Bagaimana Nak Buat Jeruk Mangga Tanpa Pengawet?
Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
• 1 plastik buah mangga epal (Anggaran dalam 15-20 biji)
• 2 genggam garam kasar
• 1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
• 1 kg gula
• 3 cawan air
• 2 balang plastik besar
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
7. Jeruk mangga yang telah sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan foto: Nor Shakinah Md Zainal
19 Comments
Alahaiiii...nampak macam senang jer nak buat..kena try & error ni.....
ReplyDeleteManis dan rangup ni..sedapnya.
ReplyDeletesedapnya..kecur ailio..sekrg ni femes mangga asam boi + cili..
ReplyDeleteyummy.. lebih sedap yakin dan jimat bila buat sendiri kan
ReplyDeletefuhhh mereciksss! walaupun kureng sikit jeruk tapi mangga den suka hahaha.
ReplyDeletejemput join segmen abam kie :D
http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html
Sedap nyaa selalu mkn yg org jual je
ReplyDeletenyum2
ReplyDeletetq kerana sharing
ReplyDeletesaya suka sangat..nak cuba
ReplyDeleteTengok gambar pun dah jatuh cinta
ReplyDeleteSaya akan cuba lepas ini....TQVM.
ReplyDeleteNampak macam mudah nak buat , tq sebab berkongsi.
ReplyDeleteLahh..s3nangnya... kat rumah ada pokok mangga yang tiap tahun berbuah lebat.
ReplyDeletenice, jeruk mangga memang favourite amar :)
ReplyDeleterupanya mudah nak buat jeruk hehehe
ReplyDeleteOrg kelantan mmg suka buat jeruk pauh mcm ma saya..
ReplyDeleteSedapnya abam kie....dah la demam ni. Memang ubatnya la makan jeruk di kala tekak payau ni huhuhuhuhu
ReplyDeleteMacam sedap je ni.. kena try ni
ReplyDeleteKereta Sewa Johor Bahru
feveret !
ReplyDeletebuat sendiri, muai ekk nak merasa.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.