Kisah budak kelas belakang
P. S. Murid2 di atas bukannya dari kelas belakang. Mereka adalah bekas pelajar saya yg mengambil kertas BI Ulangan SPM. Mereka datang untuk meminta tips terakhir.
Masa tu ada pameran universiti dan kolej kat sekolah aku. Time aku nak masuk kelas aku perasan ada sorang budak kelas belakang duduk bersidai kat koridor, buat muka sedih. Aku tanya kenapa? Dia terasa hati sebab akak yang jaga booth tu bagitau daripada banyak-banyak universiti dan kolej yang buat pameran, 1 kolej je yang layak dia masuk.
Dia kata sedihlah cikgu..
Aku faham perasaan budak-budak kelas hujung ni. Dorang bukan takde usaha tapi mungkin its above their limit.
Budak kelas belakang ni dorang bukan tak bagus sebab dorang inilah yang paling mudah sekali nak tolong cikgu kalau kita mintak tolong buat kerja.
Budak kelas belakang jugaklah yang rajin tegur dan salam cium tangan cikgu kalau jumpa dorang kat luar berbanding kelas pandai. Kadang budak kelas pandai jumpa cikgu buat tak tahu je. Cikgu-cikgu mesti pernah lalui benda ni kan?
Dah, dah, aku kata jom masuk kelas dulu.
Dalam kelas aku basuh sikit otak dorang satu kelas. Aku kata dalam hidup ni belajar sangat penting kerana istilah belajar takkan habis. Belajarlah selagi nyawa dikandung badan. Tapi itulah, kadang-kadang kita nak push dorang lebih-lebih pun kita tahu level dorang kan. Paling penting budak kelas belakang ni janganlah kita merendah-rendahkan dorang sebab kita pun tak tahu 20-30 tahun lagi dorang akan jadi apa. Mungkin kat sekolah dorang dianggap corot, loser, tak guna tapi 20-30 tahun lagi mana tahu dorang akan jadi orang kerja baik-baik yang membantu masyarakat dan negara, kita pun tak tahu, kan?
So, nak naikkan semangat dorang, aku bagitau dorang tak semua benda dalam dunia perlukan bakat dan kepandaian. Takde bakat dan kepandaian pun korang boleh buat benda ni, antaranya:
1. Sentiasalah menepati masa.
2. Sentiasa hormati guru dan orang yang lebih tua.
3. Sentiasa berakhlak baik.
Tak payah nak buat banyak-banyak benda, cukup 3 benda ni korang buat, percayalah semua orang akan suka pada kita.
Aku perasan budak yang sedih tadi nampak senyum cikit dah.
Aku cuma nak dorang rasa bahawa tak semua kebahagiaan dalam dunia ini adalah hasil daripada bakat dan kualiti akademik. Pandai mana sekalipun kita tapi kalau lupa jasa cikgu-cikgu yang ajar kita pun tak guna jugak, kan? Betul tak?
18 Comments
betul tue
ReplyDeletebetul tu cikgu, tak semestinya tak masuk kolej, tak masuk U tak boleh berjaya dalam hidup...
ReplyDeleteBetul sangat dan setuju.
ReplyDeletePerkongsian yg baik ABAM KIE...jalan2...
ReplyDeletesetuju sangat. mungkin pelajar macam ni lebih kepada kemahiran. rezeki Allah Taala masing2 kat orang kan tak sama :)
ReplyDeleteterbaik lah nasihat cikgu..:)
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat cikgu tu yang penting ada adab dan akhlak baik pasti ramai yang suka.
ReplyDeletebudak kelas belakang atau kelas depan tak penting,yang penting tak jadi manusia yang menyakitkan hati orang lain =)
ReplyDeleteTak mustahil budak kelas belakang ni akan yang paling berjaya pada masa hadapan.
ReplyDeleteRabia pun dulu kelas belakang jugak abam kie.tapi budak kelas belakang ni lah akn berjaya di masa hadapan.
ReplyDeleteSekarang ni banyak peluang dan ruang untuk budak2 kelas belakang ni.
ReplyDeletekelas2 kemahiran, tvet dsb,
Zaman wak dulu, nyambung ke kebun getahlah
Betul sangat dengan perkongsian Abam kie nie..
ReplyDeleteSungguh, buat adik-adik ni.. moga masa depan awak semua lebih baik dari apa yang awak semua risaukan hari ini..
ReplyDeleteterbaiklah cikgu. tapi sebenarnya banyak je peluang macam pelajar ni. ianya lebih kepada skills. lagi la orang cari nanti untuk kerja.
ReplyDeleteSemoga nasihat yang cikgu berikan menjadi semangat untuk anak murid terus berusaha sehingga berjaya
ReplyDeleteJemput join
ReplyDeletehttps://budoxesquire.blogspot.com/2019/12/give-away-december-haro.html
Betul tu cikgu. Sebenarnya akhlak yang mulia je yang dipandang orang. Kalau pandai tapi akhlak ke laut , memang orang lain pandang sebelah mata je 😊.
ReplyDeletetak semestinya kelas belakang tu x bagus. yg penting usaha
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.