Ikan Siakap Masak Kengsom
Assalamualaikum. Satu hari tu Abam Kie ada makan di Rantau Panjang. Salah satu menu yang ada di restoran itu ialah IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM. Sepanjang hidup ni belum makan lauk ni. Jadi abam kie minta resepi dengan tuan punya restoran tu. Mujurlah dia sporting dan bagi resepi tu.
Jadi pada hari ini Abam Kie nak berkongsi resepi ini dengan kawan2. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
½ biji nanas
Kangkung secukupnya
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji bawang besar saiz sederhana
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan nanas dan serai. Biarkan mendidih seketika. Masukkan pula ikan.
3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula dengan secukup rasa. Pastikan hidangan ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas.
4. Padamkan api dan masukkan kangkung. Ia akan menjadikan kangkung tidak terlalu lembik dan masih rangup.
5. Perah jus limau nipis. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
Mudah kan cara memasaknya? Jom kita pakat cuba hari ini. Good luck!
21 Comments
Sedapppnya
ReplyDeletePC rasa ini sangat sesuai juga untuk yang mahu berdiet la Cikgu AK sebab rebus tiada menggunakan minyak..boleh cubalah.Tengok bahan dan caranya mudah dan ringkas.Terima kasih Cikgu kongi resipi.
ReplyDeletesedapnya, peernah makan di kedai siam memang menangkap betul rasanya...
ReplyDeleteterima kasih kongsi resepi, insyallah nanti nk cuba jugak
Tak pernah makan tapi biasa dengar . Tengok resepi tu mudah je cara buatnya , boleh try . Kalau tak masuk nenas boleh ke .? Malas pulak nak keluar pasaraya semata-mata nak cari nenas . Barang lain semua ada dah kat dapur .
ReplyDeleteteringat-ingat lagi kesedapan masakan kengsom yang dana pernah cuba aritu... bila tengok resepi ini
ReplyDeletebahan dia pun mudah dapat..
ReplyDeletenieyl pun x penah lagi ni makan atau masak kengsom ni...
boleh la try ni dah abam kie kasi resepi ni kan...tq abam kie
aduh, abam. sedap nyer!!!
ReplyDeletekebetulan lunch hour ni hah - memang menjemput sgt lah...
yum.. yum.. sedapnya mama suka hirup kuah dia
ReplyDeleteMacam tak pernah dengar menu ni
ReplyDeletetentunya sedap
Macam masak piandang kan...
ReplyDeletefeveret saya tu ikan siakan, tak kira la masak aper pon...
ReplyDeletewahhh mcm masak pindang hehe
ReplyDeletesedapnya..rasa masam manis nenas..telan ailio nih..
ReplyDeleteBagusnya...siap mintak resepi dari owner restoran.
ReplyDeletePertama kali tau menu ni, masa mkn di rmh org. Sedap!
Dah pernah cuba masak ni.. memang sedap!
ReplyDeletesure masam ni Abam Kie. looks tempting.
ReplyDeletewaalaikumussalam. wahhhhhh terliuq terus tengok gambar tu :P
ReplyDeleteBelum pernah cuba masak kengsom ni, tengok gambar yang cikgu share tu sedap sangat rupanya.
ReplyDeleteTak pernah lagi makan lauk macam nie.. Nampak menarik.. Resepi pun mudah.. Boleh dicuba..
ReplyDeletemasak kengsom ke namanya. ermm sedap
ReplyDeleteDekat rumah ada dua ekor siakap. Buntu tak tahu masak apa. Bila baca entry ni rasa nak try je resipi ikan siakap masak kengsom ni
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.