3 Perkara Yang Patut Dirahsiakan Daripada Orang Ramai
Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A’dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.
Pertama: Rahsiakan Umurmu
Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.
Kedua: Rahsiakan Tentang Hal Ehwal Keluarga Kita
Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.
Ketiga: Rahsiakan Tentang HARTA Kita
Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.
Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.
لكل نعمة Øسود
Tetapi umat mutakhir ini sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak diceritakan kepada orang ramai.
Pendapatan kita nak dikhabarkan kepada orang ramai atas nama strategi pemasaran. Maka kita lebih mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah Taala.
Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu, maka akan hilang berkat dan kebaikannya.
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada kita semua. Terima kasih.
17 Comments
Selalunya orang nak sangat tahu umur kita. Alasannya takut tersalah panggil 'kak' atau 'adik'.
ReplyDeletebetul
Deletekalau lelaki senang je, tua ke muda semua kita panggil abang..
DeleteSuatu perkongsian yang baik. Terima kasih Abam Kie...
ReplyDeleteAlamak saya sudah dedahkan umur.
ReplyDeleteLain kali saya tidak mahu beritahu. Terima kasih ingatkan.
Perkongsian yang sangat bermanfaat.:)
ReplyDeletealamak umur sudah terdedah, hehehe tapi sejak dah tua ni dana tak kisah orang tahu umur berapa sebab senang nk panggil orang adik hehehhe
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletetqq
Bak lagu Siti Nurhaliza
ReplyDeletesy pun selalu btanya & dtanya psl umur ni
ReplyDeleteSangat setuju abam Kie. bahaya media sosial asbab kesilapan kita menceritakan hal-hal peribadi di media sosial.
ReplyDeletedalam dunia social media ni, banyak lagi benda yang kita patut dirahsia kan, tp kadang2 tu secara tak sengaja plak terberitahu plak, satu dunia terus tau...
ReplyDeletetak semua kita perlu bercerita kan
ReplyDeleteok mama take note perkara ni tq abam for sharing
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteBaik. Akan cuba perbaiki, tentang 3 perkara di atas.
ReplyDeleteBerhati-hati dengan apa yang kita cerita dan dengan siapa kita cerita
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.