Ejaan Yang Mengelirukan
Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi ejaan yang mengelirukan yang kerap kita gunakan dalam penulisan. Tanpa kita sedar ejaan yang kerap kita gunakan itu sebenarnya SALAH! Jom kita telusuri ejaaan-ejaan yang sebenarnya yang patut kita gunakan dalam pertuturan ataupun penulisan seharian. Berikut adalah senarai ejaan perkataan yang kerap kita salah gunakan:
1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. ehsan ❌ ihsan ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. catit ❌ catat ✔
9. buffet ❌ bufet ✔
10. efisyen ❌ efisien ✔
11. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
12. kuatkuasa ❌ kuat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. kolestrol ❌ kolesterol ✔
19. komersil ❌ komersial ✔
20. garfu ❌ garpu ✔
21. korum ❌ kuorum ✔
22. lagenda ❌ legenda ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. losyen ❌ losen ✔
25. siaraya ❌ siar raya ✔
26. paspot ❌ pasport ✔
27. spesis ❌ spesies✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan dan meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. baucer ❌ baucar ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. audien ❌ audiens ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. analisa ❌ analisis ✔
60. murtabak❌martabak ✔
18 Comments
terbaik abg kie...
ReplyDeletebanyak membaca juga dapat atasi masalah ejaan yg mengelirukan ni. nice sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu AK perkogsian.Mana yang khilaf boleh mula diperbetulkan.
ReplyDeleteBaru aje betulkan semua ejaan resipi kat dalam blog...
ReplyDeletekena selalu check dgn dewan bahasa..no.5 tu mcm pelik gak, ntahlah..
ReplyDeletebaru tahu sambalewa bukannya sambilewa
ReplyDeleteTerima kasih. No 5 tu baru tahu.
ReplyDeletentah la, abam. BM ni kerap bertukar.
ReplyDeleteaida memang ke laut la bab ejaan ni.
sib baik anak2 rajin update ibu diorang ni hah.
english is better and easy. takde perubahan.
time masters ari tu, UKM boleh buat assignment guna BM or english.
ternyata in english lebih senang. tried nak buat in BM.
Allahu Akbar, seksa!!!
Kadang2 ejaan main hentam aje
ReplyDeleteyang penting orang faham apa yang kita tulis.
Bagus juga kalau dapat gunakan ejaan BM yang betul.
Kalau BI,lagilah ke laut
Banyaknya salah eja. Haha Thanks for sharing cikgu!
ReplyDeleteSelamat Hari raya Aidilfitri. ^^
Tq atas perkongsian, byk rupanya selama ni saya salah eja abamkie dl msg, whatssap dan email.. ilmu ni..almklumlah dh lama tinggal sekolah 😂
ReplyDeleteMenulis skrg terutama di media sosial mmg slalu guna shortform..byk yg salah eja
ReplyDeleteehee memang kan banyak ejaan yang salah guna. tapi kita ni jenis.. okla janji sama bunyi kita faham2 jela cuma in formal writing still dikira salah..
ReplyDelete5 dan 48, seriuosly baru tahu ejaan nya gitu. yg lelain mmg sering salah ejaan selalunya, pasal tu kot if apa2 doc penting yg dual bahasa, selalu nya english akan diguna pakai if ada isu berbangkit
ReplyDeleteterbaik.. kadang-kadang tu memang dah tahu salah tapi dah terbiasa, kita biarkan ja.. tapi dalam penulisan formal kena ambik berat la
ReplyDeleteBanyak salah ejaan saya selama ni.
ReplyDeleteBaru tahu ejaan yang sebenar. Thank you teacher.
uihh ejaan martabak tu baru mama tau hihi
ReplyDeletememang banyak salah ni...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.