Assalamualaikum. Perkongsian kali ini bukanlah nak mendedahkan keaiban Abam Kie atau sesiapa tapi dipohon agar kawan2 blogger menjadikan pengalaman pahit Abam Kie semasa membeli barang dalam talian ini sebagai pengajaran untuk kita semua. Semoga selepas membaca post ini kawan2 akan lebih berhati2 apabila berbelanja di dalam talian. 

Kisah benar ini berlaku semasa permulaan PKP tempohari. Isteri Abam Kie bersungut tentang kesukarannya untuk menyimpan bahan mentah sept ayam, ikan, daging dan sebagainya kerana ruang freezer di peti sejuk tu terhad. Katanya jika ada chest freezer nanti mudah la nak simpan gulai, lauk, kuah atau apa jua makanan untuk dihangatkan dan dimakan kemudian hari. Nak buat ais dan aiskrim pun mudah. Lalu sebagai suami yg prihatin abam kie pun survey la kat Lazada dan Shopee. Masa tu semua kedai barang elektrik ditutup. Tinjau punya tinjau akhirnya abam kie tertarik untuk membeli chest freezer atau peti sejuk beku jenama Toshiba. (Lihat foto di atas). Harganya murah dan berjenama plak tu. Bayaran dibuat menggunakan 0% interest menggunakan kad kredit. Mudah kan? Tarikh belian pada 4 April 2020.


Tapi barang ni lambat betul nak sampai. Bila aku tanya penjual kat Kota Tinggi, Johor tu, dia kata ambik masa gak nak sampai sebab PKP. OK, aku faham dan cuba bersabar. Namun apabila barang tu sampai pada 20 April 2020, iaitu selepas 16 hari pembelian dibuat, aku merasa amat geram kerana diberikan jenama yang lain. Kotak je Toshiba tapi isi dalam tu brand entah apa2 dari Sepanyol yg sepatah haram perkataannya aku x faham! Ni kalau rosak ntah kat mana nak mengadu...Kalau tukar dgn brand tempatan spt Sharp, Panasonic dsb aku x kisah. Ni memang jelas aku ditipu! Sepatutnya si penjual bengong ni maklumkan kat aku yg jenama Toshiba tu x de stok dan tanya aku sama ada boleh ditukarkan dgn jenama lain atau nak batalkan pembelian! Ini tidak! Suka2 dia je antar jenama lain yg ntah apa2!


Bila aku ON chest freezer tu keesokan harinya didapati benda alah ni x sejuk. Yes, the green light was ON but the compressor was not working. Senyap je. Tunggu selama 3 jam pun x sejuk langsung. Arrrghh! Aku rasa geram tahap gaban nih! Lalu aku tel si penjual keparat tu. Banyak kali cuba tapi x de yg jawab. Takut la tu! Sebab tembelang dia dah pecah. Lewat ptg tu baru dia call cakap pembekal Toshiba menghantar brand yg salah! Ni jenis x reti nak ngaku kesalahan diri sendiri la nih! Dah aku beli dgn kau maka kau la yg patut semak barang tu sebelum kau pos kat aku! Aku terus cakap yg aku nak teruskan dgn penghantaran barang tu kat dia. Mujur dia setuju. Kalau x setuju memang segala makian dan carutan ala Diva AA aku hamburkan kat dia hari tu! Kau sekolah ke tak? SRP kau lepas ke tak? 


Dah siap buat penghantaran pulang ke Lazada, aku dan isteri membalut semula peti sejuk beku tu. Satu kerjaan plak nak plaster bagai. Mujurlah kos penghantaran ni Lazada tanggung. Kebetulan aku ada simpan no HP posmen di Poslaju Machang, lalu aku call dan mereka sanggup pickup barang tu keesokan harinya. Kalau tak, payah la sbb kena mohon pergerakan nak rentas sempadan plak. Lagipun benda ni x muat nak masuk dlm kereta. Mujur staff Poslaju Machang mudah basso, sene kirro. Alhamdulillah. 


Seingat aku barang tu mula dipos ke Kota Tinggi pada pagi Sabtu, 25 April dan selamat sampai kpd penjual tu pada 30 April. Tapi yg bengangnya si penipu x nak proses brg ni dgn segera. Saja dia nak melengah2kan permainan! Dah kalau brg tu aku hantar dlm keadaan baik, terima saja lah dan approve. Mudah Lazada nk bagi refund kat aku! Ni sampai ke wisel penamat dia senyap dan buat derk aje. Sakit betul hati aku. Ini dia buat aku tertunggu2 sehingga seminggu!


Akhirnya Syukur Alhamdulillah. Refund atau ganti rugi aku berjaya diluluskan oleh Lazada pada jam 7.22 ptg Khamis, 7 Mei 2020. Skrg aku cuma menunggu Lazada memulangkan duit aku ke dlm akaun kad kredit  aku paling awal 5 hari bekerja. 


Tanpa menunggu duit pampasan tu mendarat ke dlm akaun, aku terus survey chest freezer yg bersesuaian kat pekan. Ada 5 kedai yg aku terjah dan akhirnya aku membeli jenama Faber yg boleh dipercayai di sebuah kedai bumiputera. Memang la mahal drp beli di Lazada atau Shopee namun aku serik nak beli brg2 letrik kat sana lagi apatah lagi benda yg berat mcm chest freezer ni. Cukuplah hanya sekali aku terkena. Kalau nak beli on9 pun biarlah brg2 yg ringan dan murah je. Kalau jadi apa2 mudah nak return kat pejabat pos. 

Semoga kwn2 blogger mendapat pengajaran drp kisah sebenar Abam Kie tadi. Kalau nak tahu nama kedai penipu tu sila PM abe kie. Ia sangat aktif menjual di Lazada dan Shopee. Beringat sebelum kena. Anda mampu mengubahnya. Sekian. Terima kasih.