Masalah Yang Saya Hadapi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Assalamualaikum. Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 dan dijangka berakhir pada 14 April ini amatlah menyusahkan kehidupan semua rakyat Malaysia. Namun bagi mematuhi perintah kerajaan Malaysia bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang jahat ini, maka kita kena tinggal di rumah dan tak boleh duduk dekat2 dgn orang lain.
Jadi pada kali ini Abam Kie nak menceritakan masalah2 yg abam kie hadapi sepanjang tempoh PKP ini. Pertama sekali kalau nak keluar pergi beli barang2 dapur kena keluar seorang diri je. Lepas tu kena pakai mask plak. Leceh dan sukar bernafas. Bila nak masuk pasaraya plak kena beratur. Dah masuk pilih barang tu kena cepat2 beli dan keluar. Pastikan jarak minima 1m dengan individu terhampir. Masa pulang plak kdg2 tu kena lalu roadblock. Kat Kelate ni jika naik motor dgn raga penuh dgn sayur dan ikan mmg polis bagi lepas je. Cuma siapa yg bawa sekeluarga jalan2 ke pantai memang la kena warning dgn Inspektor Shahab tu. Terus dia suruh patah balik.
Masalah kedua ialah air paip yang terlalu perlahan disebabkan kerosakan pam air. Di kawasan rumah saya ni kalau x guna pam air memang air slow la spt air kencing je. Entah malang tul nasib saya sekeluarga kerana suis automatik pam ni rosak pada hari pertama PKP. Kedai hardware memang tutup dan tukang paip pun x sudi nak baiki sebab katanya air tetap ada, cuma slow aje. Huhuhu...
Jadi susah la nak mandi, basuh pinggan dan kain baju ni. Mesin basuh automatik memang x boleh guna jika air slow. Mujurlah kami ada mesin basuh semi-auto dekat laundry area. Jadi susah la sikit nak membasuh. Mujurlah masa cuti jadi ada byk masa nak tunggu mesin basuh tu siap proses! Jika nak mandi pulak kena menakung air dlm tong besar dulu sampai penuh. Sabar je la.
Masalah ketiga pulak aircond dlm bilik tidur yang rosak sehari sebelum PKP ni. Dah la cuaca panas dan kering terlampau semasa PKP ni. Nak solat pun x selesa sbb rasa panas. Kalau malam tu tidur x berbaju la jawabnya. Seksa sungguh rasanya tapi kena bykkan bersabar sehingga PKP ni tamat.
Masalah keempat ialah line internet yg slow. Contohnya unifiLite tu slow yg amat sampaikan TV di dapur tu x larat nak janakan Netflix dan Youtube biarpun jaraknya dgn modem cuma 10 m. Rasanya ini kerana halangan dinding. Mujurlah Maxis ada jual pass internet 20GB bernilai RM3 utk 5 hari. Jadi dapatlah buat hotspot bila perlu. Rasanya masalah line slow ni dialami semua pengguna di negara kita skrg.
Masalah kelima ialah cuaca panas dan kering yg berpanjangan semasa PKP ni. Duduk di dalam rumah pun panas sebab tak berangin dan aircond plak rosak. Nak keluar lagi la tak boleh. Jadi abe kie pastikan kipas sentiasa berpusing agar sejuk la sikit dlm rumah.
Masalah keenam ialah kebosanan. Kalau cuti sekolah tu x bosan sebab boleh keluar jalan2. Nak shopping ke, nak bersukan ke, nak makan2 ke, nak melancong ke...semuanya boleh. Tp lain plak masa PKP ni sebab terpaksa mereput di dlm rumah. Aktivitinya ialah makan, tidur, mandi, solat, main internet, semak media sosial dan sebagainya. Selang sehari memang la abam kie keluar cari barang dapur. Tapi isteri dan anak2 memang memerap dlm rumah la jawabnya.
Ada la membaca Al-Quran sikit, baca buku dan majalah, update blog dan tengok movie di Youtube dan Netflix. Tapi kdg2 bosan juga sebab macam x de citer best kat situ. Ada juga abam kie bagi kerja kat murid2. Mereka tulis esei dan email kpd abam kie untuk disemak. Nanti pihak pentadbir kata abe kie x mengajar apa2 semasa PKP ni. Memang la sekolah tutup tp PDPc kena gak dijalankan secara atas talian. Kelas maya ni abam kie buat utk kelas2 depan je sbb mrka ada akses kpd komputer, handphone dan internet. Kelas2 belakang tu bknnya x nak buat cum faham2 la kalau cikgu x de di dpn mrka..memang mrka x tahu nak buat la.
Akhir sekali abe kie berharap PKP ini akan berakhir mengikut waktu yg dijadualkan. Jika tidak, maka byk la sukatan pelajaran yg x dpt dihabiskan. Lagipun anak sulung abam kie akan menduduki SPM thn ni. Bimbang kat dia dan anak2 didik yg lain. Sekian. Terima kasih.
16 Comments
Memang mencabar PKP ini bila kena hadap masalah macam abam kie.. Semoga Covid 19 ini berlalu pergi..
ReplyDeletekalo kat rumah saya ni, kedai hardware bukak lagi mungkin sebab dia bergabung dengan barang keperluan rumah...macam kedai runcit juga..
ReplyDeleteye, kadang2 rasa tepu dan bosan jugak walau ada capaian internet yang laju...
Part airkcik tu mmg geramm.. aircond sy mmg rosak.. pakai Dua kipas Satu bilik.. hahaaa..
ReplyDeleteMoha dipermudahkan semua urusan kita musim pkp ni sbb dijangka lama lagi aduhh..
ReplyDeletehousehold saya so far smooth juga PKP ni, mungkin sebab saya tetap bekerja. so dlm perjalanan sebelum balik tu boleh beli barang keperluan. nasib baik unifi smooth juga. pembelajaran anak dlm talian dan wasap pun smooth. alhamdulilah tuk semua
ReplyDeletedikampung rietta ada org guna pam air utk pam air sungai...dicurah atas bumbung untuk sejukan...mcm air siram pokok di kebun tu....cuaca panas sekarang aircond pun xterasa....bdk tadika pun ada online kelas...terima kasih pada cikgu cikgu semua....
ReplyDeleteBanyak pula kekangan yang cikgu hadapi time PKP ni ya, bertabahlah..semoga dipermudahkan semuanya dna mendapat kemudahan yang lain walaupun ada ksukaran..
ReplyDeleteWah macam karangan BM SPM cikgu tulis.
ReplyDeleteWak bagi 'A' lah
kalau takde air memang susah nak buat kerja kat rumah, harap bersabar abam kie :)
ReplyDeletesemoga Malaysia kembali pulih seperti biasa
ReplyDeleteBetul sangat Cikgu...cuaca panas terik..bekalan air di kawasan tmpat tinggal PC ni pun kerap terganggu..
ReplyDeleteAlhamdulillah lah, sepanjang PKP ni, sy takde masalah besar yang menimpa
ReplyDeleteByak cabaran spanjang pkp tak kira yg duduk rumah atau bekerja.. apapun semoga covid-19 ini berakhir dgn cepat..
ReplyDeleteKekurangan air time pkp mmg x best kan
ReplyDeleteBanyak masalah tu.. semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteBetul mencabar PKP kali ini kan.... apa yang mampu buat..berdoa, bersabar dan berharap...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.