Baru-baru ini permohonan Abam Kie untuk memiliki kad kredit Standard Chartered telah diluluskan. Sebenarnya Abam Kie terlihat iklan dalam FB oleh comparehero.my yg menawarkan jam tangan pintar kpd pemohon kad kredit StanChart yg berjaya. Abe Kie cuba la nasib. Manalah tahu ada rezeki kali ini. Thn lps ada apply tp kena reject. Huhuhuhu...

Alhamdulillah. Setelah 2 minggu kad kredit Visa Platinum itu sampai ke rumah abam kie. Tu pun ada masalah gak sebab posmen tu tercicir kad kredit abam kie tu di rak pej pos. Geram tul! Siap abe kie buat aduan ke KL. Alih2 ptg tu terus jumpa dan dia hantar ke rumah. Kad kredit ni x de yuran tahunan. Ingat senang ke nak cari kad kredit platinum tanpa yuran tahunan? Jika di Citibank la, kad mcm ni mahunya dkt RM300 yuran tahunan je!


Settled dah dgn kad kredit. Hadiah jam tangan pintar ni kena tunggu sebulan slps kad kredit tu sampai. Terima kasih comparehero.my! Jam ni bila tengok di Shopee atau Lazada mahunya dekat RM300! Kalau beli sendiri mungkin tidak la sbb abe kie sendiri sudah ada 4 utas jam tangan. Yg terbaharu ni jadi yg kelima. Kira dah lebih kuota tu. Alamak!

Macam biasa la..jam pintar mcm ni ada byk fungsi. Tp abe kie x abis teroka fungsi2nya. Cuma tahu guna utk check kadar denyutan nadi, jumlah langkah, tempoh waktu tidur dan ramalan cuaca. Yg selebihnya kena godek2 lagi semasa tempoh PKP ini.

Baiklah. Abe Kie bersyukur dgn segala rezeki yang Allah kurniakan. Sama2lah kita berdoa agar pandemik Covid-19 ini akan berakhir dengan segera agar kita dapat meneruskan aktiviti seharian dengan jayanya. Aamiin...