Tanda-tanda phone sudah masuk dalam hati adalah:

1) Lepas solat terus cari phone.

2) Baca Quran pun dah tak ada keghairahan.

3) Bangun tidur terus capai phone.

4) Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone lagi.

5) Nabi rehat dengan solat, kita rehat cari phone.

6) Tidur malam kita mula terganggu kerana phone juga.

7) Solat dilengahkan kerana sikap nanti-nanti sedang leka melayan phone.

8. 😎 Segala perbuatan kita disertai ingatan kita terhadap phone.

9) Anak sembang pun kita tak dengar, terlalu fokus pada phone.

10) Ada tetamu pun kita sudah tidak beradab, sibuk layan phone.

11) Mak Ayah datang ziarah pun masih lagi layan phone.

12) Ni lagi sedih, suami/isteri sembang sorang² sampai tertido, kita dok acah² respond tapi tangan dok sibuk menaip kat phone.

13) Anak minta susu sampai tertido, sampai kita tak perasan dia tertido, dan tangan masih tak lekang dari phone

14) Dengar azan pun tak terkesan, selamba lagi pegang phone. Tak takut langsung panggilan Allah.

Astaghfirullah.

Jika tanda² di atas ada dalam diri kita, segera lah bermuhasabah, perbanyakkan Istighfar dan segera buat jadual penggunaan phone anda.

LAWAN! KUAT! INGAT! Masa sangat berharga. Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Akhir Zaman.