Jom Kenali Scammer Islamik
1. Syarikat Travel Umrah
Tulis dalam iklan, hotel kat Tanah Haram 50 meter dari masjid. Turun je lif, jalan sikit dah sampai lantai putih. Makcik pakcik yang tua-tua ni sakit lutut baca iklan ni, terus amek pakej. Bila sampai nahhh! Beratus meter. Mutawif @ ejen pun cakap
"Makcik pakcik ini ujian. Kat tanah haram ni jangan komplen. Nanti takut niat kita nak ibadah terhalang, habis semua jadi susah."
Makcik pulak dulu masa muda-muda langgan Mastika, terpaksa la diam je.
2. Pusat Tahfiz
Kutip derma. Resit tak dak. Surat tak dak. Audit tak dak. Bertahun-tahun kutip derma, tapi asrama student level reban ayam. Safety tak dak. Fire extinguisher tak dak. CF kantoi. Bila kita tanya nanti, dia balas
"Zaman Nabi dulu, dinding pakai pelepah tamar je. Boleh je melahirkan generasi bertaqwa. Yang sijil mijil CF tu semua ciptaan manusia. Tak wajib ikut."
Tapi mudir keluar Mercedes CLA 200. Baik punya.
3. Pengasas Produk
Blend kurma dengan kismis dari China tapi claim dari Mekah. Buh habbatussauda sikit. Gula 15 gantang, packaging tulis "Makanan Sunnah". Claim boleh ubat 100 jenis penyakit. Darah tinggi, kencing manis, gout, sakit lutut, sakit sendi. Target group produk pulak untuk orang-orang tua yang dah sah-sah ada penyakit-penyakit tu.
Bila kita kata, resepi macam ni Nabi tak pernah ajar pun. Lagipun tinggi gula. Bahaya. Kalau buh kat mesin check gula tu, konfem tak boleh baca terus.
Dia balas "Inilah melayu. Nak jatuhkan melayu. Macam mana ekonomi Islam nak naik?"
Senang kerja. Founder kaya raya.
4. Penceramah selebriti @ Kursus Kahwin
Jenis dengar dia berceramah memang syok layan. Contohnya guna ayat @ hadis palsu yang sangat popular "Akak-akak kalau mintak cerai daripada nanti bergegar arasy Allah. MashaAllahhh"
Arasy tu bukan kerusi urut yang bergegar-gegar ni. Kalau dah lebam biru muka kene tinju takkan tak boleh mintak cerai jugak? Bila kita tanya dalil atau sumber hadis, dia jawab
"Wahabi!"
Simple kan? Sepatah je.
5. Parti-parti Politik Bersadurkan Agama
Masa sebelum pilihanraya, janji tadbir urus Islamik. Janji nak tegakkan hukum islam. Masa ucapan siap petik ayat quran hadis, siap baca loghat badwi padang pasir. Bila dah dapat kuasa... sungai kotor, balak tebang, harga barang tak boleh kawal, zikir hu hu hu pun boleh lepas untuk amal, penceramah ajar tengok astrologi ala-ala islamik pun tak kena gam. Tak nampak wajah Islam tu di mana.
*************************************
Sebenarnya, P. Ramlee dulu hampir betul dah. Dalam filem Tiga Abdul, monolog Husein Lempoyang lakonan Nyong Ismail,
"Dunia.. dunia.. meniaga manusia lagi bagus daripada meniaga onta."
Hakikat yang sekarang ni..
"Dunia.. dunia.. meniaga agama lagi bagus daripada meniaga onta."
Artikel oleh Izzul Shahmi
14 Comments
Teringat pasal yang terkandas untuk buat haji.
ReplyDeletesay NO to scammer!
ReplyDeleteSetuju sangat ni Abam Kie! Saya paling anti marketing yg menggunakan agama. Dekat billboard tepi highway bersepah, sampai toys (mainan budak) pun dilabelnya Shariah-compliant. Kopi shariah compliant, mekap shariah compliant, semua la padahal shariah compliant tu sama je dgn perkataan halal. Semua nak menjual agama nak melakukan produk dieorang.
ReplyDeleteberhati-hati dengan penunggang agama
ReplyDeletesemua dalam senarai betul, berhati2 lah semua bila berurusan dgn jabatan2 yg mengaku islamik. tq atas perkongsian ini abam kie.
ReplyDeleteSenang je nak kaya.. Buat makanan sunnah tapi tak sunnah mana pun lebih gula je.. Pastu jual.. Tak suka betul..
ReplyDeleteMemang betul2 penunggang agama ni.
ReplyDeleteapa saja cara mereka untuk dpt duit dgn mudah, esok jawablah sendiri dekat akhirat!
ReplyDeleteKesian pada mereka yang terpedaya..
ReplyDeleteSemakin ramai yang hobinya menzalimi.
ReplyDeleteItu la. Kesian orang yang terkena.
ReplyDeleteSemoga kita tidak terpudaya
ReplyDeleteyg terasa bijak bestari memanipulasi yg baik pelbagai wahana..donia2
ReplyDeletebetul sgt..dah makin menjadi2 plak scammer mcm ni
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.