Makan Laksa Sarawak Selepas Dua Dekad
Assalamualaikum. Di Malaysia ini ada macam2 laksa mengikut negeri masing2. Dua jenis laksa yang abam kie selalu makan ialah laksa lemak Kelantan dan laksa Penang. Ada pernah sekali merasa laksa Johor dan Sarawak semasa mengajar di Sabah dulu. Kawan2 sekerja yang tolong buatkan.
Kali pertama dan terakhir Abam Kie memakan laksa Sarawak ialah pada tahun 2001 sebelum berpindah balik ke Kelantan. Masa tu kawan di Papar, Sabah, yang buatkan. Sedap juga rasanya. Selepas itu terus tak jumpa makanan ini. Ada juga restoran Dapur Sarawak di Tanah Merah ini milik Ketua Wanita UMNO yang berasal dari Kuching dah kahwin dengan orang tempatan tapi Abam Kie belum berkesempatan untuk ke sana biar pun dia dah jemput beberapa kali.
Namun pada minggu lepas, Abam Kie membeli pes laksa Sarawak di Shopee. Selepas 3 hari sampai la pes tu. Lalu abam kie membeli segala bahan2 di pasar dan meminta isteri untuk memasaknya. Mujurlah dia ada pengalaman memasak laksa Sarawak semasa bekerja di Kedutaan Malaysia di China dahulu. Jadi pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi resepi laksa Sarawak dengan menggunakan pes Hj Manan. Cubalah ye. Kalau sedap bagitahu Abam Kie, jika x sedap buleh cuba lagi sampai lazat!
Laksa Sarawak dengan Pes Hj. Manan (200g)
Untuk: 4 - 5 orang
Bahan-bahan:
1 bungkus pes Laksa Sarawak Hj. Manan
1 bungkus bihun dicelur
2 potong dada ayam (dipotong dadu kalau tak nak siat isinya)
200 gram udang
1 kotak kecil santan
2 kiub pati ayam
1 liter air
Garam dan gula secukupnya
Bahan hiasan:
1 bungkus daun ketumbar (dihiris)
3 biji telur (digoreng nipis dan dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji limau kasturi (dibelah dua)
1 biji kecil sengkuang (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
Tauhu (digoreng dan dipotong kecil)
Sambal belacan
Cara-cara membuat kuahnya:
1. Masukkan air ke dalam periuk, rebus hingga mendidih.
2. Jika menggunakan udang, rebus udang hingga ia timbul di permukaan air, maka udang dah masak. Keluarkan udang dan tuskan.
3. Dalam periuk yang sama, rebus ayam dalam air mendidih tadi. Kalau suka siatkan isinya, boleh keluarkan ayam bila dah empuk dan tuskan. Siat isi ayam bila dah sejuk nanti. Tapi jika kurang rajin, biarkan aje isi ayam dalam air rebusan.
4. Masukkan pes Laksa Sarawak Hj Manan, kiub pati ayam dan santan kotak. Gaul dan biarkan mendidih lagi selama 5 minit.
5. Perasakan dengan gula dan garam. Jika ok, boleh matikan api.
Inilah hasil bersilat di dapur. Buat simple2 je. Takkan sama dengan hasil tangan orang Sarawak, tapi sah menjadi! Yummy... Jemput makan semua, ye!
19 Comments
Tak pernah lagi makan laksa sarawak, nanti nak cuba lah..
ReplyDeleteSdpnya sha xpernah lg.mkn laksa srwak tp laksa lain dah pernah..sama ka abg kie?
ReplyDeletePernah pergi sarawak tahun 2010 tapi tak pernah pulak cuba laksa sarawakk. Next time boleh try lah.
ReplyDeleteKita ada pes Laksa Sarawak ni, tapi sampai sekarang seru tak sampai nak membuatnya Abam Kie, tengok laksa Abam Kie, rasanya kena buat jugak sebelum pes tu expired, huhu
ReplyDeleteHehe nasib baik kedai laksa Sarawak dekat dengan rumah. Hehe baru sahaja adik beli minggu lepas.
ReplyDeleteLama juga tak makan laksa sarawak. Last makan kat Sarawak beberapa tahun lepas.
ReplyDeleteSedapnya. Kak Feni pandai makan je abam kie. Haha nasiblah dekat opis ni ada Dapur Sarawak. Rasa nak makan boleh je order atau walk-in. Resepi tu boleh cuba kalau nak makan ramai-ramai nanti.
ReplyDeletePernah makan dah..Ada org Sarawak dlm kem nih buat Jual 🥰
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletebestnya... lama tak makan laksa sarwak tu
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeletetak pernah lagi makan laksa sarawak ni. nampak sedap :)
ReplyDeletepernah rasa sekali jer laksa sarawak ni di sebuah restoran sarawak di putrajaya. masa ke sarawak tempoh hari pon tak rasa, rugi plak rasa dah sampai sarawak tak rasa laksa sarawak
ReplyDeletemasa belajar dekat Sarawak dulu selalu juga makan,memang sedap =)
ReplyDeletetak pernah juga makan laksa sarawak ni, curious !!
ReplyDeletesedap laksa sarawak dulu kawan mama selalu buatkan. mama tak pemnah masak sendiri tq for recipe
ReplyDeleteSambal belacan tu Eza tak pass lagi nak buat. Heeee. Sedap kan laksa sarawak!!!
ReplyDeleteMemang kalau nk makan laksa sarawak kena pakai pes, kalau nk buat sndri mmg tak pandai
ReplyDeleteMudah nak makan laksa sarawak dengan adanya pes ini..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.