Assalamualaikum. Caj perubatan di klinik dan hospital swasta kini semakin naik seiring dengan kenaikan harga barang di pasar. Meh, abam kie ni cerita tentang pengalaman abam kie dicaj dengan kadar yang tidak munasabah pada bulan Syawal lepas. 

Pada satu hari Isnin tu adalah hari terakhir abam kie melakukan puasa sunat Syawal.  Tetiba abe kie merasa sakit di bahagian pinggang dan ari-ari. Sebenarnya abam kie ada penyakit batu karang. Dah buat pembedahan pada April 2019 tapi selepas 6 bulan penyakit tu datang lagi semenjak akhir tahun lepas. 

Pada mulanya abam kie nak bertahan je namun setakat jam 12.45 pm sakit tu masih ada. Makin kuat plak rasa sakitnya. Lalu abe kie call klinik A yg biasa abe kie pergi. Tapi doktor tu kata dia nak rehat untuk makan tengahari. Nanti jam 3 pm baru dia buka. Lalu abe kie tel klinik B ni. Hmmm...dulu abe kie dah kena caj melampau dgn doktor di klinik B. Dah boikot dia. Tapi sebab dah terpaksa dan tak tahan sangat abe kie kena gi jumpa dia gak. Arrgghhh!

Dalam jam 2 pm abe kie gi la ke klinik B. Lalu doktor tu suntik bontot dgn ubat tahan sakit. Sebolehnya abe kie nak habiskan puasa hari tu juga sebab tak nak ulang balik. Kalau bukan hari akhir puasa sunat Syawal memang abe kie telan ubat tahan sakit je. 

Nak tahu berapa caj yg dikenakan? RM70 kau! Matilanak! Selain daripada kena suntik, abe kie diberikan 4 jenis ubat iaitu ubat tahan sakit, ubat lawas kencing, ubat batu karang dan ubat sakit perut? Pelik tul kenapa dia bagi ubat sakit perut!


Sebenarnya jika abe kie beli ubat tahan sakit di farmasi ia cuma berharga RM9 utk 10 biji. Memang la x baik guna painkiller tapi bila tak tahan terpaksa telan je la. Abe kie rasa doktor berkenaan tak seharusnya caj mahal sangat kpd abe kie dan pesakit2 lain. Iyolah kan, tinggal di pekan macam ni sepatutnya harga dan caj tu kenalah sepadan dgn taraf hidup penduduk2 di sini. Kalau nak caj mahal2 silalah buka klinik di KL, PJ, Putrajaya, JB dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.

Apa komen kawan2? Pernah mengalami pengalaman spt ini? Sila kongsi pendapat anda di kotak komen di bawah. Sekian. Terima kasih.