Adakah kita sudah bersedia? Apa yang bakal berlaku selepas PKP? Ramai yang ingat, selepas sahaja PKP ditamatkan, kita akan menjalani kehidupan seperti biasa. Rangkaian Covid-19 boleh dihentikan, tetapi untuk membunuh virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya. Jadi, kita masih belum selamat. Sangkaan itu mungkin betul, tapi yang pasti selepas PKP, kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm. Kalau perasan sebelum ni, PM awal-awal lagi dah sebut, kita kena biasakan dengan kehidupan baharu iaitu New Norm. New Norm ini adalah keadaan dimana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal, ianya atas risiko masing-masing.

Walaupun kes covid dah zero, tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah "Possible" yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru. Walaupun kita akan bebas keluar semula, tetapi, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:

1. Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 meter.

2. Keluar bila memerlukan sahaja dan terus pulang kerumah selepas waktu bekerja.

3. Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti majlis kahwin, konvensyen dan sebagainya.

4. Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh sehingga satu dunia bebas dari covid. Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid? Mungkin mengambil masa 1 - 2 tahun.

5. Tidak digalakkan untuk bercuti dan berlegar di shopping mall, pawagam mahupun pasar borong.

6. Sentiasa mengamalkan personal hygiene, hand sanitization, menutup mulut bila bersin dengan siku dan memakai mask jika perlu.

7. Tidak digalakkan melepak di warung, kedai mamak dan sebagainya. Tiada lagi tontonan live bolasepak di premis makanan.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

1. Pemilik micro business juga akan terkesan dengan kerugian disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja.

2. Micro business juga akan terkesan seperti kilang pengeluar dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja.

3. Sektor perhotelan / resort / kelab golf / shopping complex / taman tema - Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi.

4. Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja.

5. Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas. Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil? Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni?

6. Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas kerana pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan.

7. Bagaimana dengan sekolah, kolej dan universiti? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing. Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat.

8. Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi.

9. Rakyat akan mula berjaga-jaga dan cuba mengelakkan risiko jangkitan. Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene.

10. Oh! Ya! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot?

11. Perniagaan perabot juga akan terkesan. Siapa yang mahukan perabot baru dikala income bulanan tidak menentu?

Dan banyak lagi.

Kesimpulan di sini, selepas tamat waktu PKP, itu bukanlah titik noktah kerana rawatan utama untuk covid masih belum lagi ditemui. Oleh itu... risiko jangkitan dan kematian masih tinggi. 6 bulan yang akan datang, adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar dimana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi.

*Saranan*

1. Berjimat sebaik mungkin. Apa saja duit simpanan yang ada, simpanlah selagi boleh.

2. Basuh semula pakaian lama dan pakai semula. Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru.

3. Hidup dalam bersederhana.

4. Jimatkan penggunaan elektrik dan air.

5. Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil.

6. Kurangkan kos perbelanjaan makanan dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja. Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah di luar. Sebaiknya masak di rumah lebih menjimatkan.

7. Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan.

8. Kurangkan penggunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol, kos selenggara dan kos minyak.

9. Menumpang dengan ahli keluarga atau menyewa rumah. Elakkan pembelian hartanah buat masa ini. Loan pun susah lepas  dan belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal.

Berikut adalah beberapa saranan sahaja untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 - 12 bulan akan datang. New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi. Yang pastinya bukan mudah, tetapi adalah untuk keselamatan nyawa masing-masing. Dan ingatlah, untuk tempoh ini, 'Cash Is King'. 'Jimatlah sebaik mungkin'. 

Apa yang bakal berlaku seterusnya? Tiada siapa yang tahu. Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera, barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu. 

Wallahua'lam