Pengalaman pertama berada di dalam wad
Siapa sangka siapa menduga, Abam Kie tertewas juga akhirnya. Setelah hampir 46 tahun bernafas di muka bumi ini, Abam Kie terpaksa menginap di dalam wad 29, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Pada hari Khamis, 4 April 2019 Abam Kie berjumpa dengan doktor pakar di sana untuk mengetahui laporan ujian IVU (sejenis x-ray) yang dilakukan dua bulan sebelumnya. Bila berjumpa dengan doktor tu terus je dia suruh abam kie masuk wad pada keesokan harinya kerana dia nak membuat pembedahan kecil membuang sisa batu karang yang ada dalam salur kencing ni. Bila dia semak slot pembedahan yg masih kosong, rupa-rupanya pada hari Ahad tu, 7 April ada yang 'available'. Cepatnya! Tak sangka mudah je dapat slot! Selalunya pesakit terpaksa menunggu berbulan2 sebelum dibedah. Mula2 tu rasa terkejut gak sebab belum bersedia. Tapi bila difikirkan jika kena bedah pada bulan puasa lagi la susah, jadi abam kie turutkan saja. Dah la muka doktor tu serius giler. Takut abam kie dibuatnya. Hahaha...
Maka pada ptg Jumaat tu abe kie pun pergi la ke hospital ditemani oleh isteri dan anak saudara. Proses masuk wad mudah je. Selepas Isyak isteri dan anak buah balik ke rumah. Maka malam tu ialah malam pertama abam kie tidur di dalam wad. Suhu sangat panas kerana cuma ada kipas. Wad kelas 3 biarpun abe kie layak masuk kelas 1. Pada hari Sabtu misi dtg setiap 4 jam untuk memeriksa tekanan darah dan kandungan gula. Kdg2 tu masa abe kie tidur pun dia kejutkan.
Pada awalnya giliran abe kie ialah yang kedua tapi ditolak ke nombor 3 sebab ada seorang makcik yang perlu dibedah lebih awal. Tak apalah. Cuma yg membimbangkan abe kie ialah kadar gula dan tekanan darah yg sukar nak turun2 ni. Segala ubat diberi...insulin pun dicucuk masuk. Mengikut kata doktor kalau dua perkara ni x stabil maka pembedahan mungkin ditangguhkan. Oh! No. I don't want to go home and come back again! Alhamdulillah, sebelum abe kie masuk dewan bedah pada 12.30 pm tu keadaan dah stabil.
Abe Kie menjalani pembedahan laser untuk membuang batu karang dan dibius separuh badan je. jadi Abe Kie sedar dan dapat lihat di skrin macamana laser tu menghancurkan batu2 karang tu. Hampir jam 4.15 pm abam kie ditolak keluar ke wad. Pada malam tu isteri turut tidur di dalam wad sebab abam kie baru je lepas dibedah.Selepas pembedahan ni keadaan jadi rumit sikit sebab terpaksa kencing melalui tiub dan air kencing terkumpul di dalam beg. Susah la nak bergerak sebab kena bawa benda alah tu.
Pada hari Isnin tu abam kie cuma berehat di dalam wad. Terasa bosan dan panas kerana tidak tahu apa yg perlu dibuat. Nak menengok skrin HP pun rasa pening. Nak membaca buku pun rasa x de mood. Last2 cuma tidur dan berbual dengan pesakit katil sebelah. Bila dok dalam wad ni abe kie menjadi insaf apabila melihat pesakit2 lain yg lebih kuat diuji drp abe kie. Ada yg terlantar terus 24/7. Paling tidak abe kie ni masih bernasib baik sbb masih boleh bangun n berjalan slow2.
Alhamdulillah, pada pagi Selasa tu doktor pakar membenarkan abe kie pulang ke rumah. Selepas siap segala dokumentasi dan urusan 'discharge' maka abe kie bertolak pulang pada jam 4.14 pm. Ingat nak balik awal tapi isteri kena punch out jam 5. Tu pun dia berulang-alik dari pejabat ke hospital sepanjang abe kie berada di hospital. Abe Kie dapat MC selama 14 hari! Mula2 tu rasa best gak sbb x pernah2 dlm sejarah perkhidmatan dapat berehat panjang. Tapi lps tu rasa kesian plak kat pelajar2 yg terbiar terutama sekali mereka di tingkatan 5. Tak apa. Lps sihat nanti abe kie akan buat kelas tambahan la. Iyolah kan, abe kie kena pastikan betul2 sembuh sebelum kembali sekolah. Siti bilang cuti, maka abe kie pun cutilah je!
21 Comments
pernah 2 kali masuk wad sebab asthma, tapi x pernah kena bedah lah..
ReplyDeleteGws Abam minum air kosong byk2 ye
ReplyDeleteGet well soon abam kie
ReplyDeletelast masuk ward bulan 10 tahun lepas..lepas ni x nk dh masuk ward
ReplyDeletesyafakallah cikgu!
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh Abam Kie.
ReplyDeleteAlhamdulillah...semua berjalan dgn lancar...
ReplyDeleteInsya'Allah..nnt dah sihat sepenuhnya...abam kie buat kelas tambahan tok dieorg ya..
alhamdulillah semua jalan dgn baik.. awa prnh masuk ward 7 kali... sekali sebab denggi.. lg 6 kali sbb bersalin...
ReplyDeleteSedangkan masuk wad cucuk air pun da sulit sangat rasanya nak gi toilet n solat bawak beg air..inikan pulak bawak beg kencing..huhuhu
ReplyDeleteMoga cepat sembuh ya abam kie
Lepas ni Cikgu kena jaga makan dan minum agar betul-betul sembuh dan bersih batu karangnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya dah selamat. Abam Kie take care tau. Sure anak-anak murid dah rindu kat Abam Kie tuh
ReplyDeleteSemoga cepat sihat abam Kie. :)
ReplyDeleteMoga cepat sembuh Abam Kie.. jangan banyak fikir ye
ReplyDeletealhamdulillah semua urusan berjalan lancar, rest banyak bam kie nanti bersemangat balik ke sekolah :)
ReplyDeleteEfisien hospital di negara kita.
ReplyDeleteHarap cepat sembuh.
selamat berehat abe kie.
ReplyDeleteSelamat berehat dan get well soon 😊
ReplyDeletesemoga cepat sembuh abam kie. shu pun pernah suspek ada batu dalam hempedu, hampir di bedah, tapi shu buat rawatan minum air epal hijau. alhamdulillah hingga sekarang tak rasa sakit dah.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh abam kie.
ReplyDeleteAlhamdulillah...semuanya sudah selamat.
ReplyDeleteini merupakan pengalaman yang agak mendebarkan kerana perlu tidur di wad.
Abe Kie kira bertuah kerana ada wife yang sanggup bersusah payah masa susah...terbaik
semoga cepat sembuh dan sihat selalu abam kie..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.