Dari kaca mata seorang pengetua sekolah
Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi pandangan seorang pengetua dari Johor sbg persediaan sesi 2021 yang akan bermula pada 4 April nanti. Selamat membaca ye. 💜
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Aku lebih selesa menjadi penghuni tetap yg pasif dlm grup ini. Semua bahan aku santap sebagai juadah istimewa tanpa rasa apa2.
Namun bila terlalu acap teman2 menbicarakan soal kredibiliti guru yg sentiasa diperlekehkan oleh masyarakat dan konon kurangnya keprihatinan KPM serta tiadanya SOP yg setara, maka aku terpanggil melontarkan cerita berdasarkan kefahaman dan pengalaman.
Pertama..apa shj hukuman d sek utk mendidik. Hukuman yg dibenarkan ialah berbentuk nasihat, amaran, rotan, gantung dan buang sekolah.
Yg membezakan profesion keguruan ialah kebijakan menangani emosi.
~ kot kalau dibuang sekali pun dan atas apa jua kesalahan, murid akan diterima sek balik selepas merayu ke JPN.
~ kalau ckg tak punya keilmuan ini selepas dilatih secara profesional bertahun lamanya dan berpeluang mendidik berdekad lamanya, apa beza kita dgn mereka yg panas baran wataknya?
~ kalau guru menjerit, menampar, memaki dan menghukum spt ayah tiri. Bayangkan kalau cara kita dicontohi oleh kerjaya doktor, hakim, polis dan seumpamanya....
2013.. Aku diamanahkan menjadi pengetua di sebuah sek bermasalah disiplin di Lembah Kelang. 1800 murid 121 guru. 50% shj Melayu. Keputusan akademik sentiasa di bawah di daerah dan negeri. Sek lebih dikenali sebagai sek gangsterism dan bermasalah disiplin.
Sebagai ketua aku letakkan teori keperluan Maslow sebagai pegangan. Keperluan asas murid dipenuhi dan kemudian keperluan sosial - kasih sayang n penghargaan diberi..barulah keperluan rohani yg melibatkan nilai agama n akademik
~ tak lupa aku buat teori sendiri. Teori 3 perang nabi. Badar kuatkan iman. Uhud musuh emosi dan Khandak bijak atur strategi.
Aku seru visi..
~ sederap serlahkan kasih sayang.
~ sederap seia sekata
~ serlahkan ks - ks perlu ditunjukkan dan dibuktikan tanpa ada batas yg pelbagai.
Api x boleh dilawan api. Mulai 2013 tiada seorg pun guru termasuk HEM n disiplin yg dibenarkan merotan. Kalau ada kes rotan aku yg buat. Jatuh hukum hari ini dan dirotan pada minggu depan selepas solat dhuha, taubat n sarapan. Sebelum rotan doa dibacakan. Hukuman sangat harmoni. Menangis sebab insaf.
~ kes berat ditangani dgn rasional. Ramai gak murid dibuang. Tetapi keluarga diberi kaunseling dan dibantu utk merayu ke JPN. Semua murid kembali ke sek dan berubah.
~ apa yg aku buat demi kerjaya mulia tanpa niat apa2. Namun dihidu dimerata. Sudah ada 46 lawatan seluruh Msia yg datang. 3 dato datang personal.. Dato Abdullah Md Yunus, pengarah BPSH.. Dato Sulaiman Wak n Datuk K kita.
~ lima tahun kami sangat harmoni. Tiada isu disiplin yg membakar emosi..sek jadi destinasi pelancongan..kejayaan koko yg pelbagai dan akademik sgt meningkat.
~ semua terletak pada hati dan emosi. Nabi pernah tewas perang angkara segelintir yg beremosi.
Pada aku sayang perlu menjadi teras kehidupan ckg d sek. Isu ckg A yg viral baru2 ini. Pada aku dia bukan aset..sebaliknya liabiliti . Aku malu dgn kumpulan profesional lain. Budak 12 tahun diajak bergelut dan bergusti. Hanya dgn alasan disiplin tergamak melakukan kekasaran sehingga tangan hinggap di muka. Rasionalkah ckg itu pada waktu itu? Belum ada dalam sejarah orang melempang dgn kasih sayang. Pasti diiringi dgn maki dan sumpah seranah. Bila tersepit..isu disiplin dijadikan alasan. Kita pulak beramai2 memberikan sokongan. Jadi wira. Pasti 2021 akan ramai ckg yg mencontohinya.
~ apa yg menyedihkan terlalu banyak fitnah dan tohmahan yg diviralkan. Hak ibu bapa dihalang. KPM turut dipersalahkan..sedangkan garis panduan telah lengkap disediakan. Sentimen benci pada kerajaan membiasakan kita utk mudah juga membenci kpd watak dalang yg diviralkan tanpa pertimbangan dan belas kasihan.
~ Disiplin sek sebenarnya sgt terkawal..malah species kini ramai yg jauh lebih baik drp kita. Kes 1, 2 biasalah. Adat. Kelemahan ketara bukan murid tetapi PGB yg sekadar mengejar gred jawatan. Kurang kawalan dan penguatkuasaan peraturan yg disediakan. Ditambah pula kerjaya guru bukan datang dari roh dan penjiwaan tetapi berapa A dalam peperiksaan.
~ Masalah kita hari ini..ialah pendekatan memandaikan akademik pelajar. Bayangkan 378 calon SPM sek aku dipaksa belajar seolah2 semua akan jadi doktor. Aku tahu sebahagian besar mereka tak berupaya. Sebab itu aku santaikan mereka. Akademik bukan segala. Mampu bermain 3D akan lebih berjaya. Dirty dificcult dangerous. Mereka inilah yg akan membersihkan halaman rumah dan ladang cikgu2 nanti. Murid enjoy ckg pun sama. Cuma ppd n jpn yg sentiasa mendakwa.
Yang ini kita betulkan. Sek jadikan pusat pembelajaran..mengenal dan mencari hidup. Yg berketrampilan berikan mereka peperiksaan utk memenuhi kerjaya. Yg lain sekadar menikmati pembelajaran. Ramai yg ada SPM, tp sijilnya sekadar utk menutup lubang dinding yg retak di rumah.
Yes, aku percaya sek tempat kita hilangkan stress. Percayalah. Baca kepimpinan Segiovanni..lima kemahiran memimpin..In Shaa Allah, sek akan terurus dgn baik.
Akhirnya..udah2le mengkritik. Lebih baik fikirkan apa yg baik utk bangsa. Tp nak fikir sgt pun..usia kita dah sangat senja..lebih baik beristighfar dan bersyukur dgn yg ada.
~ aku pernah kongsi hal ini bersama pegawai2 JPN d Langkawi..rasanya ipin bakri mahlizan antara audiennya. 2016 aku dipanggil buat talk semasa persidangan MPSM Kebangsaan di Terengganu.
~ Doakan aku mampu menyumbang modul kasih sayang di tahun 2018. Dah siap..cuma tunggu masa diketengahkan.
#Cnp
18 Comments
beza cikgu dulu dan cikgu skrg...
ReplyDeletebeza juga murid dl dan murid skrg..
pokok pangkal nya niat ...
niat nak belajar...
niat nak mengajar..
Dan beza juga parent dl dan parent skrg...
yg ini ermm.. niat nya kena tanya diri sndri...
Kesabaran dalam mendidik anak bangsa terus menjadi respek nieyl pada para guru. Walau pelbagai kritikan, mereka tetap meneruskan mendidik kerana dalam mendidik itu adalah amanah yg diberikan... Nieyl doakan semoga apa sahaja usaha abam kie dalam mendidik dan mengajar akan sentiasa Allah permudahkan...Amiin...
ReplyDeletebesar cabaran seorang guru apatah lagi seorg pengetua
ReplyDeleteBagusnya cara cikgu tu atasi masalah pelajar bermasalah. Kena dengan cara, barulah peljar boleh berubah dan tak berdendam dengan cikgu.
ReplyDeleteitulah cabaran masa kini kerana mereka yg pandai akademik sentiasa dijulang
ReplyDeleteGuru yang guru
ReplyDeletePelajar yang pelajar
Dulu dan sekarang. Bukan tidak boleh dulu dicontohi sekarang namun perlu ada teras sebenar dari dalam (hati/niat dan fikiran/matang). Mahu atau tidak sahaja.
Well said.
ReplyDeleteBergenang air mata baca.
Niat kena betul untuk menjadi seorang cikgu/ guru
Mak saya pesara guru. Memang mencabar tugas seorang pendidik berdepan macam-macam karenah bukan dari murid je, masyarakat pun
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan guru2 semua
ReplyDeleteDulu pelajar atau anak murid senang & mudah dengar cakap cikgu. Even kena rotan sekalipun takdelah melibatkan ibubapa tetapi sekalipun. Begitu juga dengan cikgu, perlu hadapi dengan tenang & mudah mengatasi masalah pelajar yang tidak berminat dengan akademik bukannya dengan cara hukum mengikut emosi. Dulu lain sekarang menjadi-jadi sebab kadang teknologi juga mempengaruhi pelajar...
ReplyDeleteguru terbaik anak2 murid gemilang
ReplyDeletesetuju dgn cikgu.. dari nak herdik dan sindir, apa kata fikir ttg masa depan anak2 dan cara utk mendidik mereka kan ...
ReplyDeletecabaran guru-guru mendidik anak bangsa
ReplyDeletesemoga terus berkhidmat dgn cemerlang.. aminn
ReplyDeleteAda 1001 tugas guru selain mengajar
ReplyDeletePernahlah sekolah yang memang ada masalah gangster. Pening juga saya belajar di situ. Tidak dapat bayang bagaimana pengetua sekolah hadapi.
ReplyDeleteCabaran sekarang lebih berat berbanding dulu..
ReplyDeleteSemoga cikgu-cikgu terus bersemangat mencurahkan ilmu..
Terus berjuang para guru demi masa depan anak-anak murid. Bertabahlah duhai jiwa.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.