Assalamualaikum. Terimakasih tak terhingga untuk blogger Dana Miswan yg sudi mengirimkan cenderamata tanda ikatan ukhwah yg terjalin sekian lama. 

Dana mengirimkan seutas tasbih dan dua mask extension kerana Abam Kie kerap memberi komen di blog beliau. Abam Kie suka gi bertandang ke blog Dana sebab dia selalu update entri tentang resepi2 terbaharu yg dicubanya setiap pagi Jumaat. Jadi ada la idea nak minta isteri masakkan apa utk hujung minggu kan? 

Kebetulan Dana ni adalah antara pengomen tegar blog Abam Kie sejak dulu. Jadi kita sama2 sokong rakan blogger la. Dana ni ada anak lelaki bernama Rayyan Izzan dan suaminya bernama Eddy. Keluarga beliau kecil aje tapi bahagia aje sebab selalu nampak Dana update pasal anak bujangnya di blog. Cuma citer pasal Eddy kurang plak. Mungkin suami Dana ni low profile kot?

Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kpd Dana yg sudi megirim cenderahati yg bermakna itu. Tasbih tu abam kie guna la... Manakala mask extension tu abam kie bagi kat anak2. 

Jika rakan2 nak terjah blog Dana, klik aje gambar kat atas tu atau boleh je taip https://misshamakeupstore.blogspot.com/