Tekanan mengajar dari rumah kepada guru
Sedihnya rasa, sejak PKP tahun lepas macam-macam tohmahan orang cakap tentang cikgu BDR. Saya baca dan cuba hadam satu per satu, saya diam sebab tidak mahu ikut campur. Sebenarnya dalam hal ini, gurulah yang paling memahami kerana kami memakai dua kasut dalam waktu yg sama (baca bagi yang mempunyai anak bersekolah). Kami pakai kasut ibu-bapa dan dalam masa yang sama kami juga memakai kasut pendidik.
Ada yg complain, katanya penggunaan teknologi tinggi seperti GC dan GM tidak dapat dilaksanakan di rumah terutama bagi golongan miskin dan tinggal di luar bandar. Selain itu, faktor ibu-bapa yang bekerja di luar sedangkan dalam masa yang sama, anak-anak perlu belajar di rumah tanpa bantuan orang dewasa. OK! Part ni pun cikgu dah cuba tapi sudahnya adalah dalam 3-4 orang murid terlibat dalam satu-satu masa. Apatah lagi bagi kelas pada waktu awal pagi sebab murid bangun lewat bila tiada penjaga. Tetapi akhirnya guru juga yg dipersalahkan!
Ada juga yang complain bila menggunakan Telegram maka akan jadi lambakan kerja dan guru tidak langsung mengajar. Tertumpu kepada perkongsian link dan bahan secara maya sedang hakikatnya guru-guru yang mengajar menerusi YouTube juga merupakan guru sekolah. Bila guru membuat channel Telegram khas mengikut subjek, tetap juga dikatanya susah untuk dipantau kerana terlalu banyak perlu dibuka ketika di rumah. Akhirnya tetap guru juga yang dipersalahkan!
Ada pula yg complain bila guru fotostat bahan dan tinggalkan di pondok jaga untuk diambil oleh ibu-bapa pada bila-bila masa. Sepatutnya memudahkan mereka yang tiada akses internet dan kurang berkemampuan. Sehinggakan ada guru-guru yang menghantar sendiri modul dan latihan ke rumah murid terutama bagi kelas peperiksaan tapi kata mereka; mudah betul kerja cikgu sekarang ni, fotostat dan suruh budak baca atau buat latihan di rumah. Akhirnya tetap guru juga yang dipersalahkan!
Ada yang complain bila guna wassap tak ramai yang boleh join tapi mudah untuk hantar video pengajaran dan murid boleh belajar pada bila-bila masa sahaja. Tetap ada yang berbunyi bila banyak sangat video akan menyebabkan data digunakan lebih banyak dari biasa. Part ini harus diakui sebab bukan semua parents berkemampuan dan ramai juga yang terkesan. Akhirnya tetap guru juga yang dipersalahkan!
Utk makluman semua, guru-guru ini tlh sedaya-upaya mencuba apa juga kaedah yg mereka mampu. Adalah mustahil untuk guru-guru ini mengajar murid-murid sehingga ke rumah masing-masing. Kalau diberikan pilihan, kami juga ingin kembali mengajar di sekolah seperti biasa tapi apakan daya? Semuanya diluar kemampuan kita, guru-guru masih juga bekerja walaupun duduk di rumah.
Lihat sahaja kerjaya lain diwaktu pandemik begini, mereka cuma ada 2 cara sahaja sama ada bersemuka atau secara maya. Jika clients tidak dapat menyelesaikan urusan, adakah pegawai-pegawai tadi perlu usahakan kaedah lain? Jawapannya tidak, sebab suka atau tidak itu sahaja pilihan yang ada dan perlu kita terima dalam norma baharu.
Apapun sebagai pendidik, kami telah mencuba mana yang kami mampu dalam membantu murid agar tidak ketinggalan. Selebihnya adalah peranan kerajaan, kementerian dan ibu-bapa sendiri bagi menjamin sistem pendidikan terus berjalan meski dalam situasi begini. Kalau kita saling memahami, In Shaa Allah semuanya dapat diatasi sedikit demi sedikit.
Saya juga tidak menyalahkan ibu-bapa kerana saya juga ada anak yang bersekolah. Saya faham bahawa semua kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Apa yg penting, masyarakat perlu tahu bahawa guru bukanlah faktor utama dalam kepincangan pdpr buat waktu ini. Ianya sesuatu yang agak rumit dan memerlukan kerjasama semua pihak. Semoga pandemik cepat berlalu dan vaksin cepat diterima agar semuanya akan kembali seperti biasa. Aamiin....
26 Comments
Ya awak, semua pun rasa terkesan akibat pandemic ni. Tiada yang terkecuali termasuk anak-anak juga. Tak nak stress diri anak dan keluarga , just buat semampu daya. Moga wabak ini cepat berakhir. Aamiinnn..
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteselamat pagi
semoga semua urusan dipermudahkan
masa ini semua mak pak ada pengalaman menjadi cikgu jugak...
ReplyDeletemasa tu baru lah boleh rasa apa yang cikgu-cikgu rasa heheheh
harap semua guru-guru tabah menempuh dugaan ini. InsyaAllah, pandemik ini akan berakhir juga. Lepas berakhir pandemik, sila beri guru-guru cuti 2 bulan
ReplyDeletesaya buat apa yg termampu je cikgu.. sy x sampai hati nk longgokkan keja mcm tu je kt anak²... nk kena ajar jugak... mmg stress jugak setiap mlm kena masuk kelas kt umh lg.. hehehe.. last² mana yg x termampu sy buat pd weekend... risau jugak anak² ketinggalan.. tp syukurnya anak sy yg darjah 6 dah tau dah pakai GC, GM semua.. just monitor je...
ReplyDeletemmg x dinafikan ada parents yg suka komplen itu ini biasalah tu.. apa2hal sy respek & salute cikgu² yg buat gm waktu malam/hjg minggu bila parents kata hp ada 1 je.. apa yg penting skrg ialah kerjasama atr parents dan cikgu.... tu je
Walau apa jua usahanya, tetap cikgu juga yang akan dipersalahkan. So saya tak faham apa yang ibu bapa nak sebenarnya. Huhu :)
ReplyDeleteitu la, guru guru ni work hard tapi org tatau... kann complain jer :(
ReplyDeleteItulah tidak boleh puas hati semua orang. Asal cikgu sudah buat terbaik.
ReplyDeleteKalau sebelum ini ibu bapa dan guru jagi kawan, sekarang ibu bapa, guru dan kementerian kena betul-betul jadi sahabat.
ReplyDeleteRespect semua usaha guru2👍
ReplyDeleteSaya baca juga tapi tak pernah komen. Yelah saya takde anak so tak berani cakap lebih2. Hanya mampu titipkan doa buat semua pihak. Tabahkan diri ye Abam Kie dan cikgu2
ReplyDeletemoga dipermudahkan urusan guru & juga ibu bapa dalam proses PdPR sepanjang Covid-19
ReplyDeleteyg penting masyuk
ReplyDelete. bsyukur je cikgu
macam2 kan cikgu..sabar je lah yang mampu huhu
ReplyDeleteTetap guru dipersalahkan 😢😢😢 Susah sbnrnya PdPR ni. Tapi kan, parents blh tau gaya/ perangai anak2 time belajar 😂😂😂
ReplyDeletewalau kerja secara pdpr tapi cikgu tiasa sibuk selalu
ReplyDeleteAllahuAkhbar, Ramai yang terkesan akibat pendemik ini. Ramai ibu bapa tak sengaja naik pangkat jadi cikgu. Tapi hakikat yang sebenarnya ibubapa lah guru pertama buat anak-anak. InsyAllah tiada yang susah semua yang Allah aturkan adalah yang terbaik buat kita semua.
ReplyDeleteSy antara yg lega sebab dah tidak lagi mengajar dan ada anak mengikuti kelas pdpr, kalau tidak, tak tahulah bagaimana tekanan yg akan dihadapi
ReplyDeleteAlhamdulillah ada pengalaman jadi guru sebelum behenti jadi fulltime housewife, pengalaman itu lah guna untuk ajar anak-anak kat rumah dengan bantuan bahan-bahan mengajar dari guru sekolah...tapi gak rasa sanggup ajar anak jiran lagi dari anak sendiri...mengadanya menguji kesabaran. Kebetulan anak jiran dan anak sedara sebaya anak, dapat lah tolong ajar sekali since parents dorg kerja. Harap cepat lah semua berakhir....
ReplyDeletebetul..ada cikgu yang berhempas pulas. Salute to them..tapi ada juga yang sekadar melepaskan batuk di tangga..alami sendri(anak buah punya pengalaman) kepada yang komitmen tahniah diucapkan.
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan segala urusan
ReplyDeletebtw..
giveaway CUya kembali! jom joinn
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html
memasing mmg sukar dipihak guru , murid dan ibubapa.. tapi telan je la dan try cope
ReplyDeletemencabar betul tugas guru ni nak handle satu kelas pun dah pening kepala. Kalau lecturer tak stress sangat sebab kebanyakan uni dah lama guna sistem belajar online ni. Be strong ya abam kie!
ReplyDeleteTak larat dah nak layan segala komplain. Orang tak tahu siang malam hp di tangan layan PDPR. Saya ngadu pada dapur jew, masak dan share resipi dalam blog. Saya lupakan segalanya sebab tak sanggup tanggung derita. Yang penting tugas hakiki dilaksanakan dengan sempurna.
ReplyDeletememang mencabar kerja cikgu zaman sekarang. bersabarlah dengan tugasan untuk mendidik anak bangsa.
ReplyDeleteInilah cabaran yang para guru hadapi sekarang, seiring dengan perjalanan masa dan zaman.. Semoga guru-guru tabah menghadapi cabaran yang penuh duka dan lara.. Saya memang kagum dengan kerjaya guru-guru sekarang..
ReplyDeleteP/S : Adik saya juga merupakan seorang guru sekolah..
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.