Benar. Guru tak minta banyak. Cuma kalau boleh sediakanlah printer, lcd, smart tv, smart board, marker pen, kertas-kertas, dan alatan untuk digunakan kat sekolah.

Juga ganti la whiteboard yang uzur tu, kerusi meja guru yang dah berpuluh tahun tak berganti, kerusi meja murid yang uzur dan dipaku berkali-kali tu.

Juga lantai-lantai kelas yang berlubang teruk. Ramai dah murid dan guru terjatuh. Pintu tandas yang rosak kena ganti. Wiring lama yang selalu sangat rosak tu. Kipas tahun 60an tukarlah. Jadi tukun kat siling kelas rosak tak berganti dah berapa tahun dah tu.

Bagi la dewan terbuka untuk murid selesa berhimpun, buat aktiviti, boleh bersukan time hujan time ribu, laksanakan program dan sebagainya.

Lantik la warden dari perjawatan baru. Bukan suruh guru secara paksa jadi warden, jadi pengawas peperiksaan, jadi pengawai pusat pengundian.

RMT tu naikkan lah. Kesian kat mak cik kantin suruh sedia makanan sihat, bajet ciput. Bagi la satu kelas satu smart tv dan lcd screen.

Sediakan laptop atau desktop juga untuk setiap kelas. Kan dah tahun 2020. Kan nak laksanakan Pendidikan Digital. Kan suruh buat PAK21. Kan nak suruh buat Flip Classroom. Kan nak perkasa kelas secara maya. Kan nak kena buat macam-macam sesuai dengan kemajuan zaman.

Wujudkanlah jawatan pembantu guru tu. Baru setanding negara maju. Guru fokus tugas pengajaran, bab isi borang pengkeranian tu serah kat depa lah.

Tukang kebun sekolah kena tambah semula. Boleh bantu kami buat line padang. Boleh bantu kami bertukang paku kerusi meja murid yang uzur. Boleh bantu kami cat bangunan. Boleh bantu kami gaul simen.

Bilangan murid dalam kelas tu kurangkan lah. Kan dah mansuh peperiksaan. Kan nak suruh nilai murid-murid dengan PBD. Dah sekelas sampai 45 orang nak nilai macamana?

Dengar-dengar la luahan pelaksana ni. Jangan buat dasar kemudian dengar kata-kata orang ppd dan jabatan sahaja. Depa tak berkubang di bawah ni. Depa selalu sampaikan yang indah-indah saja konon dasar itu ini bagus dan berkesan.

Tengok-tengok la silibus tu. Beribu-ribu orang komplen dah. Dari golongan bawahan sampai golongan professional pun komplen silibus yang melangit nak kejar apa pun tak tahu.

Berpijak la pada realiti. Jangan nak sumbat enjin Ferrari dalam kereta Kancil buruk yang signal pun tak menyala.

Guru tak minta banyak pun. Eh macam banyak la pulak. Haha.

Lantaklah banyak ke sikit. Luahan kita bukan depa nak dengar. Depa sedap duduk atas kerusi selesa bawab ekon, pakai kot, tak jejak ke bumi dan tak mahu berpijak realiti.

Sesekali turun ke bawah bukan nak menyelesaikan masalah, tapi mencari salah orang bawah.

Gitulah realitinya. Entah sampai bila pendidikan kita akan terus begini.

Entahlah.

Sumber: #Cikgu Mohd Fadli Salleh

- Luahan hati rakyat Malaysia yang punya hak untuk bersuara demi negara. Demi anak cucu kami. -