Assalamualaikum. Pada 19 Mei 1973 hari Sabtu Abam Kie dilahirkan di sebuah desa terpencil bernama Kampung Tandak, Machang, Kelantan. Abam Kie merupakan anak kelima daripada 6 beradik. 3 lelaki dan 3 perempuan. Terlalu pantas masa berlalu. Dari seorang bayi bertukar menjadi kanak-kanak masuk ke alam remaja kemudiannya menjadi pemuda terus menjadi dewasa dan akhirnya warga emas. Pada usia menjengah ke angka 47 ini tiada apa yg perlu dikejar lagi. Cuma nak menghabiskan sisa usia di dalam perkhidmatan pendidikan dan selepas bersara ingin memperhambakan diri kepada Allah s.w.t sebelum dijemput ke alam barzah dan seterusnya akhirat yg kekal abadi.

Hari lahir pada tahun ini sekali lagi disambut dalam bulan Ramadhan jadi tiada acara makan2 yg hebat di restoran. Lagipun dalam PKPB ini x digalakkan berbuka puasa di luar. Baik berbuka puasa bersama isteri dan anak-anak aje. Jadi untuk sambutan hari lahir ke 47 ini, isteri abam kie buat pertama kalinya memasak nasi arab versi nasi bokhari. Nasi arab ni ada bermacam2 versi kan? Alhamdulillah menjadi percubaan pertama ini menjadi!


Untuk bersahur pula abam kie mencuba untuk memasak maggi kerabu ala Thai. Selalunya beli maggi kerabu di pasar malam. Ini kali pertama abam kie masak maggi kerabu ni. Bahan2nya mudah je. Kira mcm makanan segera yg mudah dimasak la. Cuma nak menyediakan bahan2nya yg renyah sikit. Tapi cara membuatnya mudah je. Kawan2 boleh google resepi ini dan cuba buat. Cepat dan ringkas. Alhamdulillah. Maggi kerabu ini laku keras! Selalunya kalau abam kie yg masak anak2 akan makan sampai licin! Berbisakan air tangan seorang bapa ni kan?

Dan yang paling terharu sekali ada seorang kawan FB yg menjadi org yg pertama mengucapkan Happy Birthday kepada Abam Kie saban tahun tanpa lupa. Beliau ialah Abang Nizal Muhammad, bekas wartawan dan pengacara TV3 yg popular dahulu. Terima kasih byk2 atas ucapan dan ingatan itu.


Pada kesempatan ini Abam Kie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita dapat menyambut Hari Lebaran tahun ini dengan mematuhi PKPB yang sedang dilaksanakan ini. Sekian. Terima kasih.