Bos,
Dia nampak kamu masuk lambat,
Tapi dia tak nampak kamu balik lambat.

Bos,
Dia nampak masa kamu berehat,
Tapi dia tak nampak masa kamu buat kerja macam esok dunia kiamat.

Bos,
Dia marah kamu bila kamu buat salah,
Tapi dia tak puji kamu bila kamu cemerlang.

Bos,
Dia sayang kamu masa kamu diperlukan,
Tapi dia tak pedulikan kamu bila dia dah ada pengganti.

Bos,
Dia diam senyum dlm hati bila syarikat untung,
Tapi dia merungut kat kamu bila syarikat rugi.

Bos,
Dia bergembira dgn keluarganya bila syarikat byk duit,
Tapi dia berkongsi duka dgn staf bila syarikat takde duit.

Bos, dia tetap bos.
Staf, dia tetap staf.

Bekerjalah utk diri kamu, bukan utk syarikat.
Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu.

Jgn dikejar kerja syarikat yg tak pernah habis.
Kamu diperlukan hanya bila kamu ada kekuatan.

Bila kekuatan kamu hilang, bos tak perlukan kamu, TAPI keluargamu masih perlukan kamu.

Bekerjalah pada masa kerja kamu,
Bergembiralah dgn keluarga pada masa kamu dgn keluarga.

Hal syarikat dgn hal keluarga,
Jgn campur adukkan.