Assalamualaikum..

Saja2 nak kongsi. Cikgu2 pernah tak terlintas nak buat amalan sedekah berterusan. Tak perlu ajar bab ni. Cikgu2 tentu lebih mahir dan handal. Cuma kdg2 kalau nak sedekah kena cari tempatnya. Atau kdg2 peminta sedekah itu datang tiba2.

Tgh2 makan kat kedai makan mana2. Tiba2 dtg org buta dgn penemannya. Bagi seringgit dia hulur tisu kecil sebagai tanda terima kasih. Atau di kaki lima mana2. Kita lalu dia tengok.. sayu jer muka dia. "Dermalah kakak.. dermalah abang.. jangan kedekut sangat. Rezeki Allah ni kongsi2lah." Agak2nya gitulah kot dia cakap dlm hati. Kata org.. menderma ni takde jadi miskin pun kita. Malah bertambah rezeki kita tanpa kita sedari..

Aku cuma nak berkongsi dgn kalian. Bukan nak nunjukpun jgn salah anggap. Tak baik main tuduh2 tau!! Dh lama aku buat sejak berpindah masuk sekolah ni. Aku tau bdk2 sini tak mewah sangat mcm bdk2 sekolah lama aku dulu. Makan rehat dia org mengalahkan cikgu2. Tapi sini budak dia lain.. Ramai dlm kategori B40.. M dan T pun ada. Apa aku buat.. ini kelas akulah.. ting 3.. Tiap2 tahun gitulah dapat kelas hujung2. Aku yg mintak.

Satu bulan sekali jer setiap orang aku belanja makan kat kantin. Depa beli sendirilah aku bagi duit. Tak banyak.. rm4.00 jer sorang. Mereka pilih.. hari apa depa nak. Kelas tu ada 30 orang. Memang itulah saja cara aku sedekah kat depa.. Kalau dulu aku start singgit.. dua ringgit.. La dh empat ringgit. Makanan mahal. Cikgu.. jgn berkira sangat. Insyaallah cikgu.. rezeki cikgu takkan berkurang. Ada jer duit. Bdk2 tu tumpang mendoakan murahkan rezeki kita.

Jgn ingat apa2 cikgu. Selepas aku buat gitu.. rupanya ada cikgu2 lain pun follow.. Kami buat diam2 jer. Saja hari ni aku nak sembang. Semoga rezeki cikgu2 dipermudahkan dan dimurahkan selalu.. Aamiin.