Kelebihan dan Fungsi Telegram Yang Kita Perlu Tahu
Banyak rupanya fungsi #Telegram!
Ramai pengguna masih tidak tahu banyak kelebihan dan fungsi terkini yang ditawarkan Telegram.
Antaranya adalah seperti :
1. Penggunaan Username
Untuk pengetahun semua, Telegram menggunakan unik username sebagai mengganti nombor telefon kita.
Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon. Selain itu, username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram. Jika di Whatsapp korang sudah pastinya perlu daftar menggunakan no telefon. Betul tak?
2. Ytranslatebot
Lepasni korang tak perlu susah pergi Google translate. Kesian Googlet ranslate semua manusia mengharapkan dia untuk menyelesaikan masalah untuk menterjemahkan bahasa.
Apa kata kita cuba sesuatu yang baru. Ytranslatebot mampu ‘translate’ mesej yang kita ingin sampaikan. Bukan itu sahaja, mesej kita ada pilihan untuk pilih apa sahaja bahasa yang kita mahukan. Kata mudahnya walaupun kita sedang berkomunikasi dengan pak arab, ia bukan lagi satu masalah yang besar. Menarik bukan?
3. File Transfer
Seperti Whatsapp, korang juga boleh menghantar pelbagai fail tetapi jika menghantar gambar, pastinya gambar tersebut kualitinya akan dikurangkan.
Telegram juga boleh menghantar apa sahaja jenis fail dan telegram tak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar.
Malah, sesiapa yang pentingkan kualiti imej gambar atau video, Telegram tempat paling mudah dan cepat.
4. Skeddy
Manusia ini tak akan lari dengan sifat pelupa. Skeddybot ini sesuai untuk golongan yang mudah lupa terutama pelajar yang asyik lupa sahaja nak siapkan assigment.
Skeddybot ini bantu korang ingat balik perkara yang perlu korang buat dengan kata mudahnya sebagai reminder lah. Contoh korang send ‘Tengok assignment every 5 minutes’. Jadi, dia akan text remind kita setiap 5 minit sampai ia selesai.
Nak diikutkan lecturer pun diorang dah penat asyik remind benda yang sama iaitu assignment kan? So, dengan adanya skeddy ni kita sebagai pelajar tiada alasan lagi nak siapkan assignment dengan lebih awal selepas ni. Jangan lupa cuba!
5. Fungsi search yang hebat
Bestnya Telegram ni, korang boleh search apa sahaja yang korang minat, nanti akan keluar list yang korang search tu. Contoh nak tengok movie secara percuma je, search movie, akan keluar channel movie yang dah set sebagai public. Kalau private kena join ikut link.
Contoh lain nak tengok drama melayu, keluar semua list channel dan berapa orang ahli channel yang dah join channel tersebut. Pendapat Lia, join channel yang mempunyai ahli yang ramai. Confirm channel tu mesti best!
6. Game
Serius la Telegram ada game? Ya! Korang mesti pelik macam mana telegram boleh ada game. Korang tak perlu pelik sebab memang wujud pun.
Korang tak akan bosan sebab korang boleh ajak kawan-kawan main sekali. Game dia tak lah sehebat PUBG atau ML. Game ini sedikit sebanyak bantu lah kita elakkan kebosanan di dalam kelas ke atau di tempat kerja.
7. PhotosetterBot
Korang mesti ada kawan yang jenis malas menulis nota kan? Jangan risau dah, Telegram boleh bantu. Photosetterbot boleh convertkan tulisan dalam image kepada bentuk text.
Contoh, pengguna hanya perlu screenshot nota dalam bentuk image dan bot ini akan tolong taipkan dalam bentuk teks. Kepada mereka yang malas sangat nak menyalin nota, fungsi luar biasa ini sangat sesuai untuk korang!
8. Channel Telegram
Berbeza dengan Group Chat, Channel adalah medium penyiaran maklumat dengan cara ‘one way communication’, manakala Group Chat tujuan untuk berkomunikasi beramai-ramai dalam group.
Dengan kata mudahnya Channel Telegram ini seakan-akan seperti Website lah, menyediakan semua maklumat mengikut niche Channel tersebut.
Channel Telegram terbahagi kepada 2 iaitu:
Public – Boleh sebar luas dan tiada had keahlian.
Private – Ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin sendiri.
Untuk mengetahui 21 fungsi Telegram ini, sila muatturun fail PDF ini di SINI.
Menarik bukan ciri-ciri yang ditawarkan Telegram, Abam Kie percaya pasti ada fungsi-fungsi yang korang juga baru tahu kan? Jadi, tunggu apa lagi? Muat turun dan terokailah Telegram sekarang!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Hani Hanani
20 Comments
Banyak faedah sebenarnya kalau pakai telegram. Boleh asingkan group mengikut folder, download drama / movie di telegram, kongsi info info berguna pun thru channel telegram jugak.
ReplyDeletesaya banyak cari movie kat telegram.
ReplyDeleteBanyak fungsi telegram ni rupanya.
ReplyDeleteWak jarang2 guna telegram berbanding wsp
wah... banyak kegunaan telegram ni rupanya. saya baru tau walaupon dah lama gak guna.
ReplyDeletehahhhaa seriously br tau byk nya fungsi telegram walau dah lama pakai telegram ni tp cuma guna utk htr mesej je hahah
ReplyDeleteDiakui banyak yang PC masih tidak tahu.
ReplyDeleteTelegram ni Ai tahu untuk hantar gambar dan document dengan kualiti yang lebih baik dan tengok movie je.
ReplyDeleteSaya tahu padal channel telegram je :) nice sharing
ReplyDeleteyg bestnya bila hantar gambar tak pecah and same size :)
ReplyDeleteSuka hantar gambar dan dokumen di telegram
ReplyDeleteada bot yang tak boleh di guna pakai Abam Kie. hehe
ReplyDeletecuba juga tapi masih xjumpa apa2
ReplyDeletenieyl suka telegram ni abam kie sebab gambar tak simpan memori hp, klu nak, baru kita save..hehehe
ReplyDeleteSy x faham sgat pasal bot nie semua.. Sy x berapa suka kalau chat kat telegram sbb kdg x perasan pun ada mesej haha.. T'lampau byak sgat dah subscribe channel
ReplyDeleteBagus informasi ni. Sangat berguna untuk semua pengguna :)
ReplyDeleteoo mcm2 kegunaan telegram ye. mama tak biasa sgt dgn telegram ni sebenarnya
ReplyDeletetelegram sangat best!
ReplyDeleteTelegram ni memang bagus. Saya suka bab channel tu, macam-macam public channel yang bermanfaat kita boleh join :)
ReplyDeleteBelum pernah guna aplikadsi Telegram. Kadang-kadang takut ketagih.
ReplyDeleteEza guna telegram untuk beli barang je. Tengok catalogue. Baru tahu banyak guna lagi.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.