Tabiat Seharian Yang Buat Kita Pokai (Bahagian 2)
Assalamualaikum. Pada entri yang lepas, Abam Kie ada menyenaraikan 10 tabiat seharian yang boleh membuatkan kita pokai. Sebagai sambungannya, Abam Kie ingin berkongsi 10 lagi cara yang mungkin boleh membuatkan kita kesempitan wang. Sila baca sampai habis, OK? Terima kasih.
11. Tidak Menulis Senarai Beli Belah
Anda akan cenderung untuk berbelanja lebih daripada keperluan dan lebih kepada nafsu sekiranya tiada senarai ditulis
12. Wajib Beli Snek Apabila Menonton Filem Di Pawagam
Keinginan
untuk mengunyah apabila menonton wayang boleh diatasi dengan cara makan
sekenyang-kenyang di rumah dan tonton wayang dengan perut yang penuh
dan tenang tanpa perlu gusar bunyi kunyahan anda mungkin mengganggu
penonton yang lain.
13. Bayar Saluran TV Tetapi Tidak Menggunakannya
Langgan
segala saluran yang ada tetapi tiada masa untuk tonton ataupun tidak
minat menonton? Potong kos bayaran bil setiap bulan anda dengan menukar
langganan kepada asas ataupun manfaatkan saluran TV itu sepenuhnya.
Sekiranya
terdapat alternatif lain, berhenti gunakan aplikasi berbayar dan guna
alternatif tersebut untuk menjimatkan kos bulanan anda.
15. Merokok
Semua
sedia maklum bahawa cukai rokok di Malaysia sangat tinggi menyebabkan
harganya mahal. Bayangkan jumlah wang yang anda boleh simpan dengan
berhenti merokok. Jika anda merokok 10 batang sehari, anda bukan sahaja
melakukan kerosakan yang paling besar kepada kesihatan anda, tetapi juga
membuang tidak kurang daripada RM3,000 dalam satu tahun!
16. Langganan Gimnasium
Sekiranya
anda hanya mampu hadir untuk sesi di gym pada setiap hujung minggu
sahaja, pertimbangkan untuk memanfaatkan tips-tips dan latihan fizikal
yang disediakan oleh jurulatih di Youtube dan Facebook dan berhenti
melanggan.
17. Pembaziran Elektrik
Sentiasa pastikan lampu, kipas dan pendingin hawa hanya dibuka apabila ada orang di dalam ruang tersebut.
18. Menyimpan Barangan Tidak Perlu Di Rumah
Barang-barang
yang banyak memerlukan lebih banyak kos untuk menyimpan dan
menguruskannya. Simpan hanya barang yang diperlukan dan penting sahaja.
Barulah kemas rumah anda. Anda boleh menjual barangan anda di laman web
dan aplikasi seperti Carousell, CLOSETStlyles, mudah.my, ebay, abumama.my (untuk
perabot yang digunakan), dan sebagainya.
19. Menggunakan Perkhidmatan Teksi/Grab
Grab
dan teksi memang nampak lebih mudah dan selesa tetapi pengangkutan awam
masih lagi alternatif yang paling murah dan menjimatkan. Sekiranya
tidak terdesak, pilih alternatif yang lebih menjimatkan kos.
Sekiranya enjin kereta anda tidak spesifik hanya untuk RON97, gunakan RON95 untuk menjimatkan kos kecuali jika anda mampu.
14 Comments
kebanyakan semuanya sangat tepat
ReplyDeleteBetul..betul..betul..kadang nampak ringan dan mudah sahaja..tapi kalau tidak diperhati betul-betul-betul hujungnya pembaziran dan boleh buat pokai.
ReplyDeletehahahhaa. bayar astro, tgk tv3. pahtu jenero. kadang bukak tv, tgk youtube.
ReplyDelete21. Suka tukar kereta/perabot walau pun yang lama masih ok
ReplyDeletemenarik ni...nak follow la blog ni
ReplyDeletePerkara 18 menyimpan barangan yang tak perlu tuh memang satu masalah untuk Sarie. Kadang-kadang dah buat spring cleaning pun tetap la bertambah pula dengan barang baru hehehehhe
ReplyDeleteAlaaa tapi mama suka makan popcorn sambil tgk movie
ReplyDeleteSalam, jom join GA saya abam kie :D
ReplyDeletehttps://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html
BERJIMAT CERMAT NI MMG BAGUS
ReplyDeleteMemang ade betulnya semua perkara di atas. Macam manalah tak pokai kan. Aduhai! :) Hehehe
ReplyDeleteTepat sekali !! Kadang² tu walaupun dah buat list p beli jugak benda yang tak ada hehe
ReplyDeletetabiat yang abam kie kongsi memang ada sifat seharian hahaha kena ubahkan ni
ReplyDeleteSenarai membeli belah tu paling penting ! Kalau tak semua barang masuk troli hahahah
ReplyDeletesetuju, abamkie.
ReplyDeletenamun, ada antara kehendak tu seolah2 now dah nak jadi keperluan.
tak nak, tak boleh.
penting. terpaksa spend duit.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.