Tanda kita ada masalah kewangan
Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi tanda-tanda kita ada masalah kewangan. Ini untuk renungan kita bersama. Semoga bermanfaat.
1. Kita makin rajin meminjam dari sedara dan kawan kawan kita. Malu dah makin tiada
2. Topik gaduh dengan isteri mesti soal belanja, sapa mintak duit mesti kena sergah punya.
3. Kita tiada simpanan kecemasan sebanyak 6 bulan gaji kita. Jika gaji RM2000 kita sepatutnya ada simpanan RM12,000 sahaja.
4. Aktiviti ambik duit tabung dan korek ASB kita kerap lakukan. Kerap ambik dari simpan
5. Kerap dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang.
6. Bayaran kad kredit paling minimum, belanja macam anaconda buka puasa.
7. Hutang kad kredit bertambah tiap bulan. Kita tak kisah jumlahnya berapa.
8. Kerap guna kad kredit hingga maksimum jumlahnya. Semua yang Lasazadah jual dia ada. Tiap kali posmen lalu mesti singgah punya.
9. Mengambil duit tunai dari kad kredit untuk belanja. Gaji dah habis bayar kereta.
10. Hujung bulan bank selalu telefon bagi ingatan cinta pada kita, "Encik dah buat bayaran Honda Encik"?. Kita gelabah bukan kepalang.
Jika dah ada tanda ini, belajar selesaikan hutang kecil dulu. Jika tak jalan juga hubungi AKPK buat temu janji.
Jika tak selesai juga bacalah panduan di bawah ini
18 Comments
Alamak, semoga semua urusan kita dipermudahkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau ada kesedaran...masalah yg sedar sekejab payah....lps rasa stabil sikit, ulang lg....
ReplyDeleteKadang-kadang orang boros berbelanja tidak sedar ada masalah.
ReplyDeletetanda2 tu memang ada
ReplyDeletetp blm tahap nak meminjam dgn kawan or sesiapa
segannn
time pandemik ni ramai yg mengalami masalah kewangan, terpaksa korek tabung simpanan..
ReplyDeleteKadang2 orang berpendapatan besar pun ada masalah kewangan
ReplyDeleteJenis yang berbelanja melebihi kemampuan dan seronok nak menayang macam-macam kat socmed tu memanglah hidup cari nahas ja, bila dah kantoi tak cukup duit simpanan apabila berlaku kecemasan apa-apa yang memerlukan duit ribu riban, mulalah nak buat sedih minta tolong dari sedara-mara. Janganlah kita join kumpulan tu naa....huhuu
ReplyDeleteSebab tu nak berbelanja kena fikir masak masak kan hehehe. Takutnya sampai berhutang dengan orang, endup tak mampu nak bayar. Kesian yang bagi pinjam tu huhuh
ReplyDeleteSyukur saya tidak ada kad kredit.. Hutang dengan bank ada la..
ReplyDeleteNak berbelanja jgn sampai berhutang
ReplyDeleteada hutang merungsingkan
ReplyDeletenauzubillah minta dijauhkan dari kesempitan
ReplyDeleteWalau sedikit kena tetap menabung ni. Moga Allah sentiasa beri kita rasa kecukupan.
ReplyDeleteBahaya bila tak dapat urus kewangan dgan baik boleh membawa kpd menghutang..
ReplyDeleteNice sharing... 👍
ReplyDeletekadang kala memang akan terbabas bab belanja ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah sejak PKP ini kurang berbelanja di luar. Seboleh mungkin cuba masak untuk keluarga. Duit berbelanja di luar tu boleh simpan.
ReplyDeletepernah terkena seatu ketika dahulu, sekarang lebih berhati2 dan berjimat
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.