Assalamualaikum. In Shaa Allah pada hari Ahad, 24 Mei ni kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1441H. Marilah kita merafakkan kesyukuran kpd Allah kerana dgn izinNya dapat lagi kita menyelesaikan ibadah puasa dgn jayanya pada tahun ini. OK, berbalik kpd Hari Raya ni plak. YB PM telah mengeluarkan garis panduan bahawa aktiviti ziarah-menziarahi pada hari raya cuma boleh dilakukan ke rumah kaum-keluarga dan jiran terdekat. Pas tu bilangan org di dlm sesebuah rumah tu x boleh melebihi 20 org. Dan yg pastinya tiada balik kampung merentasi negeri tahun ni. Cuma boleh beraya ke rumah2 yg satu negeri je. Ngerti kalian? Masalahnya adakah norma baru ini sesuatu yang boleh diterima? Apatah lagi ketika menyambut Hari Raya... bila berkumpul anak cucu. Rumah terbuka langsung x boleh diadakan. Jadi menjelang hari raya, berakhirnya puasa, abam kie Nak Pesan Dua Tiga Ribu Patah. Sila baca dengan teliti ye? 😎

Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang. 📛📛📛

Ya... Boleh beraya tak lebih 20 orang. Boleh beraya dalam daerah. Tapi abe kie harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang... Apa kata kita buat ulangkaji sikit.

1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak? Ada baby kecil atau anak syurga? Ada pesakit jantung, darah tinggi atau kencing manis? Ada pesakit kanser atau buah pinggang?

Ya... Better check dulu. Sebab mereka berisiko tinggi. Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg elok2 duduk di rumah pula jadi mangsa.

2. Call dan tanya dulu tuan rumah... Sudi terima tetamu atau tak. Jangan main terjah je sebab nak beraya. Takut2 nanti dia siap jawab, kau sekolah ke tak? Kau SRP lepas ke tak? Ada sesetengah org dia memang jaga dan tak pernah keluar rumah. So bila ada tetamu kat depan pintu dia pun serba salah. Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.

3. Fikir tentang duit raya dan sampul. Mana kita dpt duit dan sampul, susah nak cakap. Sampul raya kita serah pd anak kecil dan warga emas. Sampul bertukar tangan... Time begitu mana ada masa nak cuci dengan hand sanitizer, clorox atau dettol kan. Jadi... Fikir fikirkanlah. Munasabah tak beri duit raya tahun ini. Dan jgn pula kata tuan rumah kedekut nak bagi duit raya...

4.Tuan rumah pun kena jujur. Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan keselamatan anak kecil dan warga emas dalam rumah anda sebagai keutamaan. Jangan sebab nak jaga hati tetamu, kita abaikan apa yg seharusnya kita jaga. Biar le orang kata kita overreacting, asal kita bertanggungjawab menjaga rumah dan mereka yg kita sayang...

Nak mudah... Letak saja sign depan rumah. Tulis "Maaf... Rumah ini tak dapat terima tetamu." Orang pasti akan faham.

5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini. Tapi ramai yg boleh mati jika kita sudah cuai atau tersilap langkah. Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat. Jangan semata-mata kerana nafsu beraya... Kita gagalkan segala usaha.

Duduk sejenak..
Fikirkan..
Akal ini bukan untuk kita simpan.
Semoga Allah menjaga kita semua.

#kitajagakita