Sejarah Pertukaran Waktu di Malaysia
Pada hari ini, Abam Kie ingin berkongsi sejarah pertukaran waktu di negara kita. Semoga dengan perkongsian ini, generasi hari ini akan lebih menghargai sejarah lampau yang membina negara kita Malaysia sehingga ke tahap sekarang. Selamat membaca. Terima kasih.
Di Semenanjung Malaysia
Sebelum 1880, masa Semenanjung Malaysia ditetapkan mengikut waktu min tempatan di Kuala Lumpur, 6j 46m 48s lebih cepat daripada GMT. Selepas itu, waktu di semenanjung Malaysia ditetapkan kepada 6j 55m 24s (mengikut waktu Singapura).
Selepas 31 Mei 1905, waktu dipiawaikan oleh British ke +7:00 GMT (Waktu Malaya). Selepas 31 Disember 1932, waktu dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang, menjadi +7:20 GMT. Bermula 1 September 1941, waktu dipercepatkan lagi 10 minit menjadi +7:30 GMT.
Bermula 16 Februari 1942, waktu diselaraskan mengikut waktu Tokyo, disebabkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, menjadi +9:00 GMT. Bermula 13 September 1945, waktu diselaraskan semula sama seperti 1941, menjadi +7:30 GMT.
Bermula 1 Januari 1982, waktu dipercepatkan 30 minit untuk diseragamkan dengan waktu Sabah dan Sarawak, menjadi +8:00 GMT, dan kemudian dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.
Di Malaysia Timur
Sehingga Mac 1926, Sarawak mengikut waktu min tempatan di Kuching, 7j 21m 20s lebih cepat daripada GMT. Borneo Utara pula mengikut waktu min tempatan Jesselton. Selepas itu diselaraskan menjadi +7:30 GMT (Waktu Borneo).
Pada awal 1933, waktu dipercepat 30 minit menjadi +8:00 GMT. Waktu musim panas diperkenalkan antara 14 September dan 14 Disember, masa waktu ketika ini dipercepat 20 minit menjadi +8:20 GMT.
Bermula 1942, masa disesuaikan mengikut waktu piawai Tokyo +9:00 GMT akibat pendudukan Jepun. Bermula September 1945, waktu diselaraskan semula sama seperti 1933, tetapi tanpa waktu musim panas, menjadi +8:00 GMT.
Pada 1 Mei 1982, waktu +8:00 GMT ini dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.
17 Comments
lahh baru tahuu..
ReplyDeleteNice sharing abam kie. First time tahu pasal pertukaran waktu di malaysia ni :)
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu AK perkongsian.
ReplyDeleteinfo yang bagus ni, Abam Kie.. orang muda kena tahu
ReplyDeletepernah terbaca tentang ini, dan kenapa di sabah selalu pukul 6 pagi dah terang benderang... sampai kawan2 yang dari sabah masa kerja di kuala lumpur mereka pelik pukul 6 pagi kenapa masih gelap sebab di sabah pukul 6 dah terang benderang...
ReplyDeleteOoo..baru tahu info ni. Sebelum ni ada terbaca waktu dunia dipercepatkan 1 saat pada tahun lepas.
ReplyDeleteBanyak kali tukar waktu rupanya.
ReplyDeleteAssalamualaikum abe kie.. laa haiii, baru ku tahuuuu.... perkongsian yang menarik, ni abe kie.
ReplyDeleteperkongsian yang menarik ni cikgu =)
ReplyDeletesejarah dunia ni kan :D
ReplyDeleteJaman wak kecik2 dulu waktu di Semenanjung lewat setengah jam berbanding Sabah dan Sarawak.
ReplyDeletepernah dengar tapi tak tahu pula berubah banyak kali
ReplyDeleteyang saya tahu, pertukaran waktu pada tahun 1982 tu (bukan 81 ke?)... yg laen tu br tahu ni...
ReplyDeletewow dpt ilmu baru arini
ReplyDeletepernah dengar tapi tak tahu pula yg banyak kali terjadi pertukaran waktu di malaysia. nice sharing :)
ReplyDeletethank you for sharing cikgu :)
ReplyDeleteskrg ni wak x pakai jam tangan dahh.. hehehe
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.