TM Unifi Sudah Dipasang di Rumah Abam Kie
Abam Kie sudah melanggan perkhidmatan TM sejak 2003 lagi. Masa tu masih guna dial-up. Kalau nak sambung Internet akan keluarlah bunyi dial yang 'annoying' tu. Masih ingat lagikah?
Dalam tahun 2010 rasanya Streamyx baru ada di Tanah Merah ni. Harga masa tu memang mahal tapi line slow je. Tapi ini je pilihan yang ada di bandar kecil ni maka hadap la juga.
Pada zaman cyber ni banyak kawasan di Semenanjung telah diliputi jalur lebar atau fibre optic. Bila tengok kawan2 di negeri2 lain tentang jalur lebar ni aku cuma mampu telan air liur je. Kakak aku di Dungun sudah 5 tahun guna Unifi tapi rumah aku cuma baru pasang semalam (7 Okt 2021). Memang ketinggalan betul Kelantan ni dalam arus teknologi berbanding negeri2 lain. Tapi dalam carta Covid 19, Kelantan sentiasa berada di atas podium gitu! X reti2 nak turun. Geram tul dengan tabiat org2 Kelate yg gagal mematuhi SOP ni.
OK. Berbalik tentang cerita UNIFI ni, sejak bulan September gigih benar aku tengok kontraktor yg dilantik TM memasang kabel optik di tiang2 telefon di sekitar perumahan aku. Tanah Merah di terbahagi dua iaitu hulu dan hilir. Kawasan hulu yang diduduki oleh rakan blogger Sis Hawa sudah dipasang Unifi sejak awal tahun ini. Jealous gak aku... Huhuhu... Tapi kawasan aku tinggal di sebelah hilir ini cuma masuk bulan 10 baru dapat. Sepatutnya sama2 upgrade la. Huh!
Itu pun banyak proses harus dilalui sehingga aku dapat confirmation email and SMS from TM. Bila dah dapat pengesahan tersebut maka sah la pemasang Unifi akan datang ke rumah. Alhamdulillah, pemasangan berjalan lancar dan dua orang technician itu nampak cekap dalam menyelesaikan tugasan mereka. Abam Kie bagi 5 ha!
Jadi sekarang Abam Kie ingin menikmati internet yg laju sedikit daripada biasa. Ni pun ambik pakej RM69/bln dengan speed 30Mbps je. Selepas setahun yuran naik kepada asal iaitu RM89. Kalau perlu aku upgrade kpd 100Mbps. Akaun Unifi ni ada kontrak 2 thn. Tengoklah camner. Kalau TM bagi servis baik aku teruskan utk tahun ketiga. Jika tidak, aku berpindah ke telco lain. Kita ada pilihan kan?
OK. Itu aje celoteh Abam Kie pada pagi Jumaat ini. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga tamat.
13 Comments
wow...murah nya..berbaloi2 kan
ReplyDeleteYes.. Ammi ingat lagi dial up tone tu. Kat ofis pun guna tu jugak. TmNet.
ReplyDeleteMurah Abe kie bayar 69 utk 30mbps..ammi byr 93++ termasuk SST utk 30mbps tu jugak. Untunglah
Salam Jumaat abam kie. Wah, makin lajulah lah line internet abam kie lepas ni. Syu masih stay dengan line prepaid Digi jer. Hu3.
ReplyDeletehehehe/ salam jumaat abam kie.. sabar jela kelantan pn da berlumba dgn slgr.slgr pn kadang2 naik kadang turun podium lame2 umi xambil tahu dah... murahny pakej abam kie.. betul2 promosi suh org kelantan jgn klua ni.hihih..ummi same dengan ammi bayar 90++ pakej 80... huhuhuh. unifi ni best.. hujan xilang siaran. tapi ummi 3 kali router terbakor sb kilat.. awal2 dulu..sb ny pergi keje xoff..kebetulan musinm ujan..kali ke3 terbakor kene cas. kontraktor unifi kabo kalau tinggalkn umah xde org g keje off unifi.. sejak haritu mmg jaga2 gak ngn kilat...
ReplyDeletesaya memula dulu pon guna dial-up, kemudian upgrade guna streamyx, pastu unifi then maxis fibre. bila pindah rumah baru guna allo broadband.. dan skrg guna time
ReplyDeleteBest pakai unifi ni. Laju pun ye. Tapi skg saya lebih suka guna mod modem, boleh tukar² line nak pakai mana yg lebih kuat liputan kat kawasan saya
ReplyDeleteHaah teringat yang dail itu. Orang lain tidak boleh guna telefon masa itu. Kenalah online malam-malam buta waktu orang tidur.
ReplyDeleteHaha sini belum ada Unifi jadi guna khidmat lain.
mudahan internet lebihlaju guna unifi..tapi kadang2 putus juga
ReplyDeleteok lah tu cikgu..saya tak ada lagi coverage unifi..pakai streamyx saja..tu pun slow...entah bila nak ada unifi entah..
ReplyDeleteWah! Makin berdesup lah abang Kie. Area rumah saya yg di selangor ni pun baru 3 tahun ada unifi..
ReplyDeletewak pon dh potong streamyx dgn telekom ganggang kt rumah tu sekali.. dh psg unifi 2 thn
ReplyDeleteSamalah baru update unifi gak beberapa tahun ni baru ada coverage unifi. Pakai streamyx slow bayar mahal. Dulu RM69 gak lepas tu naik RM89. So far okay. Kalau buat report pun bila ada problem, laju dorang buat kerja. Weekend pun dorang buat kerja sebab ada subcon
ReplyDeletetentu bersemangat bila ada internet laju kan
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.