Nama lain bagi sayuran di Kelantan
Jika anda tinggal di Kelantan dan bukan berasal dari Kelantan, ada beberapa nama sayur dan buah yang perlu anda ingat yang nama atau sebutannya berbeza daripada bahasa baku.
Daun sawi atau sayur sawi namanya lain di Kelantan. Ia dikenali dengan nama lobak. Lobak dalam bahasa baku pula dipanggil carrot di Kelantan (ikut bahasa Inggeris lah pulak).
Kacang bendi pula dipanggil kacang mior. Manakala taugeh pula dikenali dengan nama kacang cambah. Cili api atau lada burung pula disebut lada ceget.
Tembikai pula dikenali dengan nama timun cina di Kelantan. Manakala timun batang pula hanya dipanggil timun. Jika disebut terung masam itulah sebenarnya tomato.
Buah anggur lebih dikenali dengan nama buah jabit. Manakala buah epal dikenali sebagai buah topah di kalangan orang tua-tua.
Buah manggis orang Kelantan namakan sebagai buah setto. Manakala buah ketereh pula menggantikan nama buah gajus. Buah mangga dipanggil pula buah pauh.
Buah ciku pula di Kelantan dikenali buah sawo nila. Buah nam-nam pula ditukar menjadi buah katak puru. Buah durian belanda orang Kelantan panggil buah durian selat.
Sekian untuk kali ini.
20 Comments
ada certain terms yang biasa dengar sebab ada kawan kelantan haha
ReplyDeletegreat sharing
ReplyDeleteayah sy kelantan, tapi anak2 dia semua tak reti cakap kelantan... kalau balik kampung dengar je la tak reti nak borak2 hehehe..
ReplyDeleteHaha betul tu Abam Kie, anak-anak kak feni pun tak faham kalau kami adik beradik cakap kelate pekat.
ReplyDeleteSemua nama sayuran dan buah-buahan di Kelantan LZ tak pernah dengar dan tahu..
ReplyDeletePerkongsian yang baik, ilmu baru untuk LZ..
lobak merah memang ramai yg panggil carrot, lebih mudah kot...kt Perak pun sama...mak saya pun panggil carrot..hahaha..
ReplyDeleteketereh tu selalu dengar sbb jd brand budu...yg lain2 tu ada yg first time dengar..
betul tu, nasibla saya ada ramai kwn opir yang asal dari kelantan...
ReplyDeleteSawi tu ada jenis yg di panggil lobak iaitu sawi putih (batangnya putih melepak). Itu adalah bahagian atas lobak putih. Sawi plak banyak jenis yg dlm bahasa China di panggil pak choy. Sayur dan buah2an lain tempat memang lain nama, Kadang2 keliru di buatnya... :)
ReplyDeleteAda similar dgn teganu contoh buah manggis tu dipanggil buah seto, tauge disebut camboh, tembikai pun disebut timun cina, almaklum berjiran
ReplyDeletewah menariknya, macam-macam nama rupanya ye sayuran disana baru tahu. Tq infonya
ReplyDeleteMasa PC kerja dulu.. Ramai kawan-kawan anak jati Kelantan. Ada jamuan masing-masing kena bawa satu menu. Kawan PC nak bawa timun cina... PC pun terpinga-pinga.. Timun cina.. Nak buat pencuci mulut?... Aneh. Rupanya tembikai. Hehe. Tambah ilmu. Alhamdulillah.
ReplyDeleteHahaha uniknya negeriku. Macam-macam boleh hikhik
ReplyDeleteMemang betul tu abam kie hihihi
ReplyDeleteKDN memang unik
ReplyDeleteKat kampung saya pula, buah durian belanda, kita orang panggil durian sayur.
ReplyDeleteubi keledek, kita panggil ubi stelo
buah gajus, kita panggil buah ttere
buah kundang, kita panggil buah star ( ilir kan tu)
wowww baru tahuu hahaha. saya tak ramai kawan Kelantan thats why macam tak tahu semua tu hehehe. thanks for sharing abam kieee.
ReplyDeleteunik kan Malaysia ni cikgu,nama berbeza-beza di sesetengah tempat tapi bendanya sama =)
ReplyDeleteyakk. ado hop mek tahu. ado hop baru tahu. kayonyo bahaso kito. tapi tomato tu memang ore pnggil terung masam ko? tak rajin dengar doh tu.
ReplyDeletesaya panggil buah nam-nam buah katak puru juga tapi sayur lain tuh saya memang tak pernah tau pun panggilannya dalam bahasa Kelantan
ReplyDeletejenuh nak kena hafal dulu nama sayur ni sebelum pi kelate. hehe
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.