Masalah Ketiadaan Air Di Rumah Berjaya Diselesaikan
Geram tul dengan Syarikat Air Kelantan Berhad. Masalah air x pernah selesai sejak PAS mula mengambil-alih pemerintahan negeri ini sejak Okt 1990. Ada saja komen yg dibuat oleh rakyat marhaen seperti air tiada, air seperti warna teh tarik, air keruh, air slow, paip keluar angin dan entah bermacam2 aduan yang dibuat. Tapi tiada jalan penyelesaian sampai kini. Malahan ramai penduduk yg terpaksa menggali telaga tiub atau air boring sebagai jalan penyelesaian. Kalau gali telaga boring di tanah berbukit air memang jernih la. Tapi kalau di tapak rumah bekas bendang padi memang berbau payau lah airnya. X sanggup nak diminum. Itulah pengalaman abe kie semasa gali telaga boring dulu.
Macam air paip direct ke rumah abam kie ni memang slow tahap gaban. Tengoklah gambar di atas tu. Keluar halus je..Macam air kencing aje. Huh! Geram tul. Abam Kie memang dah lama x membasuh kereta di rumah sebab air slow. Jika guna mesin basuh automatik sekali sahaja , maka sebelum Maghrib tu air dah tak naik ke atas rumah. Maka kena sambung getah paip ke paip direct di bawah porch tu terus ke dapur basah. Air yang kecil tu la nak mandi, berwuduk, basuh pinggan mangkuk dan sebagainya. Air paip yg datang tu slow sangat sampai tak larat nak masuk ke dalam tangki atas. Kalau naik ke tangki pun selepas tengah malam. Huhuhu....
Mujurlah jiran sebelah, Abe Pa yang bekerja sbg warder penjara bersetuju untuk membantu abam kie mengatasi masalah kekurangan air ini. Mula-mula dia suruh abam kie beli tangki air yang besar dalam 600 gelen. Tangki ini diletakkan di atas lantai simen. [Lihat foto di atas]. Tangki bawah ini berfungsi sebagai pusat penyimpanan air sebelum dipamkan ke tangki tengah dan tangki atas. Memang kena guna pam air la...Jika tak memang tak naik la air ke tangki dan ke dalam rumah.
Alhamdulillah. Selepas tambah satu lagi tangki sebegini, masalah air terputus tidak lagi berlaku. Kini abam kie dan keluarga boleh membasuh sehingga 5X sehari...cuma ampaian tak cukup la pulop! Hahaha... Jika nak bersiram lama2 dalam bilik air pun boleh. Alhamdulillah. Selagi boleh berusaha, kita buat setakat mampu! Dok gitu?
21 Comments
tinggi tangkinya, sama macam rumah mertua saya
ReplyDeleteAlhamdulillah, selesai masalah..sepatutnya peranan syarikat air kerajaan negeri..
ReplyDeletehoh..ambik..3 tangki skali gus..good job a,kie..:)
ReplyDeleteWah! bertingkat-tingkat tangkinya. Masalah tekanan air rendah ni mujurlah dah jumpa jalan penyelesaianya.
ReplyDeletealhamdulillah..berkat usaha sendiri kan...kalu tak, jenuh x de air.
ReplyDeleteHaaa.. masalah ampaian tak cukup tu, kita cadangkan Abam Kie beli dryer pulak laaaa 😆
ReplyDeleteKos tangki lagi... kos pam lagi... aduh!
ReplyDeletememang sakit bila tak ada air...banyak urusan tak boleh nak buat
ReplyDeletesungguh la susuh kalau takde air ni kan abam kie, kami ni dekat selangor sama la tu 'penyakit'nya. komplain!!! tak larat dah nak layan
ReplyDeletemasalah air dari tahun 1990 smpi 2020 .., dh 30 tahun tuu., huhuhu sibbaik ada ikhtiar lain walaupun kena kuar lebih sikit sbb kene beli tangki air besar tuuh., puas hati kannn ;p
ReplyDeleteSyukur dah seklesai
ReplyDeleteALHAMDULILLAH SELESAI MASALAH BESAR
ReplyDeleteSyukur masalah dah selesai.
ReplyDeleteAlhamdulilah, nasib kat penang, air semua okey, kalau tak mmg naya laaa jwbnya
ReplyDeleteBagus Abam Kie usaha cari penyelesaian. Idea bernas daripada jiran.
ReplyDeleteselesai sudah akhirnya..tak larat la asyik isu yang sama juga. air, air,air.. alhamdulillah ade jiran yang menolong. Tiada lagi masalh air
ReplyDeleteDi Selangor ni sekali-sekala takde air pun ramai dah bising. Rakyat Kelantan memang tabah
ReplyDeleteBetul la tu, Bang..kadang kita perlu ambil inisiatif sendiri untuk mengatasi masalah tanpa berterusan mengharapkan kerajaan.
ReplyDeleteowh... patut la kalau jalan2 kelantan kebanyakkan rumah ada menara air macam tu... br tau sebabnye.. sesah juga masalah air berpanjangan ni
ReplyDeletekawan ammi duduk di Pulai Chondong..dia pernah ngadu kat kitorang ni sambil tunjuk air dia kat sinki. mmg warna teh sungguh.
ReplyDeleteAlhamdulillah boleh enjoy dah air tu kan
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.