Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada
Yg hidup di kampung berasa nak ke bandar, yg di bandar pula ingin pulang ke kampung...
Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..
Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah...
Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian...
Ketika bujang ngeluh nak nikah, bila nikah nak nikah so lagi...Hehehe
Setelah berkeluarga ngeluh belum dpt anak. Bila ada anak, ngeluh pula perbelanjaan hidup....
Bila nak buat pinjaman kereta x nampak hutang, bila masa nak bayar baru terasa ruginya berhutang....
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki....?
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini...
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki dan berbyklah muhasabah diri...
Sebab segala2 yg kita miliki sebenarnya bukan milik kita, ianya milik Allah Yang Maha Esa. Subhanallah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima Kasih Ya Allah,
Terima Kasih Ya Allah,
Terima Kasih Ya Allah....
SELAMAT TAHUN BARU 2021
13 Comments
tq untuk peringatan...
ReplyDeletegood sharing... kena sentiasa bersyukur baru hidup kita tenang
ReplyDeleteBetul itu syukur apa yang ada. Kalau susah pun patut syukur sebab ada yang lagi susah.
ReplyDeleteAlhamdulillah....
ReplyDeletelumrah manusia yang sentiasa rasa tidak cukup... terima kasih abam untuk peringatan ni
ReplyDelete"Ketika bujang ngeluh nak nikah, bila nikah nak nikah so lagi" <---- hok ni paling kelakor hehehe
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteakan bersyukur seadanya...walau apa juga ujian..insyaAllah
bersyukur dengan setiap rezeki yg kita dapat. nice sharing :)
ReplyDeletealhamdulillah, walau sederhana tapi cukup
ReplyDeletealhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan. cukup untuk hidup selesa
ReplyDeletedengan bersyukur hidup kita menjadi lebih tenang
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur apa yang ada. Ada orang lagi susah dari kita.
ReplyDeleteSentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.