Asssalamualaikum. Bagi pengguna prabayar ini selalu kena peka tentang tarikh aktif talian hp masing-masing terutama sekali kepada yang jarang guna. Contoh mak ayah di kampung tu. Setiap bulan kita kena top up untuk mereka untuk mengekalkan line mereka. Jika lewat sikit pasti tidak boleh buat panggilan keluar. Lepas tu terus kena bar jika x top up kan? Ibubapa di kampung tu kadang2 ada kredit banyak dlm akaun prabayar sebab jarang call out. Kita sebagai anak ni yang sepatutnya selalu bertanya khabar kan? 

Jadi pada pos kali ini, Abam Kie akan berkongsi tempoh penangguhan (Grace Period) bagi telco2 di Malaysia. Semoga lepas ini kita akan peka atau 'alert' bila kita perlu tambah nilai/top up/reload akaun prabayar tu agar boleh terus menggunakannya. Semoga info ini bermanfaat, ye! Thank you.

1. ONEXOX: 60 hari
http://www.onexox.my/status-akaun-anda.html

2. TuneTalk: 45 hari

3. Celcom (XPax): 50 hari
https://www.celcom.com.my/legal/terms-and-conditions/personal

4. Maxis (Hotlink): 50 hari

5. Altel: 50 hari

6. RedOne: 50 hari
https:/www.redone.com.my/redoneprepaid

7. Yes: 50 hari
https://www.yes.my/tnc/products-services-tnc#

8. MCalls: 60 hari
https://mcalls.asia/terms

9. speakOUR: 60 hari
http://www.speakout.asia/guide

10. UMobile: 60 hari
https://www.u.com.my/tnc/224
htps:/www.u.com.my/tnc/194

11. Digi (Prepaid Best): 75 hari
https:/new.digi.com.my/cs/Satellite/Page/tnc/default/tnc_digi_prepaid_best

Digi (Prepaid LIVE): 90 hari
https:/new.digi.com.my/cs/Satellite/Page/tnc/default/tnc_digi_prepaid_live

12. Unifi Mobile: 90 hari
https://unifi.com.my/mobile/bebas/tnc.html

Sumber: www.consumerinfo.my