Assalamualaikum. Kawan2 pernah mengalami masalah kutil atau ketuat di badan tak? Memang menyedihkan jika benda ini tumbuh di badan kita. Malu dengan orang lain kerana badan kita ada cacat-cela sedikit. Apa itu kutil? KUTIL adalah benjolan kecil yang tumbuh di kulit dan masalah ini boleh disebabkan jangkitan Human Papilloma Virus (HPV).

Medical News Today menjelaskan kutil biasanya muncul di tangan, telapak kaki atau leher namun kebiasaannya penyakit ini dapat sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan.

Bagaimanapun, adakalanya seseorang mengambil masa selama berminggu-minggu atau bertahun untuk menghilangkan kutil yang tumbuh.

Rawatan di hospital untuk menghilangkan kutil biasanya lebih cepat dengan ubat-ubatan tertentu termasuk pembedahan secara laser.

Tetapi terdapat juga beberapa bahan di rumah yang boleh digunakan sebagai ubat menghilangkan kulit. Bahan-bahan ini memiliki enzim yang boleh membantu melawan virus dan mengubah reaksi kekebalan tubuh terhadap serangan HPV dan kutil.

1. Cuka epal



Cuka epal dapat berfungsi sebagai ubat kutil kerana ia mengandungi asid salisilat. Ia membantu membuatkan kutil menggelupas dan tertanggal daripada kulit.

Ia juga bersifat antimikroorganisma yang membantu melawan kuman. Cara menggunakan cuka epal cukup mudah. Campuran cuka epal dengan air.

Rendam kapas dalam larutan cuka dan tekapkan pada kutil dan tampalkan plaster agar ia tidak tertanggal. Biarkan selama beberapa jam sebelum dicuci dengan air bersih.

2. Bawang putih

Bawang putih mengandungi allicin yang dapat digunakan sebagai ubat semula jadi untuk menyembuhkan penyakit berkaitan kulit.

Kajian pada 2014 menunjukkan ekstrak bawang putih dapat membantu menghilangkan kutil dalam empat minggu. Caranya dengan hanya menghiris bawang putih dan campurkan ke dalam air.

Sapu campuran itu terus kepada kutil dan ulang proses itu beberapa kali sehari.

3. Nanas

Nanas mengandungi bromelain dan cukup bagus bagi merawat kutil. Tak sukar, hanya tekap hirisan nanas pada kutil dan gosok selama beberapa minit.

Ulang proses ini beberapa kali sehari sehingga kutil menjadi rapuh dan tertanggal.

4. Madu

Madu menghasilkan zat yang disebut sebagai propolis. Kajian mendapati kandungan antimikroorganisma dalam propolis berpotensi mengubati masalah kutil.

5. Minyak tea tree

Minyak tea tree mengandung zat antimikroorganisma yang berpotensi digunakan untuk mengatasi jerawat, kutu, jangkitan kulit dan kutil.

Bagaimanapun jangan sapu minyak itu terus pada kulit kerana ia boleh menyebabkan iritasi sebaliknya campurkan minyak itu dengan air bagi mencairkannya.

Titiskan campuran itu pada kapas dan tekap di kutil selama 10 minit dan ulangi proses itu tiga kali sehari.

Semoga perkongsian tentang rawatan menghilangkan kutil di badan ini dapat membantu kawan2 yang mengalami masalah berkenaan. Terima kasih.