Projek menghantar kad raya 2022
Assalamualaikum. Budaya menghantar kad raya kini semakin pupus. Boleh dikatakan orang lebih selesa menghantar ucapan selamat hari raya menerusi Whatsapp, FB atau IG kerana ianya lebih mudah, cepat dan percuma. Tapi abam kie masih ingin mengekalkan budaya lama ini agar ianya tidak pupus ditelan zaman. Terasa syahdu dan tersentuh hati ini kiranya mendapat kiriman kad raya dari teman2 yang kejauhan. Betul kan?
Maka seminggu sebelum Raya Abam Kie buat google form dan siarkan di FB dan IG. Dalam tu abam kie suruh sesiapa yg nak kad raya free agar isikan aje GF berkenaan. Sehari nak raya abam kie semak respons drp kwn2. Ada la dkt 19 org yg isi. Mula2 tu ingatkan x de org yg isi tp ada jugak! Bilangan kad raya 'personalised' tu cuma ada 14 je. Abis tu yg 5 org lagi tu nak bagi kad raya dari mana? Terpaksalah Abam Kie order di Shopee sbb kedai buku di bandar TM ni x de yg jual kad raya lagi. Seminggu lps raya baru la sampai.
Oh! Ya... Sebenarnya kad raya peribadi yg ada cetakan foto pakai baju melayu tu adalah hadiah GA rakan blogger Shida Radzuan. Pada tahun 2021 abam kie ada menang GA yg dia anjurkan. Tapi kad raya tu x sempat nak poskan sebab Abam Kie baru je keluar wad selepas kena Covid 19. Tu pun seminggu sebelum Raya keluar wad. Jika tak, maka kena raya dlm hospital la. Huhuhu... Dkt 1 bulan juga abe kie kuarantin di rumah selepas pasca covid tu...
Satu sebab kenapa org x minat nak antar kad raya fizikal ialah kerana kos stem yg mahal. Dulu 60 sen je. Tapi skrg dah naik sampai RM1.30! Cekik darah betul Pos Malaysia ni! Tapi sebab nak memeriahkan sambutan raya dan sebagai tanda ingatan kepada rakan2, maka abam kie hadap je la segala rintangan ini.
Harap2 posmen dah kutip segala kad raya yg abam kie masukkan ke dlm peti pos pada hari Sabtu, 14 Mei lepas. Semoga semua kad raya tu sampai ke tangan penerimanya. Banyak2lah berdoa agar tiada yg hilang dalam perjalanan. Aamiin.
9 Comments
Betul Abam Kie, nak beli kad raya tu tak kisah sgt, tapi mahal rantai dari beruk nanti. Kad raya 60 sen, pos RM1.30.. hihi.
ReplyDeleteTak perasan pulak google form Abam Kie tu.
Allahu..ni kali ke-2 kena covid, semoga AK baik-baik aje....
ReplyDeletesemoga projek AK ni berjalan lancar..
wah... bestnya dapat kad raya.. feeling mmg lain macam... sy xde isi gf tu ari tu cikgu.. sbb ms bulan posa jarang sgt tgk blog
ReplyDeletetu dia, mahalnya harga setem.mentang-mentang takde saingan macam delivery parcel
ReplyDeleteBetul abam Kie. nostalgia dapat kad raya dulu2. :)
ReplyDeleteBiar betul harga stem tu.. Ya Allah.
ReplyDeletemahal betul stem pos kad raya kak pakai stem singgit ja
ReplyDeleteTahun ni dapat kad raya dari kak shida jer. Itulah betul2 sekeping. Memang dah pupus dah budaya hantar kad raya ni. Hu3.
ReplyDeletecantik design kad raya
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.