Persediaan Jika PKP Berpanjangan
PKP dijangka lebih lama.
Bersedia sahaja, paling awal 6 minggu.. boleh sehingga 3 bulan - 6 bulan.
Bantuan-bantuan oleh goverment kepada rakyat ini menjadi antara signal awal, PKP akan lebih lama. Belum kira lagi bantuan bank dan moratarium.
Maka, kita perlu bersedia.
1. Perayaan- perayaan tahun 2021, bersedia untuk TIADA. Termasuk Thaipusam, Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa.
2. Simpan sahaja dalam otak, perkara ini sampai Jun 2021 kemungkinan besar berlaku.
3. Bisnes berkaitan event, pelancongan, hotel, kedai2 dalam Mall, kena laju buat keputusan. Jangan tunggu dan lihat duit hangus demi mahu bertahan.
4. Gerak kerja digital, kena buat segera. Website, page, shopee dan apa sahaja yang boleh onlinekan bisnes.
5. Orang bisnes, ambil langkah defend (simpan duit) dan attack (buat duit) dengan kadar segera.
6. Belajar benda baru untuk bisnes dan terima perubahan demi untuk masa depan, bukan lagi masa tenggelam dalam perubahan.
7. Pasaran saham akan lebih meriah, duit akan banyak dalam pasaran kesan dari bantuan ini.
8. Rumah dan kereta akan lebih banyak dilelong, untuk mereka yang terjejas.
9. Untuk yang ada duit, bukan masa beli rumah undercon, pasaran rumah sewa jatuh. Nak beli, beli rumah yang sudah siap atau lelong.
10. Economy Cycle, setiap benda yang turun dan jatuh pasti ada benda dan perkara yang menaik dan terus mendaki. Pastikan kita berada di graf yang menarik dan mendaki kejayaan.
Sumber: Abdul Basit (Guru Pengurusan Bisnes)
20 Comments
lps perutusan PM smlm..ada baca psl org share ni la...bertabahla kalo bersambung lagi..smoga kita smua dilindungi dr wabak covid19
ReplyDeletekena berjimat cermat
ReplyDeleteBetul seperti apa yang dikata.
ReplyDeleteSusah kalau PKP ni berlanjutan lama. Semoga cepat lah reda penyakit ni di malaysia
ReplyDeleteSetiap ketentuan-Nya ada hikmah yang tersembunyi...
ReplyDeletebetul tu... nampak gaya thn ni kita xkn sambut apa² perayaan mcm dulu².. semuanya among family member saja kan?
ReplyDeleteTahun 2020 satu titik permulaan dan pembelajaran. Tahun 2021 tahun untuk susun sebaik-baik usaha. Moga mental dan emosi kita semua lebih kuat dan jangan berhenti berdoa serta melangkah.
ReplyDeleteMemang rasa lama juga landaikan graf. Bersedia baik atau buruk.
ReplyDeleteMoga ada pelangi yang indah selepas wabak ini :)
ReplyDeleteBaru baca PKP seluruh negara, kecuali Sarawak. Dejavu. Bertabahlah kita semua.
ReplyDeleteApalah Nasib, baru Nak pergi jejalan masuk jel balik
ReplyDeletesemoga kita semua kekal jaga SOP...
ReplyDeletetiasa siaga tangani situasi
ReplyDeleteyg penting kena berjimat... sbb masa depan mungkin akan kehilangan kerja
ReplyDeletegood tips abam. memang kena bersedia mental ni
ReplyDeletekena pandai jimat juga, tak boleh nak berbelanja ikut nafsu sgt
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih utk perkongsian. Saya suka baca blog abam kie. selalu kalau nak blogwalking mesti masuk sini tapi sblum ni silent reader. tapi sbb byk sgt input menarik, nak komen lah hehehe.
ReplyDeletesusah kalau pkp berlanjutan lagi . kesian dkt peniaga2. harap covid ni cpt2 hilang.
ReplyDeleteKena berjimat. Beli barang ikut keperluan, bukan kehendak.
ReplyDeleteMoga covid ini cepat reda. Seram bila fikir apa akan jadi masa akan datang. Kesian pada peniaga, orang yang kerja dalam bidang yang terjejas seperti bidang pelancongan, hotel, mall dan sebagainya...
memang anggap la berpanjangan agar kita lebih bersedia skrg
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.