Assalamualaikum. Kedapatan sekarang graduan universiti yang baru mula bekerja sudah mula rasa malu untuk naik motor ke tempat kerja. Eksyennya kau dik! Meh Abam Kie nak citer sikit. Abam Kie ni kan, lepas konvo kat UM tu terus dihantar mengajar ke Papar, Sabah. Dua bulan pertama mengajar di sana, abam kie tumpang je kereta jiran yg turut mengajar di sekolah yang sama. Pas tu balik ke KL dan uruskan penghantaran motor ke Sabah. Maka selama hampir 4 tahun di sana, Abam Kie cuma menunggang motor je ke sekolah. Mujurlah sek tu cuma 2 km je dari rumah sewa. Bila balik Kelate je baru Abam Kie beli Proton Wira. 

Jadi kepada adik2 yg beria2 nak guna kereta tu, meh abam kie nak bagi nasihat sikit. Sila baca ye...

1. Dik mula kerja jangan pasang impian beli kereta gaji pertama. Belajar naik motor atau LRT saja dik.

2. Malu memang la malu, bila hujan duduk bawah jambatan dik. Tapi sekurangnya kita jujur bergaya ikut kemampuan kita.

3. Jangan ingat yang pakai kereta hebat tu banyak duit dik, ada yang makan pun mintak kawan belanja. Belum hujung bulan duit dah tak ada.

4. Hutang mereka besar dik, kalau pakai City lagi dahsat dik. Bayar bulan RM856 selama 9 tahun.

Kalau hutang EX5 baru RM250 itupun cuma 2 tahun dik. Dah ada anak nanti boleh bawak naik motor petang petang makan angin.

5. Kalau perut dah boroi, isteri peluk kita tak sempat sampai pusat dik. Romantik namanya dik naik motor nie.

6. Tebal muka sekarang tak per dik, dari tebal hutang. Motor boleh jimat banyak benda, cuma kalau berlanggar mungkin tak selamat.

Kalau jodoh tak kemana dik, jangan risau

7. Setakat malu jer dik jangan risau, Beboi Iman tak malu pun ambik duit orang. Inikan kita baru mula kerja mengada nak beli kereta.

8. Selagi tak kawin jangan beli kereta, kalau mak nak tumpang jalan jalan bukan setiap hari. Kalau mak nak juga sewalah kereta yang ada, lagi mahal dari City pun boleh. Audi kan ada!

9. Kalau risau muka hitam naik motor jangan risau dik, Qu puteh kan ada (jangan percaya sangat produk putih nie, pakai bedak pun boleh)

10. Belajar tebal muka naik motor, buat simpanan tebal tebal dalam ASB atau Tabung Haji. Azam beli rumah pertama kecil dan sederhana.

Gegadis bijak lagi suka kita ada rumah dari kereta dik, mereka senang nak gubah bunga dan beli barang IKEA.

Semoga berjaya dan jadi hebat dik.

Sumber: Azizul Azli Ahmad
#Mula Kerja Dengan Motor Juga.
Mula Hidup Dengan EX5 hingga dicuri
#JadiLelakiSeksiDenganRumahSendiri