Runtuhnya Generasi Muda Apabila Ibu Bapa Tidak Lagi Peduli
Assalamualaikum. Sebagai seorang guru yang tetap menjalankan tugas dari rumah sepanjang tempoh PKP, PKP, PKPB dan PKPP sekarang ni, terkadang abam kie rasa kecewa dengan kehadiran murid2 semasa kelas maya yg disuruh laksanakan oleh pentadbir sekolah. Siap ada jadual waktu bagai tapi sambutan amatlah mengecewakan. Abe Kie mengajar murid2 tingkatan 4 dan 5 sebanyak lima kelas semuanya. Jika utk kelas depan, kehadirannya adalah 70%. Kira OKlah tu. Tapi utk kelas2 belakang x sampai 5 org pun login masa kelas berlangsung. Dah la abe kie kena siapkan bahan pengajaran ni sebelum kelas berlangsung tapi bila masa kelas bahan2 tu x dibuka langsung oleh mereka. Kan x nak buat salah plak sbb setiap kali buat kelas kena taip report utk pentadbir. Pening, geram, sedih, bengang bercampur-baur. Jadi bila lusa ni nak mula sek utk tingkatan 5 maka boleh la kembali mengajar secara bersemuka dgn mrka. Siapa yg malas abam kie nak sebat atas bontot secukup rasa spt sebelum PKP dulu! Baru padan muka mereka. Baiklah, kali ini Abam Kie ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebahagian ibu bapa yg x ambik cakna ttg anak2 mereka. Sila baca, ye?
1. Tular pasal cikgu buat group Whatsapp untuk murid kelas, murid-murid dia tukar nama group kelas 'Kami Tak Nak Homework'. Lepas tu ada pula yang left group.
2. Ada juga cikgu mengadu dia buat video pembelajaran upload kat Youtube, suruh semua murid-murid subjek dia tengok. Video dia cuma ada 10 views je sedangkan bilangan muridnya lebih ramai.
3. Anak buah aku sendiri, kelas dia dalam 40 orang. Ada sekali tu cikgu Sains dia invite Google Meet untuk buat kelas online. Yang join, anak buah aku, kawan dia seorang, dan cikgu dia. 3 orang je.
4. Anak buah aku tu bukanlah budak yang cemerlang dalam pelajaran, tapi bab belajar, bab akhlak, bab hormat orang tua, bab hormat cikgu, memang mak bapak dia ambil serius.
5. Bayangkan dari 40 murid dalam kelas, hanya 2 orang sahaja masuk kelas. Lagi 38 pergi mana? Ok katakanlah 15 orang mungkin ada isu seperti takde telefon, takde komputer, takde Internet dan sebagainya, mana pergi lagi 23 orang? At least dapat separuh kehadiran pun OK lah, ini tak sampai 5% pun.
6. Belum cerita yang cikgu suruh buat homework, latihan, kuiz semua tu. Dari berpuluh-puluh murid dia, yang hantar cuma 10%. Penat je sekolah dan KKM buatkan akaun Google Classroom untuk setiap murid, yang pakai berapa kerat je. Guna buat komen bukan-bukan kat Youtube ada lah.
7. Budak tu satu hal, yang aku lagi pelik, MAK BAPAK diorang ni tak kisah ke? Tak ambil peduli langsung ke? At least kalau anak tak pandai, takkan akhlak dan adab pun tak boleh nak ajar? Mak bapak jenis apa ni tahu sekadar buat anak je?
8. Nampak macam cikgu je beria terhegeh-hegeh nak ajar anak-anak orang, tapi mak bapak buat tak tahu pun, jadi what's the point?
9. Jadi aku cadang lepas habis PKP apa semua ni, bila sekolah buka balik, pihak kerajaan bagi jelah option kat mak bapak ni masih berminat nak hantar anak ke sekolah ke tak? Kalau tak berminat, pandai-pandailah anak kau nak hidup.
10. Sekolah dah la kebanyakannya terlebih muatan. Ada sekolah satu batch je ada yang sampai 18 kelas. Satu kelas pulak sampai 35-40 murid. Jadi takde point kalau dari 40 murid, yang berminat belajar dan yang mak bapak peduli tak sampai separuh pun.
11. Jadi lebih baik budak-budak yang macam ni tak payah pergi sekolah. Cikgu-cikgu pun tak payah pening kepala boleh fokus mengajar pada kumpulan sasaran yang betul-betul berminat nak belajar je. Tak semestinya kena pandai, asal berminat nak belajar, asal ada moral dan akhlak, asal tahu hormat guru, asal mak bapaknya peduli pun dah cukup.
12. Ini pergi sekolah main-main, kerja sekolah tak nak buat, ponteng sekolah, pau duit kawan, curi barang, habis sekolah melepak hisap rokok hisap vape, ada motor merempit sana sini, kacau budak, buli budak lain, bila cikgu mengadu kat mak bapak, mak bapak backing anak, jadi apa point pergi sekolah? Buat kacau murid-murid yang nak belajar je.
13. Jadi budak-budak yang tak berminat belajar dan mak bapak tak kisah ni macam mana? Pandai-pandailah mereka nak hidup dan cari alternatif lain yang dirasakan lebih baik dari cikgu dan sekolah kerajaan. Mak bapak nak besarkan dan bimbing anak mereka macam mana, terpulang.
14. Sekarang pun katanya pelajaran tak semestinya menjamin kerja masa depan kan, jadi pandai-pandailah. Anak sendiri, tanggungjawab sendiri. Kalau dah besar nanti anak tak jadi orang, kalau kantoi buat benda yang menyalahi undang, tangkap dan sumbat je dalam penjara. Masa tu mak bapak menyesal pun tak guna dah.
12 Comments
Semuanya bermula dari rumah...
ReplyDeletebetul tu cikgu, masa baca yang pasal grup whatsapp tu murid-murid saja tak buat kerja sekolah lepas tu left geram rasanya. Takde langsung rasa hormat kepada cikgu, dah seronok duduk rumah buang masa je di musim PKP ini. Macam aiyan setiap kali ada kerja atau kuiz memang terus suruh papa nya buat dengan aiyan, cepat buat cepat hantar. Bila cikgu minta buat tugasan macam melukis ke apa cepat-cepat buat dan siapkan, cikgu pun senang hati
ReplyDeleteZaman sekarang, yang nak memberi ilmu pula kelihatan terhegeh2.. Semoga anak2 dijauhkan dari perangai macam ni
ReplyDeleteWalaupun kelas² belakang ni, cikgu bkn x amek berat cuma murid² ni rasa dieorg x perlu belajar sungguh² sbb xkan pandai pun,ini pemikiran mereka. Dlu zaman nieyl sekolah, nieyl bukan dari kelas 1,2 or 3. Selalu kelas 4 dari 9 kelas, tapi memang segelintirnya berfikiran mcm tu.. Yg mana nak study tu, memamg akan study btl².. Nanti bila dah habis sekolah nanti, baru nak menyesal..itu biasa abam kie..
ReplyDeleteibu bapa yang cakna beruntung guru kerana ada kerjasama yang baik.Tapi bagi ibu bapa yang tidak cakna..itu menjadi satu tamparan hebat.Bila di rumah ibu bapa memainkan peranan sangat besar dan berat untuk dorong anak-anak tidak malas untuk libatkan diri dengan medium yang telah disediakan dan diusahakan para guru.Kalau asyik mahu disorongkan bantal sahaja pun pening cikgu-cikgu.
ReplyDeleteAda segelintir ibu bapa tak ambil peduli tentang anak-anak. Pernah dulu ada seorang bapa nak ambil anak di sekolah,apabila saya tanya anak kelas apa..dia tak tahu
ReplyDeleteSedih baca setiap permasalahan ini, sbb tu org tua2 ckp nk ajar anak ni jd org bguna dr kecik lg dah didik dgn baik supaya dah besar bkn jd lbh myusahkn.
ReplyDeleteassalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
ReplyDeletecabaran para guru sungguh hebat masa kini :(
ReplyDeleteallahu.. semoga mak ayah ada kesedaran check aktiviti anak tu. balik keje nanti nak check homework syafi
ReplyDeletestay strong ye cikgu. hopefully mostly student akan sedar pasal benda ni sebab it's hard to survive in future now. how i wish they can think wisely about it.
ReplyDeleteHakikat hari ini....anak terlalu diberi kebebasan... ibu bapa terlalu ambil mudah terutama jika anak dah memasuki sekolah menengah...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.