Lockdown atau Tidak Lockdown - Sediakan Stok Makanan Cara Bijak Tanpa Panik
Keadaan PKP semakin lama seakan sudah semakin menjadi biasa dengan kehidupan kita sekarang. Walaupun bosan tetapi demi keselamatan diri dan orang lain, nak tak nak kita perlu akur.
Jangkitan virus Covid-19 ini tidak nampak pada pandangan mata kasar jadi sebaiknya kita cuba lakukan apa jua yang termampu demi untuk mengelakkan diri.
Antara perkara yang sering ditekankan dalam keadaan perintah berkurung di rumah adalah makanan. Manusia hari-hari mahu makan dan makanan cepat dan berkhasiat perlukan bahan barangan dapur yang lengkap. Jika asyik makan telur dan sardin hari-hari tentu naik muak juga kan?
Gabungan makanan cepat dan berkhasiat boleh memberi kita lebih rasa happy. Tetapi untuk mendapatkan makanan sihat ini perlukan bahan-bahan segar dan jika beli dalam kuantiti yang banyak sekaligus, sudah tentu akan rosak hingga menyebabkan kerugian wang belanja keluarga.
Untuk masak di rumah perlu menyimpan sebilangan besar makanan sihat dan tahan lama di dalam pantri, peti sejuk dan peti sejuk beku. Kadangkala ianya tidak rosak tetapi tahap nutrien di dalam makanan itu sudah mula berkurangan.
Walaubagaimanapun, ada di antara makanan ini yang boleh kita simpan lama, tidak rosak dan masih kekal tahap nutrisinya. Antara bahan barangan makanan itu adalah seperti yang di senaraikan di bawah ini.
1. Kekacang
Kekacang antara makanan sihat yang boleh kita makan. Selain itu, kekacang juga mempunyai jangka hayat yang sangat lama. Jika susah untuk jumpa yang segar boleh beli pelbagai pilihan jenis kekacang dalam, tin.
Kacang dalam tin boleh disimpan di dalam pantri pada suhu bilik (68 ℉ atau 20 ℃) selama 2 hingga 5 tahun mengikut tarikh luput yang tertera. Sementara kacang segar yang telah dikeringkan boleh bertahan selama 10 tahun atau lebih. Kacang kering mempunyai jangka hayat yang panjang kerana kekurangan kelembapan yang diperlukan untuk mendorong pertumbuhan mikro.
Kekacang dan kacang merah dalam tin atau kering sangat berkhasiat dengfan menawarkan banyak nutrien seperti serat, magnesium, vitamin B, dan zat besi. Jika kebetulan rumah ada halaman atau kawasan kecil, boleh cuba tanam kacang panjang, kacang buncis dan lain-lain jenis kekacang yang ada untuk sumber sayuran yang segar.
2. Telur
Telur adalah makanan serba boleh yang dapat dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari. Telur mengandungi protein dan hampir setiap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh ada di dalam telur. Itulah sebabnya telur ini sering disebut sebagai multivitamin semula jadi.
Walaupun telur dianggap mudah rosak, ia masih tetap boleh bertahan sehingga 5 minggu di dalam peti sejuk. Telur dari ayam betina yang dipelihara sendiri (ayam kampung terutamanya) dikatakan lebih berkhasiat daripada ayam betina yang dipelihara di dalam kandang.
3. Beras
Setiap hari, hidangan berasaskan bijian iaitu beras adalah rutin untuk kita. Selama berbulan-bulan beras boleh disimpan tetapi perlu pastikan ia diletakkan pada tempat yang baik.
4. Buah dan Sayur Beku
Banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran seperti buah beri, epal, pisang dan sebagainya yang mudah rosak. Begitu juga dengan sayur-sayuran, sangat mudah rosak. Namun, membeli makanan ini dalam bentuk sejuk beku membolehkan kita menyimpannya dengan lebih lama.
Malah buah dan sayuran beku yang baik masih boleh setanding dengan pemakanan hasil segar dalam kandungan nutrien yang ada. Jika beli buah beku sebegini sedap juga bila dinikmati dengan yogurt, roti bakar dan sebagainya.
5. Makanan Jeruk
Makanan berjeruk atau fermentasi seperti kimchi dan acar sangat sedap dan serba boleh untuk dimakan dengan pelbagai jenis hidangan. Makanan jeruk yang baik dan bersih boleh menawarkan banyak manfaat pada kesihatan juga.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa makanan berjeruk atau di awet ini dapat meningkatkan kesihatan pencernaan dan dapat membantu mengurangkan keradangan dan kadar gula dalam darah. Tambahan pula, makanan ini tahan lama, jadi anda boleh menyimpannya tanpa perlu bimbang tentang sisa makanan.
6. Bawang Putih dan Bawang Merah
Bawang putih dan bawang merah adalah tulang belakang untuk banyak resipi dan disukai oleh tukang masak profesional serta suri rumah tangga. Tanpa bawang merah dan bawang putih terasa tidak lengkap sesuatu masakan.
Tidak hanya membantu dari segi rasa masakan, bawang merah dan bawang putih juga terbukti bermanfaat bagi kesihatan dan menikmatinya secara berkala dapat membantu mengurang kan risiko menghadapi pelbagai penyakit, termasuk barah, penyakit jantung, dan diabetes
7. Daging Beku
Walaupun ikan, daging, dan ayam segar sangat mudah rosak, tetapi untuk versi beku ia dapat disimpan dalam jangka masa yang lebih lama. Daging beku terutamanya boleh di beli dalam bentuk cincang juga.
Paling penting perlu disimpan pada suhu yang tepat. Contohnya, ayam dan daging segar akan selamat sehingga 1 tahun apabila dibekukan pada tahap suhu (0 ℉ atau -17 ℃), sementara ikan seperti jenis ikan kod dan dapat disimpan di dalam peti sejuk sehingga 5 bulan.
Kurang gemar dengan makanan segar sejuk beku? Mahu barangan dapur sentiasa hadir dalam bentuk segar selalu? Jika mahukan begini, boleh guna servis grocery delivery yang ada di Malaysia.
Salah satu daripadanya adalah Pandamart yang diuruskan oleh Foodpanda. Jika dulu Foodpanda ini hanya ada servis penghantaran makanan siap di masak tetapi kini ia juga mempunyai servis grocery delivery yang sangat baik.
Pelanggan tentunya berasa happy kerana dapat uruskan stok barangan dapur dengan mudah tanpa perlu melangkah keluar dari rumah.
11 Comments
Nice sharing :)
ReplyDeleteMemang dah buat stock makanan ni . beli belaka dah . ayam daging udang .
ReplyDeletecara saya pulak, keluar berbelanja barang basah serta sayur setiap 3 hari. sayur jenis berdaun tak boleh simpan lama jadi kena jugak keluar membeli bila perlu.
ReplyDeletebg saya telur tu penting,, mesti ada dalam stock
ReplyDeleteMemang beras, telur, bawang putih dan merah memang kena ada di rumah.
ReplyDeletemama setuju.. walau pun apa yg terjadi kita perlu sentiasa bersedia
ReplyDeleteperingatan yang penting ni
ReplyDeletetelur dan beras tu penting. bawang tu pun penting juga, kalau habis stok terus xtau nak masak apa..hehe
ReplyDeleteYassss.. Mmg kena prepare apa yg patut.. Tak kira la musim Covid ka tak Covid ka...
ReplyDeletesaya kurang dah beli barang dapur dengan kuantiti banyak. Takut membazir, seperti buah dan sayur. Tapi dah nak masuk musim perayaan minggu ni, nampaknya kena stock-up juga.
ReplyDeleteTelur, beras, sardin, bekalan mi dan segala condiment (bawang dll) tu wajib ada.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.