalu katoi dengan penghantaran ekspres. Padahal beza dalam seminggu saja pun dan dokumen tu tak la penting sangat. Tapi mungkin dah terbiasa kot. Mulai sekarang, nak cuba berjinak dengan pos biasa berbanding pos laju atau syarikat 'courier'.
ReplyDeleteThank you for sharing Abam kie
ReplyDeleteBila dapat gaji memang macam-macam kita nak beli, kadang2 bukan keperluan pun, bila hujung bulan mula la korek tabung..
ReplyDeleteharus dielakkan ni... seronok ke bercuti ke kl.. mesti seronok kan org tak ramai
ReplyDeleteSetuju, memang harus dielakkan ni.. hmm
ReplyDeletemostly tak terlibat dgn aida, alhamdulillah...
ReplyDeletemoreover, now, aida sgt berjimat.
ke arah savings utk anak-anak.
next 4 years in shaa Allah anak sulung akan masuk U. aminnn...
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.