Assalamualaikum. Baru-baru ini Abam Kie ada update status di group Sahabat Guru Malaysia di FB. Status yang Abam Kie update tu spt gambar di atas dan di bawah. Ya, betul2 kasihan akan bekas murid Abam Kie yang kesempitan duit semasa belajar di USM Penang. Sekarang ni dia di tahun 2. Asalnya dia ni budak pandai. Masa STPM dulu dapat 4A. Bila masuk U dia terpaksa bajet makan dan perbelanjaan lain kerana keluarga di kampung kurang mampu nak support dia. Tahu2 la belanja di kampus ni semakin tinggi berbanding zaman abam kie belajar di UM 30 tahun dulu. Masa tu cukup dengan RM50 jika tinggal di asrama. Bayar asrama pun RM8 sehari termasuk makan di dewan makan.  

 
Siswa ini memang budak yang pandai. Tapi dia ni tak mahu membebani keluarganya sehingga sanggup hantar duit PTPTN kpd ibubapa di kampung. Selepas abam kie update status di FB tu rupa2nya ada guru2 yang hantar duit biasiswa ke kampung semasa mereka menuntut di U dan maktab perguruan dahulu. Mula2 tu rasa macam tak percaya je sebab abam kie sendiri pun biarpun mendapat biasiswa KPM sepanjang menuntut di Universiti Malaya dulu tetap meminta duit dgn ayah kerana duit biasiswa tu x cukup. Hmmm...lepas update status tu barulah abam kie tahu bahawa trend mengirim duit biasiswa atau pinjaman ke kampung ni sudah bermula sejak dahulu lagi. Now I know!

Tanpa disangka-sangka sejam selepas status itu dinaikkan, Abam Kie menerima DM dari seorang guru di Puncak Alam, Selangor. Dia menyatakan hasrat untuk membantu bekas murid abam kie ini. Puan Arbaah ini benar2 ingin menderma sejumlah wang kerana semasa menuntut di universiti dahulu, dia pun mengalami masalah yang sama kerana berasal dari keluarga miskin. Lalu Abam Kie pun menghubungi bekas murid ni, F. F ni pada mulanya enggan dibantu kerana dia rasa ramai lagi pelajar yang lebih miskin daripadanya. Lalu abam kie pujuk dia. Akhirnya dia sudi menerima bantuan dari Cikgu Arbaah. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Cikgu Arbaah.

Sehari kemudian abam kie menerima DM dari Cikgu Farazi Razak pula yang mengajar di Pulau Pinang juga. Dia pun ingin membantu si F ni. Katanya dia sendiri akan minta kebenaran dengan HEP USM untuk masuk ke dalam kampus dan membantu siswa/i yg kurang berkemampuan. Cikgu Farazi turut menghubungi F dan memaklumkan bahawa dia akan menyalurkan bantuan berupa makanan dan kelengkapan belajar kepada F dan siswa/i yg lain. Cikgu Farazi ni memang ada team dia sendiri yang membuat kerja2 kebajikan kepada pelajar2 sekolah dan universiti. Dikhabarkan Cikgu F telah pergi ke USM beberapa hari yg lalu bagi menyerahkan sumbangan kepada F dan pelajar2 lain di asrama USM. Terima kasih dan Alhamdulillah. 

Sesungguhnya Abam Kie bersyukur dengan tindakan abam kie memuatnaik status di group FB telah mengizinkan dua hamba Allah untuk membantu dan memperolehi pahala bersedekah ke jalan kebaikan. Manakala pelajar2 yang tidak berkemampuan pula berjaya mendapat sedikit bantuan untuk meneruskan kelangsungan belajar di menara gading. Sekian. Terima kasih.