Assalamualaikum. Abam Kie seperti penjawat awam yang lain akan memakai kemeja apabila pergi bekerja di sekolah. Sebelum menyarung kemeja itu lazimnya abam kie akan memakai singlet putih. Tujuan memakai inner shirt seperti ini ialah untuk penyerapan peluh. Selain dari itu, ia akan memberikan keyakinan kepada abam kie. Ya lah kan, bila pakai kemeja putih yang jarang, pasti akan nampak kulit dan anggota badan lainnya. Memang la itu bukan aurat tapi ia menimbulkan ketidakselesaan kepada pemakai dan orang yang melihat abam kie. Manalah tahu ttiba baju terkoyak? Jadi dengan memakai kemeja dapatlah melindungi anggota badan yang tidak sepatutnya dilihat itu.

Bagi lelaki dewasa seperti abam kie ni lebih selesa memakai singlet putih pagoda aje kerana ia tidak panas. Lagipun singlet ini sudah cukup untuk menutup badan. Mungkin abam kie sudah terbiasa memakai singlet sejak dari darjah 1 lagi. Jadi tak biasalah pakai t shirt putih berlengan seperti foto di bawah.

Namun murid-murid sekolah sekarang, samada di peringkat rendah atau menengah, lebih gemar memakai t shirt putih. Jika dipadankan dengan kemeja OK la. Tapi ada yang memakai t shirt putih di bawah t shirt sukan! Entah la..mungkin mereka tahan panas kot?

T-shirt pagoda berlengan tanpa kolar di atas sesuai dipakai apabila berada di rumah. Bagi abam kie pula suka pakai t shirt pagoda ni semasa tidur. Sungguh selesa. Jarang sekali abam kie pakai di tempat awam kerana takut kelihatan seksi di mata masyarakat!


Ini adalah close-up model yang mengenakan t shirt pagoda. Pasti apek ni seorang yang kaya. Hahaha... Huh, x sanggup pakai di tempat awam sebab nampak puting dan perut boroi. Biarlah orang kata boroi is awesome pun! X sanggup pakcik! Hehehe...🤣