Mengapa dengki penjawat awam tetap dapat gaji masa PKP?
Kita sbg penjawat awam... Inilah peluang menambah saham akhirat dgn membantu mereka. Sesungguhnya cemburu dan irihati tidak perlu sama sekali. Abam Kie sangat kagum dgn cara berfikir penulis ini. Sila baca, hayati dan komen, ya? Terima kasih.
UNTUNGNYA ORANG KERJA SEBAGAI PENJAWAT AWAM GAJI JALAN?
Semenjak PKP ni ramai kata untunglah jadi cikgu gaji tetap jalan, untunglah kerja gomen walaupun apa berlaku gaji tetap jalan siap ada yang dapat bonus dan BPN lagi. Huntunglah.
Kan untungkan mereka sampai ada cadangan suruh pemerintah potong gaji penjawat awam agar mereka juga turut membantu dalam keadaan sekarang.
Sebelum saya lanjutkan coretan saya, izinkan saya kenalkan diri. Saya hanyalah Rol Sham penjual jalanan yang menjual kebab dan roti john bukan penjawat awam, hanya berniaga kecil-kecilan di pasar malam dan pasar tani. Jelas ye. Nanti ada kata saya ni juga penjawat awam tu pro penjawat awam.
Pernah dengar tak "dalam rezeki kita ada rezeki orang lain?" Jadi itulah kisah yang saya ingin sampaikan.
1. Kenapa kita rasa amat cemburu terhadap penjawat awam? sebab gaji tetap jalan macam biasa.
2. Kenapa rasa mereka patut dipotong gaji agar dapat membantu keadaan sekarang ini.
Jawapan saya tidak perlu cemburu dan potong gaji mereka. Sebab dengan gaji mereka, mereka sedang membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil seperti kami.
Golongan manakah paling ramai membeli produk makanan kami sewaktu PKP atau sebelum PKP?Mereka penjawat awam bergaji kecil mahupun besar. Mereka ini yang selalu ke pasar malam berhenti beli sebab balik tak sempat nak masak mahupun keletihan. Bukan sahaja penjawat awam bahkan swasta yang bergaji kecil. Mereka inilah penyumbang besar ekonomi kami.
Kami pula membantu peruncit membeli stok daripada peruncit manakala peruncit membeli daripada pemborong dan pemborong membeli daripada pengilang.
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada T20?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada peniaga lain?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada penjawat awam?
Sepanjang saya berniaga tidak pernah lagi sekali sy dpt pelanggan daripada T20 (bukan sektor gomen ye) walaupun sebiji roti john berharga 5 hinggit dan kebab 3 hinggit. Tidak pernah!
Pelanggan saya banyak daripada penjawat awam, pekerja swasta M40, pekerja kilang, pekebun, pesawah dan majoriti adalah penjawat awam.
Tapi kenapa kita tidak rasa bersyukur apabila pemerintah kekal gaji mereka tanpa potongan. Kita perlu bersyukur sebab bila gaji penuh mereka tidak berkira-kira untuk berbelanja beli pisang goreng Mak Cik Kiah ke, nasi lemak Pak Meon ke atau juadah sampingan lain.
Namun jika gaji dipotong mereka akan mula berkira-kira kalau aku beli chicken chop harga 10 hinggit aku tambah lagi berapa ringgit dpt beli ayam seekor atau beras 5 kilo lagi berbaloi kena jimat ni gaji dah kena potong.
Nampak minda mereka akan berubah. Jadi apa berlaku pada peniaga micro makin lama makin hilang pelanggan dan akhirnya terpaksa tutup.
Gaji mereka dapat mereka tidak akan simpan pasti ada sikit untuk berbelanja. Jadi kenapa kita harus cemburu?
Dengan pemotongan gaji penjawat awam adakah ia membantu menaikkan jualan kita?
Jika ye kenapa dari sebelum PKP ada perjuangan gaji minima sepatutnya tidak perlu gaji minima kan? Saya bukan nak membela penjawat awam atau kakitangan swasta bergaji penuh tanpa potongan. Tapi mereka adalah antara penyumbang pembangunan ekonomi kecil.
Macam saya sekarang dimusim PKP kebanyakan customer saya adalah guru, polis, misi, pekerja kilang, pekerja sektor dibenarkan buka. Kebanyakan daripada mereka kalau penduduk kampung ada mereka beli tapi kena jimat jugalah sebab punca pendapatan mereka terjejas. Saya faham itu.
Jadi yang berikan cadangan atau pihak yang cemburu itu dah lihat ke jualan kita hari ni berapa peratus daripada golongan penjawat awam yang dipersoalkan untunglah gaji jalan.
Tak rasa bersalahkah?
Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, jadi berhenti merungut dan terus berusaha. Alhamdulillah hari ini roti john sy tak banyak jual tp masih bersyukur masih ada duit masuk. In ShaaAllah, esok mungkin ada lebih sikit untuk hari ini. Jom kita bersyukur jika pun hanya RM1 sahaja yang masuk. Kerana itu bukan rezeki daripada pembeli atau pemberi tapi itu adalah rezeki daripada Allah.
Sekian #abgkebabmenulis bagi yang tidak sependapat dengan saya, saya mohon maaf. Saya hanya luahkan sikit rasa sahaja.
"Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita"
Kredit: Rol Sham
#SyadzaRotiJohn
20 Comments
betul tu abam. fea sendiri baru posting menjadi guru. sebenarnya ramai guru kerja dari rumah. attend kursus online, kelas online, beri latihan semak semua online. cuma mereka saja yang tidak melihat.
ReplyDeleteberbelanja ni penting untuk merancakkan ekonomi..
ReplyDeletedalam gaji mereka ada rezeki kita. suka ayat ni. semoga murah rezeki peniaga2 selepas kita bebas dari suasana PKP ni.
ReplyDeleteBgs abg jual roti john n kebab ni.sentiasa positif..semoga semua org pn berfikiran positif juga.
ReplyDeleteDari dulu sampai sekarang.. Tak habis-habis nak dengki dengan staf kerajaan.. geram rasanya..
ReplyDeleteSetiap orang ada rezekinya.. berusaha dan bersyukur..
rezeki kan Allah beri.. siapalah kita untuk persoal rezeki yang Allah bagi
ReplyDeleteDari dulu memang isu ni tak habis2.
ReplyDeleteAsyik duk compare ja. Masing2 ada bahagian masing2 kan, bersyukur la.
Sebenarnya apa apa yang ditentukan Allah itu ada hikmahnya. Ibaratnya kita melihat harimau itu kejam kerana memakan mangsanya. Tapi kena ingat, kalau harimau tak makan, dia akan mati dan kadang berminggu-minggu harimau tu tak makan. Jadi, siapa juga yang untung? Harimau atau mangsanya?
ReplyDeleteharap sangat penjawat awam dapat membeli di kedai2 tepi jalan. mereka dapat membantu orang lain juga.
ReplyDeleteBetul, dalam rezeki kita ada rezeki mereka. ^^
ReplyDeleteDulu saya kerja swasta tak pernah dengki dengan orang yang kerja government. Bila dah kerja government, rasa hairan kenapa ada yang dengki dengan kita yang bekerja government ni. Diorang tak tahu ke yang kita ni pekerjaan saja nampak gah tapi gaji x segah mana pun.
ReplyDeleteSy pon bukan penjawat awam.. Tp apa yg abam kie coretkan make sense.. Kita yg rakyat marhaen ni setia cari makn di gerai2..nk pergi tempat mewah..sekali sebulan je..time gaji tu pon kalau ada urgent nak pakai duit..niat makan mewah postpone bulan depan..
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki buat semua.
ReplyDeleteTak perlu lah berdengki..rezeki allah tu kan luas..tak faham sungguh la mentaliti diaorang ni
ReplyDeleterezeki masing-masing tak perlu persoalkan
ReplyDeletebetul tu, tak pernah nak rasa cemburu atau dengki dengan mereka sebab kebanyakan mereka kena bekerja juga semasa pkp ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah rezeki mereka
ReplyDeleteItulah ganjaran rezeki anugerah allah
selama ini mereka bekerja keras tak tentu waktu dan masa malahan berkorban wang ringgit sekali.
Semoga dipermudahkan rezeki abang kebab dan rezeki semua orang tidak sama. Allah know best.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang menarik cikgu.
alhamdulillah saya pekerja swasta dibayar gaji penuh T_T
ReplyDeletesetiap org ada rezeki masing2.
ReplyDeletemaybe time ni la semua org terasa org gomen ni beruntung.
time lain?
time org gomen x dpt bonus sedangkan sektor lain 2-3 bulan bonus, ada diorang kenang?
aduhai...
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.