Assalamualaikum. Pada hari ini, Abam Kie nak menulis entri mengenai tiga org kakak yang sangat Abam Kie sayangi. Dalam keluarga kami ada enam adik-beradik saja. Tiga yg pertama perempuan dan selebihnya lelaki. Abam Kie ni anak yang kelima. Kami membesar dulu di kampung kecil di Machang, Kelantan. Baiklah pada kali ini Abam Kie nak bercerita pasal tiga orang kakak yang sudah bersara dari perkhidmatan awam. Selamat membaca!


Kakak sulung ni dipanggil Kak Zun aje. Dia lahir pada tahun 1960. Pada tahun 1986 dia memasuki sektor awam dan berkhidmat sbg penolong jururawat di Pejabat Kesihatan Dungun, Terengganu. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Kolej Kejururawatan Kuala Lumpur pada lewat 90an. Selepas grad tu dia ditugaskan di Hospital Besar, Kuala Terengganu. Tapi mujurlah tak lama. Lepas tu dia kembali ke Pejabat Kesihatan Dungun. Pada akhir 2015 dia memohon untuk bersara pilihan. Sekarang Kak Zun menghabiskan masa pencenn dengan menjaga dua org cucunya. Setiap sebulan dia dan abang ipar akan balik kampung di Machang, Kelantan untuk menghabiskan masa dengan kami adik-beradik dan saudara-mara. Lagipun Kak Zun memiliki sebuah rumah di kampung bagi memudahkan dia sekeluarga menginap bila balik kg. 


Kakak yang kedua pula mesra dipanggil Kak Yah. Dialah satu2nya anak perempuan yang tinggal dekat dengan rumah ayah di kg. Selepas lulus Sijil Perguruan di MPIK Cheras, dia terus ditempatkan di SM Vokasional Tanah Merah, Kelantan yang baru dibuka pada Disember  1989. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di UTM Kuala Lumpur setelah 15 tahun berkhidmat sebagai guru. Pada 1 Mac 2020 lalu Kak Yah memilih untuk bersara pilihan setelah 30 tahun berkhidmat sebagai guru. Abam memilih bidang TESL ni pun atas nasihat Kak Yah la dulu. Tanpanya mungkin Abam Kie x jadi cikgu pun sekarang. Sekarang dia menjaga cucunya di kampung sebab menantunya masih belajar di sebuah IPTA. 


Kakak ketiga ni mesra dipanggil Kak Nah je. Selepas grad dari UiTM Shah Alam dalam bidang Sains Komputer pada awal 90an dulu dia terus bekerja sebagai programmer di sebuah jabatan kerajaan di KL secara kontrak. Masa tu dia tinggal di AU3, Keramat. Masa belajar di UM dulu Abam Kie pernah menumpang di rumah dia selama 2 tahun. Selepas beberapa tahun bekerja secara kontrak, dia ditawarkan jawatan tetap di Jabatan Statistik. Tidak lama kemudian dia berpindah ke Putrajaya dan menetap di Kampung Sungai Merab Dalam, Bangi. Jawatan terakhirnya sebagai Pembantu Juru Analisa Sistem di Kementerian Kewangan. Dia memilih untuk bersara awal pada usia 54 tahun kerana sudah penat mengadap skrin komputer setiap hari. Lalu sebelum cuti CNY yang lepas dia punch out untuk kali terakhir.

Demikianlah kisah 3 org kakak Abam Kie yg sedang menikmati usia persaraan dengan anak2 dan cucu masing2. In Shaa Allah kalau panjang umur, Abe Kie pun akan bersara seperti mereka bila dah dapat gred DG54 nanti sebab itulah gred tertinggi yang boleh dicapai oleh sesorang guru dalam perkhidmatan pendidikan. Aamiin.