Assalamualaikum. Pada kali ini Abe Kie nak berkongsi pengalaman menggunakan alatan di dapur yang tidak berkualiti. Sepanjang umur abe kie yg kini mencecah 47 tahun ni, inilah kali pertama abe kie menyaksikan alu lesung patah! Alu lesung yg digunakan sejak 3 tahun lalu telah menemui ajalnya. Pada ptg terakhir Ramadan lepas, abe kie meletakkan alu ini di atas meja dapur. Tetiba je ia bergolek dan jatuh ke lantai lalu patah dua! Mujurlah jubin lantai x pecah. Jika tak, memang terkilan sesangat la. 

Selepas raya abe kie gi beli alu baharu di pasar. Harganya RM10. Rupa2nya boleh beli asing. Kalau kena beli satu set memang rugi la. Peristiwa ini menunjukkan kualiti barang2 sekarang memang teruk. Tak selasak barang2 zaman dulu. Bila abe kie tanya biras, dia bagitahu yg dia sudah 2X mengalami peristiwa kepatahan alu. Hmm... x syak lagi kualiti barang2 zaman ini memang rendah.


Perkara yang sama berlaku kepada papan pemotong plastik yang Abe Kie beli di kedai Happy Home. Pada suatu hari yang nyaman, abe kie memotong ayam di atas papan pemotong ni. Sekali tetak terus pecah papan plastik ni. Mungkin sebab ia nipis agaknya. Jadi tidak lama kemudian, abe kie gi beli papan pemotong plastik setebal 1 inci terus. Biarlah mahal janji tahan lama dan berkualiti.

Jadi nasihat abe kie kepada rakan2 blogger agar membeli barangan dapur atau chicken utensil yang berkualiti. Alah membeli menang memakai. Barang2 di kedai RM2.10 memang dicipta untuk kegunaan sekejap aje. Padan la dengan harganya. Setuju?