40 Cerita Pasal Makan
1. Paling sedap,
Makan free..
2. Paling mahal,
Makan angin..
3. Paling pahit,
Makan hati..
4. Paling lama nak pencen,
Makan gaji..
5. Paling susah,
Makan pasir..
6. Paling celupar,
Makan penampar..
7. Paling terkesan,
Makan dalam..
8. Paling sikit,
Makan tepi..
9. Paling best,
Makan tidur makan tidur..
10. Paling bahaya,
Brek tak makan..
11. Paling berdosa,
Makan rasuah..
12. Paling teruk,
Makan tuan..
13. Paling cantikkk,
Pandai makan.. pandai simpan...
14. Paling malas,
Dah makan tak pandai basuh..
15. Paling cela,
Makan yang haram..
16. Paling dulu,
Makan garam..
17. Paling takut,
Makan diri..
18. Paling bosan,
Makan tahun..
19. Paling tidak terasa,
Makan usia..
20. Paling degil,
Tak makan saman..
21. Paling boring,
Makan masa..
22. Paling hina,
Makan kawan..
23. Paling bahaya,
Makan jalan..
24. Paling baik,
Kena bagi makan..
25. Paling comel,
Tak makan tua..
26. Paling bengang,
Dah pancing tak makan²..
27. Paling kecewa,
Harap pegar, pegar makan padi..
28. Paling derita,
Pantang makan..
29. Paling risau,
Budak² tak mahu makan..
30. Paling sibuk,
Cari makan..
31. Paling sopan,
Makan beradab..
32. Paling kerap,
Salah makan..
33. Paling tak jujur,
Makan hak orang..
34. Paling engkar,
Curi² makan..
35. Paling seronok,
Makan kenduri..
36. Paling diingat,
Jaga makan..
37. Paling tak sihat,
Makan tak pantang..
38. Paling sihat,
Makan bila lapar..
39. Paling mulia,
Makan nasihat..
40. Paling akhir,
Makan kena orang tolong suapkan..
19 Comments
manusia dan makan berpisah tiada hehehe
ReplyDeletebetul tiada halangan makan, makan & makan lagi
ReplyDeletehahaha banyak pulak ekkk pasal makan ni
ReplyDeletePaling utama jangan lupa Tuhan..
ReplyDeleteAda banyak paling ya rupanya.. Ada kebenarannya Cikgu AK.
Makan saja nih cikgu hehe
ReplyDeleteMENARIK CITER PASAL MAKAN
ReplyDeletebanyaknya kaitan kehidupan dgn makan...
ReplyDeletehahahhah nasiblah dah makan
ReplyDeletepaling best.. makan free abam kie belanja
ReplyDelete41. Paling rugi
ReplyDeleteTak boleh makan
41..pandai wak menambah plak ye
ReplyDeletepaling hantu,, makan doyan hii
ReplyDeletekalau cite pasal makan memang tak akan pernah habis..hehe
ReplyDeletehaha pasal makan ni memang macam-macam cerita
ReplyDeletesaya baca smpai habes.. sebab seronok hahhahh...
ReplyDeleteMakan makan makan.
ReplyDeleteMacam2 pasal makan hahaha aduhaii
ReplyDelete41. Paling sia sia,
ReplyDeletemakan tak habis.
kihkihh
no wonder ada orang dok tanya 'makan untuk hidup atau hidup untuk makan'
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.