KERJA GOMEN DISAYANGI MERTUA

Kebanyakan mentua impikan calon menantu kerja gomen. Katanya kerja gomen ini terjamin. Ada pencen dan boleh diwariskan pencen.

Jika anda dilanggar lori oren, isteri tetap dapat pencen. Ada pinjaman perumahan dan banyak keistimewaan.

Istimewa kerja gomen;

1. Mudah dapat pinjaman peribadi.

2. Kadar pinjaman peribadi lebih rendah dari yang swasta perolehi.

3. Kadar kenaikan gaji, naik setiap tahun walaupun tsunami ekonomi.

4. Orang bank suka kakitangan kerajaan meminjam. Gaji mereka tetap setiap bulan.

5. Sejarah menunjukkan pekerja gomen bila pencen, mereka tidak kerja lagi (sejarah mungkin berubah nanti).

6. Kemudahan kesihatan ikut gred gaji. Ada hospital satu bilik menanti jika pegawai tinggi.

7. Bakal mentua lompat tinggi-tinggi bila menantu kerja di Putrajaya nanti, walaupun jawatannya cuma kerani.

8. Ada rumah persekutuan untuk bercuti, dan banyak lagi.

9. Kenaikan pencen seiring dengan kenaikan gred gaji.

10. Boleh jalan-jalan ke Sydney dan Bali bila pencen nanti.

Pekerja gomen tidak menyimpan sangat sebab mereka lihat mak abah senang lenang bila pencen sekarang. (Mereka tiada pinjaman peribadi, jauh sekali Honda City)

Mereka masih anggap nasi lemak akan kekal RM1 dua puluh tahun mendatang.

Pekerja gomen paling banyak bina hutang kerana mereka bank sayang. Mereka sedang bina lubang hitam untuk masa depan.

Berhentilah bina hutang kerana ia mudah diluluskan. Kerajaan tidak kekal selamanya kaya.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

#PenjawatAwamPalingBanyakHutang.