Kisah Duit Syiling dan Batu
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik
membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling
itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.
Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg
berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan
menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi
duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan
menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh
ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan
ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg
berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu
mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek
kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan
lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia
menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu
masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan
serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu
dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit
dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya
batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat
ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan
pesanan.
P/S: Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan
Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’
lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada
kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita
sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan
kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas
sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak
berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa
musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk
mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
10 Comments
Cerita yang bagus....gambaran yang jelas tentang hubungan hamba dan pencipta. Sering kali kita lupa kembali kepadaNYA saat nikmat diberikan tetapi sering kali kita kembali kepadaNYA saat dugaan dan cabaran diberikan.
ReplyDeleteTamsilan yang bagus. Betul itu selalu lupa Pencipta apabila nikmt diterima. Apabila susah baru teringat pada Pencipta.
ReplyDeletejgn pentingkn diri sendiri..lihat jga sekeiling kita
ReplyDeleteBetul..Kadang-kadang kita terlupa dan alpa
ReplyDeleteMacam peribahasa orang dulu-dulu, sudah terhantuk baru terngadah
ReplyDeleteTeringat lagu XPDC . Tajuk dia lupa plak. hehe
ReplyDeleteBetul tu, sesekali di bawah, kena mendongak ke atas...begitu juga sebaliknya kannn...
ReplyDeleteAjar diri sedar diri sentiasa kerana semua sementara kan.
ReplyDeletenice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteTenkiu abam kie atas perkongsian ini :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.