Batas berkasih sayang sesama sejenis
Batasan berkasih sayang antara satu sama lain perlulah diketahui dengan baik supaya tidak berlakunya sesuatu perkara yang menyebabkan datangnya fitnah.
BERKASIH sayang sesama manusia merupakan satu tuntutan dalam Islam. Ini kerana dengan berkasih sayang akan mewujudkan suasana yang harmoni antara satu sama yang lain.
Islam sangat menitik beratkan hubungan tali persaudaraan sebagaimana hadis baginda Rasulullah.
Baginda Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak: Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu?, hari ini Aku naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naunganKu. - [HR Muslim 4655].
Sebagai seorang muslim, batasan berkasih sayang antara satu sama lain perlulah diketahui dengan baik supaya tidak berlakunya sesuatu perkara yang mana pada mulanya akan mendapat ganjaran di sisi Allah tetapi kerana kejahilan kita menyebabkan datangnya fitnah.
Serapat mana pun kita dengan saudara kita, hukum hakam haruslah didahulukan dan diambil cakna. Antara yang perlu diambil perhatian ialah:
1. Aurat
Aurat bermaksud bahagian-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam. Oleh yang demikian perlu diketahui batasan aurat antara seorang lelaki dengan lelaki begitu juga seorang wanita dengan wanita.
Sabda Baginda Rasulullah: Tidak boleh untuk seorang lelaki berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama demikian juga tidak boleh untuk seorang perempuan berbaring dengan perempuan yang lain di bawah selimut yang sama.
[HR Muslim 338].
Sabda Baginda Rasulullah: Tidak boleh untuk seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain, dan tidak boleh bagi seorang perempuan untuk melihat aurat perempuan yang lain. - [HR Muslim 338].
Imam Nawawi Rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini: Pada hadis ini menunjukkan kepada haramnya seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki dan haramnya seorang perempuan untuk melihat aurat perempuan yang lain. Demikian juga haram bagi seorang lelaki untuk melihat kepada aurat seorang perempuan dan haram bagi seorang perempuan untuk melihat aurat lelaki secara ijma’. (Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi: 4/25).
2. Tidur dalam satu selimut
Serapat mana pun seseorang dengan sahabatnya maka di mana Islam tidak membenarkan seseorang lelaki berbaring dengan lelaki lain dalam satu selimut tanpa ada lapik. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada timbulnya fitnah dan godaan syaitan.
Sabda Baginda Rasulullah: Tidak boleh untuk seorang lelaki berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama demikian juga tidak boleh untuk seorang perempuan berbaring dengan perempuan yang lain di bawah selimut yang sama. - [HR Muslim 338].
Dalam hadis ini larangan berbaring di dalam pakaian atau satu selimut terhadap dua orang lelaki adalah larangan yang menunjukkan kepada pengharaman sekiranya tidak ada lapik antara mereka berdua. (Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi: 4/25)
Oleh yang demikian, larangan berbaring di bawah satu selimut bagi dua orang lelaki adalah bagi mengelakkan berlakunya sentuhan dan penglihatan terhadap aurat satu sama lain. Kerana itu dihuraikan oleh para ulama dalam keadaan kedua-duanya tidak berpakaian.
Sekiranya kedua-dua orang lelaki itu berpakaian lengkap menutup aurat, tetapi cuaca dan suhu sekeliling dalam keadaan sejuk, lalu kedua mereka tidur di bawah selimut, maka ia tidaklah termasuk dalam perbuatan yang dilarang dalam hadis ini mudah-mudahan.
3. Mencium pipi
Perbuatan mencium pipi lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan biasa dilihat dalam masyarakat kita. Ini adalah bagi menunjukkan keakraban seseorang dengan seseorang yang lain.
Terdapat sebuah hadis yang menyebut mengenai perbuatan mencium ini seperti mana yang disebut oleh Anas bin Malik ia berkata: seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kami harus menundukkan kepala apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya? Baginda menjawab: Tidak. Orang itu bertanya lagi: Apakah dia harus mendakap dan menciumnya?. Baginda menjawab: Tidak. Dia bertanya lagi: Apakah yang harus meraih tangannya dan menjabatnya?. Baginda menjawab: Ya. - [HR Tirmizi 2652].
Imam Nawawi mengatakan bahawa hukum bagi mereka yang mencium pipi anak kecil atau sahabatnya yang baru balik dari pemusafiran adalah dibenarkan dan diharuskan tetapi selain daripada dua perkara itu hukumnya makruh.
Mencium pipi seorang sahabat tidak boleh dalam keadaan bernafsu dan jika mencium dengan bernafsu syahwat maka hukumnya adalah haram.
Para alim ulama' mengatakan sebaiknya jika seseorang berjumpa dengan sahabatnya maka cukup dengan memberi salam dan berjabat tangan diantara satu sama yang lain.
Ini berdasarkan dalam sebuah hadis: dari Qatadah dia berkata: Aku bertanya kepada Anas: Apakah ada antara para sahabat Baginda Nabi sering berjabat tangan?. Dia menjawab: Ya. - [HR Bukhari 5792].
Semoga kasih sayang seorang sahabat kepada sahabatnya yang mana berlandaskan agama dan patuh syariat akan menjemput reda Allah dan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya.
Sumber: DR NUR MOHAMMAD HADI ZAHALAN
16 Comments
salam jumaat
ReplyDeleteterkejut tgk muka michael ang ehehhe...
ReplyDeleteAha selalu ada laga pipi antara wanita apabila bertemu.
ReplyDeleteSalam Jumaat abam kie.. Nice sharing
ReplyDeletenice sharing..berlaga pipi antara kwn perempuan tu memang rmai yg buat
ReplyDeletesyukran for sharing...kena waspada dgn kawan2 anak lelaki/perempuan..
ReplyDeletepernah terbaca blog golongan pelangi,.depa komen perempuan boleh PDA dgn kawan2 perempuan-pegang2 tangan, suap2 makan tapi lelaki takleh, kena cover2...haha..statement tak boleh lah..
JALIN SILATURAHIM BERKASIH SAYANG DGN IMAN
ReplyDeleteBerhati hati meskipun rapat, tetap ada batas~ Fitnah pun mudah berleluasa kalau nampak perkara perkara yang mencurigakan ini..Hihi..Saya selalu nampak bangla pegang tangan sesama mereka bila berjalan..Lorh~
ReplyDeleteTerima kaish atas perkongsian..
ReplyDeleteIngatkan gosip Michael Ang tadi. Hehehe btw thank you for sharing.
ReplyDeletenice sharing abam kie..biasa lelaki la sedikit janggal dalam pergaulan yg rapat kan..jika perempuan tu berlaga2 pipi berpelukan tu kira normal dah..kalau lelaki yg buat pasti dipandang serong dah hahaaa ^_^
ReplyDeleteTengok gambar saspens betul hahaha. Btw terima kasih for sharing abam kie :)
ReplyDeleteserapat mane saya ngan kawan2 lelaki tak pernah pulak nak cium2 atau berlaga pipi ni.. hahaha
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeletethank you for sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian:)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.